22 October 2015

Trip Guru Kaunseling SMK Cheras Ke Taman Negara Bako, Sarawak

Program bersama Hari Psikologi Kaunseling Kebangsaan KPM berakhir semalam. Hari ni kami geng guru kaunseling SMK Cheras ke Taman Negara Bako di Sarawak. Kami menyewa kereta RM 100 sehari untuk berjalan sekitar Kuching, Sarawak. Sepatutnya plan asal ialah ke SMK Bako untuk melawat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah itu kerana Cikgu Rozinani merupakan bekas guru di sekolah itu pada tahun 2001 hingga 2003 di Sarawak. Namun demikian apabila keadaan berjerebu dan sekolah ditutup maka kami mencari alternatif yang lain iaitu lawatan ilmiah untuk meneroka negeri Sarawak. 

Di Taman Negara Bako kami memilih pakej pemandu pelancong  RM 80 untuk 4 orang selama 3 jam.  Pendaftaran RM 10 seorang untuk ke Taman Negara, sewa bot pergi balik RM 30 seorang. Kami mengambil trail yg paling pendek dan selesa untuk meneroka Taman Negara Bako memandangkan kami membawa outfit yang tidak begitu sesuai untuk meneroka ke trail lasak. Terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan sama ada pengembaraan di waktu malam atau siang dan pelbagai jenis trail dari mudah ke mencabar hingga ke air terjun. 

Taman Negara ini terkenal kerana ia merupakan Taman Negara tertua di Borneo dan terkecil. Terdapat haiwan dari spesis probiosis yang terkenal yang hanya terdapat di Sarawak ini. 

9 Muharram 
Selamat berpuasa sunat pembaca!







 
 


 









 

Telegram Channel