26 July 2015

Kertas Kerja Program Zoom: Galakan Murid Hadir Ke Sekolah

Berdasarkan perancangan strategik UBK tahun ini seperti entri saya akhir tahun lepas bagi fokus program untuk menangani masalah ponteng murid, saya menyediakan kertas kerja untuk memohon bantuan kewangan dari PIBG dan sekolah bagi merealisasikan projek Zoom bagi mencapai objektif dan sasaran yang diharapkan. Yang menariknya, saya menamakan projek ini Zoom sehingga ia menjadi signifikan apabila berbincang mengenai ponteng atau ketidakhadiran murid,  Zoom akan menjadi sebutan. Kertas kerja ini disediakan di awal tahun lagi dan insentif murid disediakan berdasarkan peruntukan dari kertas kerja ini.



                                              KERTAS KERJA  PROGRAM  ZOOM:
GALAKAN MURID HADIR KE SEKOLAH 2015


1.0     PENGENALAN
Unit Hal Ehwal Murid akan mengadakan pelbagai program pada tahun 2015 bagi menjayakan misi sekolah iaitu berusaha dengan penuh iltizam untuk melestarikan pendidikan  berkualiti untuk membangun potensi individu sebagai modal insan cemerlang negara dan mencapai visi sekolah untuk melahirkan insan terdidik untuk kesejahteraan negara masa hadapan. Dengan ini, pelbagai program dirangka untuk menggalakkan kehadiran pelajar ke sekolah setiap hari agar pelajar tidak termasuk dalam golongan pelajar keciciran dari sekolah dan seterusnya terjebak dalam gejala sosial yang tidak sihat dan merugikan usia yang sepatutnya di bangku sekolah lagi. Antara program yang dirancang oleh Unit Bimbingan Kaunseling ialah program Zoom Kelas, Hati Ke Hati dan Talian Kasih.

2.0     Objektif :
1)    Agar dapat mengenal pasti kelas yang menyumbang kepada peratus kehadiran pelajar yang rendah untuk diambil tindakan segera.
2)    Agar dapat membantu guru kelas untuk memotivasikan pelajar dalam kelas tersebut untuk hadir ke sekolah
3)    Agar dapat menyampaikan hadiah galakan kepada kelas yang mempunyai peratus kehadiran yang paling tinggi dan mencecah lebih 80% setiap bulan.
4)    Agar dapat menyampaikan hadiah galakan kepada kelas yang mempunyai perubahan peratus kehadiran pelajar yang lebih baik setiap bulan.
5)    Agar dapat mengenal pasti pelajar yang mempunyai perubahan hadir ke sekolah yang lebih baik untuk disampaikan anugerah


3.0     TARIKH
               Sepanjang tahun

4.0     AHLI JAWATANKUASA
          Pengerusi               : Puan Kamariah Bt Abu
                                             (Pengetua SMK Cheras)
          Timbalan Pengerusi : Puan Sapura Bt Amat
                                             (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
          Setiausaha              : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
         
          Penyelaras program          : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
          AJK Data Ponteng             : Encik Che Mohamad Padali Bin Che Mat
          AJK Dokumentasi              : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
          AJK Sijil                            : Puan Raudah Bt  Abd Rahman
          AJK Pemilihan Anugerah   : Puan Rozinani Awang
                                                    Puan Nurhaiza Bt Che Mat
         
5.0     TENTATIF PROGRAM
1)    NAMA PROGRAM: ZOOM KELAS
BIL
PROSES KERJA
TANGGUNGJAWAB
TEMPOH
STATUS/
 PELAN KONTIGENSI
1
Mesyuarat Jawatankuasa
PK HEM
Semua guru kaunseling

1 Hari
AJK
2
Mengenalpasti kelas yang terlibat melalui buku kehadiran pelajar atau data

Guru Kaunseling
Setiap bulan
Guru Kelas
Guru Data
Guru Mentor
3



Merekodkan kelas yang terlibat untuk dijalankan sesi motivasi

Guru kaunseling



3 kali
setahun



Guru Kaunseling
4
Menyampaikan anugerah galakan bagi kelas yang terlibat setiap bulan
PK HEM
Guru kelas
Guru kaunseling
10 kali
Anugerah
bulanan

5
Menyampaikan anugerah kepada pelajar yang berpotensi
-peratus kehadiran yang baik
- peratus kehadiran yang lebih baik
Guru Kaunseling
10 kali
Anugerah bulanan


6.0     ANGGARAN PERBELANJAAN
Anugerah Galakan Kelas             3  kelas  x  10 bulan  x  RM 20     =        RM    600
Anugerah Galakan Pelajar           10 pelajar  x 10 bulan x RM 5      =        RM    500
Jumlah                                                                                                    =        RM 1,100

7.0     PENUTUP
Diharapkan agar program yang dijalankan akan berjalan seperti yang dirancangkan dan
menggalakkan pelajar untuk hadir ke sekolah dan seterusnya meningkatkan peratus
kehadiran sekolah yang baik



Disediakan oleh,                                                                            Disahkan oleh,


(Nurhaiza Bt Che Mat)                                                                   (Kamariah Bt Abu)
Guru Kaunseling                                                                              Pengetua




 Happy weekend 
 Dream big. Create greatness. 
Success is within reach
It's yours for the taking

6 comments

MINTA HALALKAN...SAYA AMBIL CONTOH KK PUAN UNTUK PROGRAM CAKNA SOLAT STUDENTS PRA-U SEKOLAH SAYA. T. KASIH.

saya halalkan bahan sy diambil oleh anda. Terima kasih. Semoga diberkatiNya dalam projek anda nanti.

As salam ...Minta halalkn sy mgambil idea dr kertas kerja ya...sy tgh mbuat Persian utk program ank ankku syg sekolah sy..tq ya...

As salam...Minta halalkn bahan yg dismbil ya...tq ya..

Waalaikummussalam
Saya halalkan ilmunya untuk anda yg sudi bertanya.
Terima kasih

MINTA HALAL YE, CIKGU.
MOGA ASBAB PERKONGSIAN INI, ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN CIKGU DI DUNIA DAN AKHIRAT.
TERIMA KASIH.

 

Telegram Channel