Total Pageviews

1 November 2015

Isu Perkhidmatan Kaunseling Sekolah November 2015



1) Minta kerjasama dari semua pengerusi zon khasnya bendahari zon untuk selesaikan kutipan bayaran zon masing masing.tlg bank in ke akaun KLCA bagi guru kaunseling WPKL.
Setiap kali kita bayar yuran untuk daerah, automatik daerah kena bagi  RM 3.00 ke negeri iaitu MGKKL dan negeri bagi RM 2.00 ke MGK Kebangsaan.

2) Mesej dari Dr Rahimah LPM.  Mohon hebahkan kpd guru bimbingan dan kaunseling utk jawab soal selidik PPsi mulai 1 nov hingga 10 nov 2015. Diharapkan penyelaras PPsi sekolah menjawab soal selidik ini pada http://goo.gl/forms/hNsM44tdCe iaitu kajian penggunaan data pentaksiran psikometrik di sekolah untuk mendapatkan maklumat sejauh mana data pentaksiran psikometrik digunakan di sekolah untuk membantu murid meningkatkan pembelajaran.

3) Data L4 dari 14 Julai - Oktober sila hantar sebelum 7 November 2015. Data PPSDM, Data DWEN dan Data Guru Penyayang hantar ke JU sebelum 7 November 2015.

4) Cetakan PPSi Print atas kertas sijil atau A4 putih bergantung kepada sekolah. Iaitu sistem e-profil kerjaya murid http;//epkm.moe.gov.my . KPM telah menetapkan pelaporan PPsi diserahkan kepada murid tingkatan 3 pada 14 Disember 2015 berdasarkan surat Lembaga Peperiksaan KP.LP.005.08.04.09 (43) bertarikh 23 Oktober 2015 .

5) PERMOHONAN MASUK KE TINGKATAN 1 2016 : Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz,
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan [ SMISTA-MAIWP ]
*Pemohon yang berminat boleh memohon secara atas talian di link http://www.maiwp.gov.my/i/sppp.html
*Permohonan dibuka bermula dari 01 November - 26 November 2015
*Keputusan Peperiksaan haruslah dikemaskini di dalam permohonan tersebut selepas Keputusan UPSR dan UPSRA diumumkan oleh KPM.
*Hanya permohonan secara atas talian sahaja yang akan diproses.
*Laman Sosial Rasmi
www.facebook.com/SMISTA2011

6) Permohonan ke Sekolah Vokasional dan SM Teknik dibuka pada 5 Oktober 2015 hingga 20 Disember 2015 dengan syarat umum warganegara, ting 3 2015, sihat dan sesuai fizikal dan bebas penyakit kronik dengan online https://sptv.moe.gov.my/

7) Permohonan Ke Maktab Tentera Darat Tawaran Ke Ting 4: Secara  Online dibuka pada 2 Ogos 2015 sehingga 30 November 2015 . Syarat kemasukan sekurang-kurangnya 7A dalam PT3 termasuk BM, BI, Sains dan Matematik.Permohonan melalui laman web www.rmc.edu.my

8) Permohonan ke Ting 4 MRSM dibuka 19 Oktober 2015 dan ditutup pada 8 November 2015. Mohon melalui pautanhttps://mohon.mrsm.edu.my/form4/register. Syarat umum minimum 6A 3B dalam PT3 tidak termasuk mata pelajaran bahasa tambahan dan pendidikan kesenian). Gred A bagi Math dan Sains. Namun bagi MRSM Sabah dan Sarawak keputusan minima 5A 5B dalam PT3 2015 tidak termasuk mata pelajaran tambahan dan pendidikan kesenian) Gred A bagi Sains dan Matematik.

9) Pembelian buku rekod kauseling bagi WPKL boleh menghubungi pembekal iaitu Pustaka Dinamik atau Pustaka Berjaya untuk penghantaran ke sekolah.

Hello November
Time to take a long breath 
And with normal ryhtym lalalalala

No comments: