24 December 2015

Hala Tuju Selepas PT3: Tips Memilih Mata Pelajaran Elektif Di Tingkatan 4 di Sek Men Harian Biasa

Perkara yang selalu menjadi isu sewaktu buka sekolah untuk murid tingkatan 4 setiap tahun ialah aliran mata pelajaran elektif yang manakah yang boleh murid ceburi.

SILA RUJUK ENTRI TERKINI DiS 2017 SUBJEK ELEKTIF TERKINI STEM
Klik link:
Pemilihan Ke Ting 4 Berdasarkan Psikometrik, PBD dan PT3

Rujuk entri ini untuk
panduan memahami pentaksiran pt3 , psikometrik, pAJSK dan SEGAK

Rujuk entri ini terkini 2019
panduan oleh guru kaunseling pakej subjek ting 4 KSSM

KELAS ALIRAN SAINS


NILAI PULANGAN TINGGI

- Biologi/Fizik/Kimia/Add Math/ Prinsip Akaun
- Fizik/Kimia/Matematik Tambahan/ Prinsip Akaun
- Fizik/ Kimia/Matematik Tambahan/ Rekacipta
- Fizik/Kimia/ ICT / Matematik Tambahan
-Fizik/Kimia/Matematik Tambahan/ Lukisan Kejuruteraan
- Bahasa Arab/ Matematik Tambahan/ Prinsip Akaun/ Pendidikan Al Quran Sunnah/ Pendidikan        Syariah

Kekuatan :  
1) Peluang IPT lebih terbuka luas kepada murid aliran sains kerana murid aliran sains boleh meneruskan kursus sains atau berubah haluan ke aliran perakaunan mahupun sosial.
2) Peluang ke matrikulasi terbuka untuk murid yang mengambil pakej bersama mata pelajaran Matematik Tambahan .
3) Terdapat 4 subjek elektif dimana IPT memerlukan sekurang -kurangnya satu matapelajaran elektif

Cabaran:  
1) Mesti mempunyai peruntukan masa yang berdisiplin kerana kesukaran subjek itu sendiri dan lebih banyak mata pelajaran elektif berbanding aliran lain di sekolah mennegah harian biasa. 
2) Berminat dan bukan dipaksa atau mengikut kawan kerana subjek yang banyak memerlukan motivasi yang tinggi untuk meneruskan kecemerlangan

Syarat Masuk ke Aliran Sains Syarat kemasukan mengikut Surat Pekeliling KPM 22/2014 mengenai Kriteria Kemasukan Murid Ting 4 Aliran Sains Tahun 2016 Berdasarkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Peringkat Menengah Rendah:
1) murid yang mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam mata pelajaran Sains dan Matematik digalakkan mengikuti aliran Sains Ting 4
2) murid yang mendapat gabungan gred A/C, B/C atau C/C dalam Sains dan Matematik, Band 4 dalam pentaksiran sekolah bagi kedua-dua subjek tersebut serta meminati aliran sains berdasarkan psikometrik 
3) kes khas: murid mendapat gabungan A/D, B/D atau C/D dalam Sains dan Matematik, band 4 dalam pentaksiran sekolah bagi kedua-dua subjek tersebut serta berminat dalam aliran Sains berdasarkan psikometrik
4) gred E dalam mana-mana subjek sains dan Matematik tidak digalakkan memohon



KELAS ALIRAN PERAKAUNAN
 Prinsip Akaun dan  Ekonomi Asas
 Prinsip Akaun dan Perdagangan
Prinsip Akaun, Ekonomi Asas dan Perdagangan

Di SMK Cheras ditawarkan kelas Prinsip Akaun dan Ekonomi Asas manakala satu kelas lagi ialah Prinsip Perakaunan, Matematik Tambahan dan Ekonomi Asas.

Kekuatan    
1)Kelas yang memerlukan kekuatan data dan pengiraan tetapi kurang penghafalan jika dibandingkan dengan aliran sains.
2) Alternatif aliran kelas bagi murid yang mendapat pencapaian yang agak baik bagi PT3 tetapi tidak   berminat ke aliran sains dan psikometriknya juga mempunyai kod teori Holland E atau C. 

Cabaran
1) Jika kelas tersebut tidak mengambil Matematik Tambahan, automatik dia tidak layak memohon untuk meneruskan pengajian ke matrikulasi
2) Namun demikian peluang ke universiti dan kolej masih terbuka dengan kekuatan 2 mata pelajaran elektif yang kredit untuk ke universiti manakala ke politeknik dan kolej serendah 1 mata pelajaran elektif yang kredit


KELAS ALIRAN PERDAGANGAN DAN SENI
Mata pelajaran elektif Perdagangan dan Seni
Geografi dan Seni
Kesusasteraan Melayu dan Seni

Di SMK Cheras Perdagangan ditawarkan bersama subjek Seni


Kekuatan : 
1) Murid aliran akademik yang rendah penguasaan akademiknya 
2) Silibus mata pelajaran elektif yang agak rendah tahap kesukarannya 

Cabaran
1) Mesti berminat dengan kerja projek folio bagi sokongan untuk markah SPM
2) Mesti kreatif dan berbakat dalam seni lukis
3) Subjek elektf yang diambil hanya boleh memasuki kursus tertentu di peringkat universiti dan politeknik kerana pakej mata pelajaran elektif ini tidak banyak ditawarkan di peringkat universiti dan kolej selepas SPM.

KELAS ALIRAN MPV (MATA PELAJARAN VOKASIONAL)
Mata pelajaran vokasional seperti Rekaan Jahitan Pakaian , Seni Reka Tanda, Automotif, Katering Dan Penyajian Makanan, Pendawaian Domestik, Akuakultur dan haiwan reakreasi, Tanaman Makanan, Penjagaan Muka Dan Dandanan Rambut, Produksi Multimedia, Membuat Perabot, Hiasan Dalaman Asas, Menservis Automobil, Menservis Motorsikal, Menservis Peralatan Penyejukan Dan Penyamanan Udara

Di SMK Cheras menawarkan Rekaan Jahitan Pakaian dan Seni Reka Tanda

Kekuatan: 
1) Murid yang berbakat dengan kerja kemahiran tangan dan mempunyai mata pelajaran akademik teras sahaja. 
2) Beban akademik yang paling minimum bagi murid yang lemah penguasaan akademik 
3) Akan menerima sijil SPM apabila memenuhi syarat pensijilan SPM dan Sijil Mata Pelajaran Vokasional 

Cabaran:
1) Melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam kursus  bentuk kemahiran sahaja dan potensi masa hadapan yang lebih cerah jika menyambung dengan kursus yang sama. 
2) Pengambilan terhad untuk murid ini bertukar laluan akademik dengan menggunakan sijil SPM semata-mata untuk ke kursus berorientasikan akademik pula dan subjek teras seperti Matematik dan Sains perlu minimum B jika bersaing dengan murid aliran pakej elektif yang lain yang lebih diterima untuk ke kursus berorientasikan akademik kerana pakej mata pelajaran elektif yang lebih sesuai.


KELAS ALIRAN PVMA (PROGRAM Vokasional Menengah Atas)
Kelas Penyediaan Makanan, Membuat Pakaian, Seni Kecantikan, Animasi, Pembuatan Perabot, Dekorasi Dalaman, Automotif, Motorsikal, Penyejukbekuan dan Penyaman Udara, pendawaian Elektrik, Akuakultur, Tanaman

Di SMK Cheras disediakan Kelas Penyediaan Makanan

Kekuatan:
1) Murid akan menduduki peperiksaan yang setara SPM pada akhir ting 5. Murid akan menerima pernyataan MPAK iaitu Pernyataan Mata pelajaran Aliran Vokasional bagi mata pelajaran akademik yang tertentu DAN sijil kemahiran malaysia (SKM ) tahap 1 dan 2 atau pensijilan lain-lain dari agensi pentauliahan peringkat tempatan dan antarabangsa. Ini bermakna jika gagal SPM masih lagi layak mendapat sijil SKM tahap 1 dan 2 berdasarkan syarat pemberian sijil SKM.
2) Murid yang berbakat dengan kerja kemahiran tangan dan mempunyai mata pelajaran akademik teras sahaja. 
3) Mata pelajaran akademik teras tidak mempunyai Sains. Malah subjek Matematik adalah mengikut Kolej Vokasional yang tidak sama dengan Matematik aliran perdana. Ini bermakna subjek teras yang rendah tahap kesukarannya.


Syarat Masuk
1) calon warganegara Malaysia
2) murid bersekolah di SMK atau di SMBK
3) murid mestilah telah menduduki PT3, Pentaksiran Sekolah, pentaksiran psikometrik, pentaksiran PaJSK
4) Sihat tubuh badan
5) Bebas masalah mental
6) Bebas dari penagihan dadah dan sakit kronik (jantung, darah tinggi, kencing manis, epilepsy, atau kecacatan yang menghadkan kerja amali
7)Menguasai 3M
8) Tidak rabun warna
9) Berminat dengan kursus dipohon


TIPS MEMILIH ALIRAN YANG SESUAI
Berdasarkan penerangan di atas, saya berharap murid tingkatan 3tahun 2015 sudah bersedia dengan pilihan masing-masing dan bersedia mengikuti pembelajaran sewaktu bermula penggal satu persekolahan. Jika anda berada dalam dilemma memilih aliran mata pelajaran elektif yang sesuai di tingkatan empat, maka perkara-perkara berikut perlu dipertimbangkan:
1) pencapaian Pt3 dan pencapaian sekolah . Memenuhi syaratkah masuk ke kelas sains. Jika tidak, anda perlu melihat pilihan yang lain memandangkan subjek sains agak berat sesuailah dengan gelarannya mata pelajaran bernilai tinggi.
2) Psikometrik anda? Kemanakah kecenderungan anda. Kombinasi pencapaian akademik dan psikometrik yang serasi menunjukkan anda boleh mencapai keputusan akademik yang lebih baik kerana kelayakan dan minat anda. Jika kelayakan tidak cemerlang seperti D tetapi minat cenderung ke kursus tersebut , maka anda mempunyai turun naik motivasi yang tidak tetap untuk meneruskan aliran anda pada masa tersebut kerana anda perlu lipatgandakan usaha anda.
3) Jika pencapaian akademik anda melayakkan anda ke mana-mana aliran sekali pun, yang memuktamadkan keputusan itu ialah psikometrik anda. Kemanakah minat anda membawa anda?
Ini kerana kursus yang anda minat anda perlu harunginya selama 2 tahun, dan meneruskan pengajian ke peringkat tertinggi juga dengan subjek aras tinggi mata pelajaran elektif yang anda ambil di tingkatan 4 ini selepas SPM.
4) Jika pencapaian akademik tidak melayakkan anda memilih, ia bermaksud pilihan yang sangat terhad dan anda tidak berminat ke arah mata pelajaran vokasional atau kemahiran, lebih baik anda memilih mata pelajaran dengan subjek elektif yang paling minimum di sekolah tersebut. Ini kerana subjek vokasional perlu disertai dengan minat. Jika psikometrik anda juga menunjukkan stail yang sama iaitu tidak berminat dengan kemahiran, maka jangan memaksa diri mengambil mata pelajaran kemahiran seperti jahitan, seni reka tanda atau masakan. Ini kerana subjek ini diajar dalam tempoh masa yang lama dan hasil dari projek merupakan eviden untuk markah yang perlu komited oleh murid mengikutinya setiap kali pembelajaran.
5) Melangkah ke tingkatan 4 sebenarnya adalah pintu masuk ke arah tuju yang betul untuk menceburi kursus yang anda inginkan, anda ingin bekerja dan dikenali di profesion tersebut. Sememangnya ada sahaja senior yang hala tujunya tidak seperti kursus yang diceburinya. Contohnya masuk aliran sains tetapi end up di universiti dengan kursus perakaunan. Yang penting diri anda, jangan membeza-bezakan antara awak dengan orang lain. Ini kerana apabila di peringkat SPM, keputusan tidak melayakkan untuk menyambung ke kursus sains, maka seseorang perlu adjust semula hala tuju hidupnya yang bersesuaian. Yang penting tingkatan 4 ialah tiket masuk untuk ke peringkat yang lebih tinggi.
6) Jika anda di persimpangan memilih aliran sains tulen Biologi atau aliran sains fizikal Lukisan Kejuruteraan kerana sekejap anda ingin menjadi doktor atau farmasi dan adakalanya ada menunjukkan kecenderungan ke jurutera, kod mata Holland pada psikometrik juga tidak menunjukkan perbezaan yang ketara , maka anda lebih baik memilih jurusan Biologi kerana jika anda tidak mengambil Biologi anda tidak dapat masuk ke aliran perubatan atau sains hayat, tetapi jika anda tidak mengambil Lukisan Kejuruteraan anda masih lagi boleh mengambil jurusan kejuruteraan kerana kekuatan fizik dan matematik tambahan.
7) Jika anda dalam persimpangan mengambil aliran Sains dan Perakaunan dengan psikometrik kod 3 mata Holland juga mempunyai selisih beza yang sedikit atau sama kerana anda berminat dengan keduanya , maka lebih baik anda memilih aliran Sains. Kerana murid aliran Sains dapat bertukar kursus ke perakaunan selepas SPM. Manakala murid perakaunan tidak boleh menukar aliran ke kursus berorientasikan Sains selepas SPM.

Salam Maulidur Rasul:

Ya Allah Ya Tuhanku
Sesungguhnya Aku Memohon Dan Aku Menghadap kepadaMu
Dengan Keberkatan Nabi Kami Muhammad
Nabi Yang Membawa Rahmat
Ya Muhammad, 
Sesungguhnya Dengan Keberkatanmu, 
Aku Menyerahkan Hajatku Kepada Allah
Supaya Allah Menyempurnakan Untukku






Salam Mohon Restu sempena PT3
Solat Hajat sempena peperiksaan PT3

450 comments

«Oldest   ‹Older   401 – 450 of 450   Newer›   Newest»

Salam Ana
Result psikometrik dan pt3nya menunjukkan kesesuaian dgn aliran yg diminta. Semoga berjaya

Salam
Jika skrg anda sudah berada di aliran KAA dan berminat utk menjadi doktor tanpa aliran sains, maka sudah tentu tidak. Subjek yg anda ambil ke arah aliran agama. Anda tidak menyatakan psikometrik anda untuk cikgu beri panduan berdasarkan trait minat kerjaya anda. Jika berminat dgn setting hospital, boleh jadi jururawat atau kaunselor di hospital. Anda juga boleh menyertai pasukan badan beruniform seperti polis, bomba tentera dsb. Jika anda menyatakan minat kerjaua berdasatkan trait IMK cikgu boleh kecilkan skop kerjaya yg sesuai

Salam
Jika mengikuti kejuruteraan tanpa biologi di aliran sekolah menengah, maka aliran sains biologi atau matrikulasi berkaitan biologi tidak dibenarkan

Aslm cikgu..saya mint sains dn nk jdi doktor tpi math saya agak kurg ...ibubapa saya sarankan saya ambik sastera tpi saya mnt sains...bolehka? Klau xambik aliran sains wktu sekolah menengah tpi nk ambik waktu universiti nanti

Assalamualaikum cikgu,sekarang ni saya dah masuk ting.4 jadi saya diletakkan di aliran prinsip perakaunan,ekonomi dan matematik tambahan.Namun saya kurang minat dalam perakaunan ini kerana saya amat meminati sains.Markah untuk awal tahun dan pertengahan tahun bagi subjek sains saya A- dan saya merupakan ahli BSMM yang aktif.Kadang-kadang timbul minat saya untuk mencari seorang penyiasat atau peguam.Apakah yang patut saya lakukan?Tolong saya,cikgu.

This comment has been removed by the author.

Salam Aqilah.
Jika anda tidak mengambil aliran sains sewaktu SPM, sudah tentu anda tidak boleh melanjutkan pelajaran dlm bidang kedoktoran. Anda menyatakan yg Math anda kurang. Jika gagal atau sekadar mendapat D mmg tidak sepatutnya anda memohon aliran sains yg mempunyai pakej Add Math dan Fizik. Namun jika anda selalu mendapat gred lebih baik B maka anda boleh menyambung subjek aliran sains namun perlu diingatkan menjadi doktor memerlukan pakej SPM sendiri minimum B terutama elektif sains. Namun ia akan merendahkan merit anda berbanding murid straight A atau straight A elektif sains untuk pengiraan merit ke kursus perubatan. Jika anda memasuki matrikulasi, perlu straight A juga untuk meningkatkan potensi dipilih berdasarkan merit.

Jika anda tidak mengambil aliran sains sewaktu SPM, sudah tentu anda tidak boleh melanjutkan pelajaran Anda tidak menyatakan course aliran sains yg anda ingin ceburi sbb bidang sains adalah luas samaada sains tulen, kejuruteraan atau sains gunaan. Biasanya sains tulen , murid perlu skor subjek pakej elektif aliran sains dgn lebih baik krn keperluan syarat minimum spm yg lebih tinggi utk melayakkan ke kursus berkaitan sains tulen. 
Namun jika sains kejuruteraan dan sains gunaan seperti pertanian, perikanan dll lagi ada peluang untuk murid bukan aliran sains dgn mendapat gred yg baik dalam sains dan matematik iaitu subjek wajib spm dan menyertai peringkat kemahiran terlebih dahulu dgn sijil kemahiran. Jika berminat dgn penyiasat atau peguam, tidak perlu untuk ke aliran sains. Oleh itu penting bagi cikgu memahami apakah kursus aliran sains yg ingin kamu ikuti

assalamualaikum cikgu, saya berminat nak jadi graphic designer, so aliran apa yg sesuai dgn saya?

Salam Adiba
Untuk grafik designer disarankan jika anda dapat mengambil aliran SK sains komputer, seni

Asslamualikum Cikgu,

Anak saya baru sahaja habis PT3 2018, sedang menunggu result, sekiranya anak saya tidak berminat dalam akademik, apakah saya bole tidak menaikkan dia ke tingkatan 4, dan cuba mohon utk ke sekolah Vokasional. Dia berminat mengambil kemahiran.

Assalamualaikum Cikgu,

Anak saya sedang menunggu result PT3 2018, Kami tahu yang resultnya tidak cemerlang, kerana dia tidak minat utk belajar, Bolekah saya tidak naikkan dia ke tingkatan 4 dan memohon utk ke sekolah Vokasional? Anak saya minat dalam kemahiran. Mohon cikgu bole beri pencerahan.

Assalamualaikum cikgu, saya Nurin.
Tahun depan saya akan menduduki pt3. Saya berminat untuk menjadi pereka hiasan dalaman dan sering mendapat A dalam psv tetapi saya kurang minat dalam rbt dan sering mendapat B dan C dan pernah juga mendapat D dan E sekali. Saya juga berminat untuk menjadi angkasawan dan sering mendapat A dan B dalam math manakala B dan D dan pernah F dalam sains. Saya sering mendapat A dalam bm manakala A dan B untuk bi. Patutkah saya memilih aliran sastera? Dengan result math dan sains saya, aliran apa yang mungkin boleh saya duduki? Apakah pendapat cikgu tentang aliran yang bersesuaian dengan pencapaian saya untuk ting 4 nanti? Terima kasihh..

Assalamualaikum cikgu, aliran apa yang patut diambil untuk menjadi seorang pustakawan? Dan subjek apa yang perlu dikuasai? Tq

Salam Pn Saliha
Jika anak puan berminat dengan KV, dipersilakan untuk memohon kolej vokasional under KPM yang masih dibuka permohonannya. Tidak mengapa dia tidaknaik ke tingkatan 4 berteraskan akademik jika dia tidak berminat. Ini kerana vokasional merupakan pilihan untuk murid menyambung belajar bagi yang lebih berbakat dalam bidang kemahiran. Sijilnya diperakui dan boleh melanjutkan lagi pelajaran ke tahap yang lebihtinggi dalam bidang kemahiran

Salam Nurin
Pencapaian akademik kamu perlu ditafsir sekali dengan psikometrik kamu iaitu IMK dan IKP kamu untuk mengenalpasti kecenderungan kamu lebih major di bidang mana. Dan aliran apa yang boleh diambil yang sesuai untuk meneruskan minat kamu di universiti nanti. Jika kamu dapat menyatakannya memudahkan cikgu untuk memberikan bimbingan

Assalamualaikum cikgu...
Saya mendapat 6a2b2c1e (math C sains E ) dlm pt3 baru² ni.Saya ingin bertanya kpd cikgu antara sains tulen dan perakaunan manakah yang lebih layak dan sesuai untuk result saya?
Tetapi saya lebih berminat kpd aliran sains tulen berbanding perakaunan.Saya tahu gred E dlm sains tidak digalakkan untuk mrmohon di dlm sains tulen.Harap cikgu boleh terangkan lebih lanjut dan terperinci....(antara kedua dua aliran yg manakah lebih layak dan bagus?)

Assalamualaikum cikgu
Jika seseorang itu mendapat 1A dalam PT3 dan markah matematiknya tidak memuaskan
Aliran apakah yang layak ye

assalamualaikum cikgu, saya minat sains tapi saya tak minat math. PBS sains saya agak bagus but PBS math saya biasa je. Ujian psikometrik IMK saya SAI and semalam dpt result pt3 and saya math saya F tapi sc saya okey. Aliran mana patut saya ikut? Thankyouu

Assalamualaikum nak tnye aliran apa sesuai dgn sye .. sye nk jdi doktor tpi math sye E dan sains B .. klu ambil aliran agama boleh ke jdi doktor or lawyer ??

Assalamualaikum nak tnye aliran apa sesuai dgn sye .. sye nk jdi doktor tpi math sye E dan sains B .. klu ambil aliran agama boleh ke jdi doktor or lawyer ??

Salam
Anda mendapat 6a2b2c1e (math C sains E ) dlm pt3 baru² ni.antara sains tulen dan perakaunan mmg jelas kelihatan perakaunan terbaik utk kamu. Anda tidak menyatakan psikometrik dan IKP untuk melihat kecenderungan anda. Ini kerana anda berminat tetapi ia tidak menunjukkan minat anda terhadap subjek itu dgn gred yg baik..hanya lulus. Aliran sains tulen anda akan mengadap 3 subjek sains lagi iaitu bio, fizik dan kimia.
Jika anda mengambil pakej akaun/eko dan add math anda boleh score kerana minat anda terhadap pengiraan.

Salam Fd
Cikgu tidak dapat memberikan bimbingan kerana pernyataan anda terlalu umum 1A tanpa menyatakan subjek apa, dan keputusan untuk setiap subjek.Psikometrik dan PBD juga anda tidak nyatakan

Salam . Jika gagal math elakkan mengambil aluran sains dan elakkan pakej kelas akaun yg ada Add Math. Maka pilihan elektif lain yg ditawarkan di sek anda bolehla anda pertimbangkan. Minat dan pencapaian anda tidak seiring untuk mengambil aliran sains.

Salam
Untuk menjadi doktor anda mmg perlu mengambil aliran sains tulen. Aliran sains tulen lula memerlukan gred math yg agak baik sekurang kurangnya C. Ini kerana jika anda struggle dan mendapat result sekurang kurangnya B utk Fizik Kimia Bio sbg tanda untuk anda akan cemerlang ke pengajian perubatan. Namun jika masuk aliran sains to fixik kimia bio setakat kredit atau lukus anda sudah mensiakan potensi anda yg sepatutnya disalurkan ke tempat yg lebih sesuai dgn pencapaian dan minat yg seiring. Jika masuk kelas aliran agama boleh teryskan ke perubatan jika mengambil pakej aliran sains agama. Untuk menjadi lawyer lebih sesuai berbanding aliran sains.

Assalam cikgu.. saya sangat susah hati skrg kerana result pt3 saya kurang memuaskan.. saya mendapat B dalam sains tetapi saya mendapat E dalam maths.. saya sangat meminati bidang sains tetapi kurang minat akan bidang akaun dan sastera.. tiga kod holland saya adalah SAI.. Bagaimana ya cikgu ? Adakah cita cita saya untuk menjadi psychologist boleh tercapai ? Untuk pengetahuan cikgu sekolah saya ada menawarkan sains tulen , sains acc dan sains pertanian.. kalau kelas acc saya tidak pasti kerana terlalu banyak kelas.. saya harap cikgu dapat jawab soalan saya ini.. terima kasih cikgu..

Assalam cikgu
Saya dlm pt3 mendpt 6a2b2c1e math c sains e.Holland I:17 R:8 A:10.saya lebih berminaht dlm aliran sains tulen berbnding perakaunan.Adakah saya msh berpeluang untuk msk aliran sains dngn result saya?.Atau perakaunan lebih sesuai untuk saya?.Saya hrp cikgu blh terangkn lbh terperinci.Tq

Assalam cikgu
Saya dlm pt3 mendpt 6a2b2c1e math c sains e.Holland I:17 R:8 A:10.saya lebih berminaht dlm aliran sains tulen berbnding perakaunan.Saya bercita2 mnjadi doktor.Adakah saya msh berpeluang untuk msk aliran sains dngn result saya?.Atau perakaunan lebih sesuai untuk saya?.Saya hrp cikgu blh terangkn lbh terperinci.

Assalamualaikum cikgu.. saya budak kelas sains tulen saya nak tanya kalau nak jadi pramugari kan kena masuk universiti tak ? Kalau kena , kena ambil course apa nanti ?kalau jadi pramugari, subjek sains mereka ambil tak ?? Terima kasih..

Saya dlm pt3 mendpt 6a2b2c1e math c sains e.Holland I:17 R:8 A:10.saya lebih berminaht dlm aliran sains tulen berbnding perakaunan.Saya bercita2 mnjadi doktor.Adakah saya msh berpeluang untuk msk aliran sains dngn result saya?.Atau perakaunan lebih sesuai untuk saya?.Saya hrp cikgu blh terangkn lbh terperinci.

6A - bahasa melayu,bhs melayu (lisan),geografi,bhs arab,pendidikan islam
2B - bahasa inggeris,bhs inggeris(lisan)
2C - sejarah,math
1E - sc
Selain kedua² aliran tersebut,adakah cadangan aliran lebih untuk saya?

IKP:-
-V.linguistik=bm 85,bi 70
-L.matematik=80
-K.visual ruang=70
-K.muzik=50
-K.naturalis=50
-K.intra..=75
-K.inter..=80
-K.kinestatik=55
-K.eksistential=85

6A - khb(pertanian)***

Salam
Jika anda gagal math dan sains,tidak sesuai di kelas akaun. Ini krn pakej akaun adalah sama dgn pakej ekonomi atau akaun dgn Add Math. Anda tidak menyatakan psikometrik anda. Anda boleh mengambil pakej subjek perniagaan

Salam
Untuk menjadi ahli psikologi anda perlu mengambil aliran sains tulen. Untuk mengambil aliran sains tulen perlu ada Add Math. Basuc Math anda lemah iaitu E. Anda sesuai mengikuti kursus ini dgn trait SAI. Apa yg perlu anda buat ialah jika anda meneruskan ke aliran sains, anda perlu membuat latih tubi Math dgn kerap dan mendapatkn perkhidmatan tutor untuk Add Math bagi basic subjek yg agak kukuh. Semoga berjaya

Salam
Tahniah result 6a2b2c1e math c sains e. Kecenderungan kelas sains untuk Holland I:17 R:8 A:10.

Namun pencapaian akademik sains anda agak lemah dgn E dan tidak digalakkan memandangkan di aliran sains anda akan berjumpa tiga subjek sains seperti bio, fizik dan kimia. Agak struggle berhadapan tiga subjek dgn asas yg tidak kuat. Untuk menyertai kursus perubatan anda harus score A untuk setiap subjek tersebut. kursus perakauanan dan Add Math serta ekonomi lebih sesuai atau ada sek yg memberikan pakej Add Math Akaun Fizik Kimia

Salam Fatihah
Untuk menjadi pramugari anda perlu mempunyai kelulusan minimum dlm bidang SPM sahaja dgn mengambil apa sahaja subjek di peringkat SPM. Anda perlu mempunyai pakej personaliti menarik , fizikal yg sesuai dan fasih berkomunikasi dgn BI.

Assalam cikgu..saya anis
Boleh terangkan kpd saya tentang kelas prinsip perakaunan dan syarat² untuk masuk dengan lebih terperinci?Terima kasih.

Salam cikgu,saya aiman
Apa syarat untuk masuk kursus perakaunan,addmath,kimia dan fizik?

Salam
Untyk masuk kelas akaun dgn pakej Add Math, Kimia, Fizik dan Akaun perlu mendapat gred sains math yg baik iaitu min C/C , psikometruk menjurys kpd investigatif dan konvensional dan PBD anda pada band 4

Wassalam cikgu.. saya yang bertanya tentang cita ii saya menjadi seorang psychologist.. terima kasih kerana sudah menjawab soalan saya.. saya nak tanya.. apakah aliran yang sesuai dengan saya ? Adakah saya masih berpeluang untuk masuk ke aliran sains atau ada aliran lain yang lebih sesuai untuk saya ? Saya harap cikgu dapat jwb soalan saya ni.. Terima kasih cikgu :)

aslm cgu,saya telah mengikuti aliran sains tulen disekolah sepanjang 8 bulan tapi saya ingin beralih ke kelas aliran untuk menjadi ahli arkeologi..boleh cgu beri cadangan kelas aliran apa?

Salam...cikgu saya berminat untuk jadi cikgu bm..cikgu cadangkan aliran ape yang boleh saya ambil


Hi cikgu. Kalau saya nk jadi pramugari kena ambil bidang mana? Untuk form 4 yee! Terima kasih

Waalaikummussalam.
Jika anda berminat menjadi guru BM anda boleh memasuki mana mana aliran sekali pun kerana BM adalah subjek teras.

Waalaikummussalam
Ingin menjadi ahli arkeologi tidak mengapa jika anda berada dalam aliran sains ketana ia lebih sesuai memandangkn arkeologi bidang penyelidikan dan ketelitian. Sejarah adalah subjek wajib bagi semua aliran. Anda tidak perlu bertukar ke aliran yg lain.

assalamualaikum cikgu . saya masih tinggal 2 kertas lagi untuk peperiksaan akhir tahun ni . pt3 dibatalkan oleh sebab wabak covid-19 . saya lebih cenderung kepada subjek math . awal tahun saya mendapat gred D dalam subjek math . andai keputusan matematik akhir tahun saya mendapat gred E atau gagal . Malah , saya juga tidak gemar subjek sains dan seni . bagi pendapat cikgu , saya sesuai berada di aliran mana ? terima kasih

ASSALAMMUALAIKUM CG SAYA sains 72 math 38 dan Saya dapat masuk aliran sains dan boleh masuk kee vokasional yg mna lebih baik untuk saya

Assalam cikgu, saya mohon pandangan bg pihak anak saya. Anak saya lelaki Dan baru shj mendaftar ke SMT aliran sains pertanian. Soalan saya,boleh tak anak saya meneruskan cita cita dlm bidang perubatan walaupun Dr aliran sains pertanian yg mana masih kekal dgn subjek Sains Tulen di SMT Melaka. Jika di sekolah harian sebelum ini anak saya kelas STEM 1.Ke Teknik utk dia lebih fokus. Terima kasih cikgu.

Waalaikummussalam
Jika di SMT murid ini masih kekal dengan add math, fizik, kimia dan biologi boleh sahaja puan. sbb elektif ini diperlukan dalam permohonan ke matrikulasi sains malahan ada juga asasi sains pertanian di upm yang menawarkan elektif yang smaa yang merupakan laluan permohonan ke kursus perubatan juga

Assalamualaikum cikgu kaunselor ,
Saya fatimah..saya ambil aliran sains.Addmath , kimia,fizik dan perniagaan(elektif).Cikgu,saya boleh kerja apa je? Boleh ke saya masuk matriks?

Aslm cikgu sekarang ni mmg saye tak tahu nk amik aliran ape utk masuk ke ting 4 sbb takde pt3 tahun ni.saya suka belajar subjek sains & saya suka buat art saya lemah math.cikgu rase saya patut amik aliran apa? Lagi satu sek saya ada aliran baru RBT kalau amik aliran rbt boleh sambung apa dan kerja apa ckgu?

«Oldest   ‹Older   401 – 450 of 450   Newer›   Newest»
 

Telegram Channel