|
Terima kasih kepada semua yang sudi menghadirkan diri |
Hari yang mendung dan kami ke Agrotek Hulu Langat, Selangor pada pukul 11.00 pagi untuk Majlis Penghargaan AJK GBK Pudu sesi 2014/2015 mengundurkan diri untuk memberi laluan kepada muka baru memimpin organisasi ini dengan lebih cemerlang. Selain majlis penghargaan, kami juga mengadakan majlis persaraan kepada Cik Eliza dan Puan Helena yang bersara tahun ini, majlis penyampaian sijil penyertaan sijil kajian tindakan , penyampaian sijil dan cenderamata untuk AJK sesi 2014/ 2015, penyampaian sumbangan untuk yang sakit dan diwad sama ada untuk GBK, pasangan dan anak. Serta yang terakhir sesi pertukaran cenderamata antara yang hadir di samping cabutan bertuah.
Dua tahun telah berlalu dengan cepatnya..., saya mengucapkan
- Terima kasih kepada En Rohaidatul Akmal yang sentiasa memberikan sokongan untuk kami menjalankan pelbagai projek.
- Terima kasih kepada semua AJK yang membantu saya dalam pengurusan JK GBK Pudu sesi 2014/2015. Mendapat Naib Pengerusi yang proaktif dan AJK yang komited membolehkan saya bekerja dengan baik dan tidak tertekan. Menguruskan sebuah organisasi di PPW dengan kekuatan 72 orang guru kaunseling dari 27 buah sekolah menengah memerlukan AJK yang komited.
- Terima kasih kepada semua AJK GBK Pudu 2016 / 2017 yang sudi menerima tanggungjawab baru dengan ikhlas untuk meneruskan kecemerlangan JK GBK Pudu
- Terima kasih kepada yang diraikan kerana meluangkan masa untuk menghadiri majlis jamuan persaraan iaitu Cik Eliza dan Puan Helena. Kehadiran mereka benar-benar menunjukkan yang mereka masih lagi ahli keluarga PPW Pudu yang sanggup meluangkan masa untuk 'keluarga'.
- Terima kasih kepada semua ahli JK GBK Pudu yang memberikan kerjasama kepada saya sepanjang 2 tahun ini. Semoga dikurniakan rahmat oleh Allah SWT
- Saya memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa, tersinggung hati mana - mana pihak atau tersakitkan hati sepanjang dua tahun pentadbiran saya di sini. Saya gembira bekerja dengan anda semua...GBK Pudu 2014/2015 untuk tempoh 2 tahun ini.
Yuhuuuu October
The best month of the year
Always be my favourite month
Perhaps forever..
|