Pengetua meminta setiap Penolong Kanan menyenaraikan mengenai pengurusan bidang masing-masing yang akan dikaji keberkesanan untuk tahun semasa 2015 dan ditambahbaik atau dibuang terus pada tahun 2016.
Sebagai guru kaunseling, saya perlu mahir dengan standard skpm 2010 yang melibatkan program kaunseling. Ini kerana bagi mencapai visi sekolah untuk mencapai band 4 dari band 5, semua item standard skpm juga hendaklah meningkat skor bagi mencapai band yang lebih baik. Oleh itu analisis jurang skpm, Alat Semakan Program dan One Page Programme Manager didraf untuk membantu pengurusan sekolah.
Grid sPeCt untuk melihat program-program yang perlu disingkirkan, ditambah, dikurangkan, diwujudkan dan dikekalkan.
ANALISIS JURANG
Isi borang rumusan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010. Skor yang perlu diisi adalah skor sebenar yang telah diisi dalam SKPM 2010. Setelah itu, mengisi skor pelunjuran. Skor pelunjuran adalah mengikut keperluan pihak sekolah dan kebolehcapaian masing-masing. Setelah melihat/meneliti perbezaan nilai skor sebenar dengan skor pelunjuran maka perbezaan terbesar tersebut membuktikan standard yang perlu diberi keutamaan dalam merancang. Pemimpin dikehendaki mengisi skor pelunjuran. Skor pelunjuran adalah berdasarkan kebolehcapaian sekolah. Dibawah merupakan analisis jurang sekolah dan standard 3 pengurusan HEM dan standard 5 kemenjadian murid merupakan antara menjadi tanggungjawab di bawah program UBK untuk diberi perhatian.
ALAT SEMAKAN PROGRAM
Semua aspek di dalam aspek 4 perlu dicatat ke dalam ruangan Isu/Cabaran Dalam Penambahbaikan dan disusun mengikut jurang yang terbesar. Aspek yang mempunyai jurang terbesar akan berada pada ruangan paling atas.
Alat Semakan Program/ School Programme Check Tool (sPeCt) akan memberi peluang kepada pentadbir untuk menyenaraikan semua program yang telah dijalankan.Pentadbir kemudian akan memadankan semua program yang telah dijalankan ke dalam ruangan Eliminate, Raise, Reduce, Create dan Sustain. Langkah ini akan memberi peluang kepada pemimpin menilai adakah semua program yang pernah dijalankan meliputi keutamaan aspek yang perlu diberi perhatian.Seterusnya pemimpin dapat melihat aspek yang penting tetapi belum diberi perhatian dalam pelaksanaan program. Seterusnya, pemimpin merancang program baru agar aspek yang lemah tersebut dapat dibaiki dengan sebaik mungkin.
SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS
ALAT
SEMAKAN PROGRAM HEM SEKOLAH TAHUN 2015
(UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING)
(UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING)
Isu/Cabaran
|
Alat Semakan Program
Sekolah
|
Program Yang Dilaksanakan
|
|||
3.3.2
|
Pengurusan Disiplin Murid
|
Hapuskan
|
Tambah
|
1
|
Program Zoom
In
|
5.5
|
Kemenjadian Murid Dalam Sahsiah: Lewat Ke Sekolah
|
2,6
|
2
|
Program Cakna
|
|
5.5.e
|
Kehadiran Murid
|
3
|
Program Sayang Di Sayang
|
||
4
|
Program Mentor Mantee
|
||||
5
|
Program Buddy
|
||||
Kurangkan
|
Wujudkan
|
6
|
Pemantauan total
|
||
4
|
5
|
7
|
|||
8
|
|||||
9
|
|||||
10
|
|||||
Kekalkan
|
11
|
||||
1, 3
|
12
|
||||
13
|
|||||
14
|
|||||
15
|
OPPM (One Page Project Manager)
Objektif:
-Memahami bagaimana OPPM boleh digunakan sebagai alat untuk merancang, mengawal, memantau dan mengkomunikasi maklumat dan status projek. Menggunakan OPPM untuk merancang pelaksanaan di sekolah
-Merumuskan projek dalam satu muka surat ringkas yang mengandungi segala maklumat penting mengenai projek. Boleh digunakan sebagai alat untuk memantau status projek dan boleh dikongsi bersama pihak
pengurusan dan juga ahli kumpulan yang lain..
Praktikal
Jimat masa dan tenaga
Mengenal pasti maklumat penting projek
Memaklumkan status projek kepada ahli
Last paper SPM for Cherasian
Merdeka!!
Officially Happy Holiday for me:)
Vacation mode is activate...
OPPM sekolah |
OPPM : HEM (UBK) |