Hari ini sekolah menghantar 12 orang wakil sekolah yang terdiri dari 4 peserta pertandingan inovasi, dua wakil melukis poster, seorang pemidato, dua orang pesilat jemputan dan ahli-ahli PRS sebagai penonton. Tahun pertama kami menyertai pertandingan ini, dan nasib tidak menyebelahi kami apabila semua kategori pertandingan kalah. Namun murid mendapat pengalaman yang berguna jika projek ini dijadikan acara tahunan. Piala pusingan dianugerahkan kepada SMK Miharja yang mendapat sekolah terbaik dalam karnival ini. Hari ini saya tidak keluar ke sini kerana menghadiri dua mesyuarat di sekolah jadi gambar-gambar berikut ialah ihsan dari Cikgu Rozinani dan ahli PRS. :)