12 December 2015

Day Trip To Universal Studio , Singapore

Hari yang menguji fizikal anda apabila anda membuat perjalanan sehari ke USS, Singapura dengan menaiki bas! Ini kerana proses nak bertolak dari Johor Bahru, meredah jem ke pusat imigresen di Johor dan perlu turun dari bas dan ber
atur untuk check pasport dan kemudian naik bas semula dan bas meredah jem dan beratur yang panjang pula di imegeren Singapura dan kami perlu turun sekali lagi dari bas untuk beratur di barisan yang sangat panjang untuk pemeriksaan dan pasport dan menunggu semua penumpang selesai adalah satu proses yang panjang. Bayangkan pukul 8.00 pagi bertolak, kami sampai di USS pukul 10.30 pagi. Balik juga melalui proses yang sama , apabila kami bertolak pukul 7.15 malam dari USS dan kami tiba di Johor Bahru pada pukul 9.30 malam. Saya rasa selepas ini saya perlu berfikir berkali-kali untuk menaiki bas masuk ke Singapura. 









Permainan di USS memang banyak yang mengujakan orang dewasa lebih -lebih lagi kanak-kanak. Ini kali kedua saya ke sini dan kali ini rombongan kami berpecah. Yang suka naik extreme tu lebih baik berpecah dengan kumpulan yang nak bersantai menaiki permainan yang budak -budak pun boleh naik. Ini kerana pengalaman pertama banyak mengajar yang setiap tempat beratur 40 minit hingga sejam . Maklumlah tiket bukan untuk express lane so kena redhala beratur. Untuk 3 jam, dapat bermain 4 permainan dah cukup baik huhuhu. Kali ini kami tidak beratur panjang seperti 3 tahun lepas nak main transformer pun sampai sejam lebih. Kali ni sekejap je tak sampai 30 minit dapat naik. Bulan Disember tak ramai orang sangat sebab cuaca hujan. Bila hujan turun dengan lebatnya, banyak permainan menghentikan operasi permainan mereka dan kami menunggu hingga tertidur ...zzzzz. Yang paling frust, bila anda dah beratur panjang, hanya tinggal 10 orang je lagi depan anda, hujan pun turun  maka operasi dihentikan ...sia sialah beratur itu tadi :( terutama permainan di luar bangunan.

Makanan banyak disini dan logo HALAL ada terpampang pada restoran. Tapi saya membawa bekalan air mineral yang agak banyak dari Johor Bahru untuk menjimatkan pembelian air tapi saya terlupa yang disini terdapat sumber air yang percuma di mana -mana dan anda boleh refill botol air mineral anda.

Family bonding
Thanks Kak Ema!












 

Telegram Channel