Total Pageviews

14 December 2015

Keputusan peperiksaan PT3 dan hubungannya dengan ujian psikometrik

Hari yang mendebarkan bagi murid PT3 yang memperolehi keputusan akademik masing-masing. Tahniah diucapkan kepada Ain Zafira yang memperolehi 9A tetapi 1C . Murid terbaik untuk PT3 sekolah yang menyaksikan tahun ini tiada murid yang mendapat straight A tetapi peningkatan kelulusan yang lebih baik berbanding tahun lepas.

Sebagai kaunselor, kami melayan pertanyaan dari ibu bapa mengenai aliran mata pelajaran elektif yang sesuai berdasarkan keputusan peperiksaan dan psikometrik anak masing -masing. Begitu banyak sijil yang diperolehi hari ini menyebabkan ibu bapa pada masa kini tidak memahami dengan lebih lanjut mengenai peranan pelbagai sijil yang diperolehi pada hari ini iaitu sijil PT3, sijil psikometrik, sijil PAJSK, dan sijil PBS.

Soalan lazim yang ditanya:

 1) Apakah maksud indeks perbezaan pada IMK(Inventori Minat Kerjaya)?
Indeks perbezaan menunjukkan semakin tinggi indeks, semakin jelas kecenderungan minat yang ditunjukkan oleh murid tersebut iaitu semakin tulen. Jika rendah indeks perbezaan maka  minat murid tersebut tidak begitu jelas

2) Apakah maksud kod 3 mata Holland pada IMK? Bagaimana IMK membantu dari aspek pemilihan elektif?
Kod mata yang pertama menunjukkan kecenderungan minat murid tersebut terhadap minat kerjaya tersebut. Kod 3 mata ini penting untuk menunjukkan minat murid terhadap sesuatu minat kerjaya. Pembelajaran yang akan diambil pada ting 4 disesuaikan dengan IMK. Contohnya kod mata IAR maknanya kecenderungan minat pada investigatif. Murid yang mempunyai I dihadapan dan indeks perbezaan yang tinggi menunjukkan minatnya terhadap sains. Jika pencapaian akademik Sains PT3 juga mendapat skor yang baik sekurang-kurangnya C dan keatas maka dia boleh melanjutkan ke aliran Sains. Jika minat dan pencapaian murid membolehkan murid itu memasuki aliran mata pelajaran yang kongruen iaitu sepadan, maka kepuasan dan motivasi pembelajaran murid ini lebih baik dan seronok kerana ia berusaha untuk mencapai cita-citanya dengan kursus yang sepadan.

3) Bagaimanakah Inventori Kecerdasan Pelbagai membantu murid memilih mata pelajaran elektif yang sesuai?

IKP menunjukkan kecerdasan murid di dalam sesuatu bidang melalui pengesanan ringkas dari respon IKP yang dijawab murid. Contohnya jika murid mempunyai skor yang tinggi untuk visual ruang menunjukkan kecerdasannya dalam menganggarkan sudut , ruang dan sebagainya. Jika murid mendapat skor rendah di bawah 30% , tetapi dipaksa mengambil jurusan lukisan kejuruteraan dengan kod mata Holland juga tiada ciri I atau A, maka murid ini akan menghadapi masalah jika dipaksa meneruskan kursus lukisan kejuruteraan tersebut.

Buatlah pilihan yang bijak
Agar tidak menyesal kelak

Best student PT3
Contoh 5 sijil yang diperolehi sewaktu keputusan PT3

33 comments:

Anonymous said...

Aslkm cg. Sy dpt 8A 2B 1C dlm pt3 2017
Sains sy dpt B, mt sy dpt C. Holland S:21 R:20 A: 18. Indeks perbezaan 6. Pbs sains gred B, mt C. Lykkah sy hndak mngambil aliran sains?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Tahniah. Demgan result ini anda layak ke àliran sains.

Unknown said...

Aslkm cikgu , ujian psikometrik saya lebih cenderung kepada berniaga , jadi adakah saya msk kelas perniagaan?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam luqman
Kecenderungan berniaga mungkin kamu maksudkan dgn trait E enterprising. Bagaimana dgn dua kod minat kerjaya anda. Satu lagi pencapaian gred pt3 anda. Berminat dgn berniaga ia bukanlah satu maksud yg total iaitu perlu masuk ke kelas aliran perniagaan krn aliran yg anda sertai sesuai dgn gred anda samaada kelas akaun, kelas aliran sains tulen atau sains STEM boleh membawa anda menjadi usahawan dan terlibat dgn perniagaan.

Anonymous said...

Assalammualaikum cikgu. Saya dapat E,I dan S tapi selain aliran sains tulen apa lagi yang sesuai dengan saya.keputusan E saya first dan saya memang minat bussiness taapi saya juga suka sains.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam
Anda boleh mengikuti kursus pakej add math, akaun, fizik dan kimia. Terdapat sekolah yang menawarkan pakej ini. Atau anda boleh mengambil aliran sains dan mengambil subjek tambahan akaun atau ekonomi asas untuk SPM

eli said...

Assalamualaikum cikgu.
Kod holland ank sy adalah R S K.
Aliran xde di mention.
So aliran a0e yg sesuai dgn kod holland ank saya?
Saya agak Sains Fizikal?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Assalammualaikum Puan Eli

RSK kecenderungannya pada kemahiran atau pengiraan, perakaunan. Namun biasanya saya akan melihat juga kepada nilai perbezaan untuk mengenalpasti adakah valid untuk ditafsir psikometrik tersebut.

Unknown said...

Saya punya kod K, I , S
Ape aliran yg sesuai
Saya minat sains
K itu kan konvensional ape itu?? Saya tidak beberapa jelas

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

K untuk konvensional iaitu minat ke arah data , angka dan pengiraan. Oleh kerana kod anda KIS anda boleh mengikuti aliran sains kerana inventigatif kecenderungan untuk sains. Jadi pakej yang anda boleh ambil aliran sains bersama Add Math, Prinsip Akaun, Fizik, Kimia

Anonymous said...

Asalamualaikum...

Cikgu kalau dapt k:22,S:21,E18
Boleh masuk kelas aliran sains ke? Tapi dalam ujian ni menunjukkan lebih kepada aliran sastera

Anonymous said...

Asalamualaikum...

Cikgu kalau dapt k:22,S:21,E18
Boleh masuk kelas aliran sains ke? Tapi dalam ujian ni menunjukkan lebih kepada aliran sastera

nabilah said...

salam, kod saya S:23 K:18 R:11 perbezaannya 14. Aliran apa yg sesuai utk saya?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Waalaikummussalam

KSE kecenderungan pakej akauan, ekonomi , perniagaan. Namun jika anda ingin mengambil pakej STEM anda boleh mengambil kelas yang menawarkan subjek sains seperti add math, fizik, kimia atau akaua atau subjek yang ditawarkan di sekolah anda yang mempunyai pakej gabungan keduanya. Dari kod Holland anda menunjukkan skor yang agak hampir. Cikgu tidak diberikan skor indeks perbezaan kamu untuk cikgu menilai namun jika kod yang lain seperti I adalah 18 seperti E maka kecenderungan minat anda boleh ke arah sains juga.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam Nabilah

Kecenderungan K kepada data data dan pengiraan nombor. Manakala R menujukkan anda lebih suka kepada objek dan mesin. Cikgu tidak pasti aliran apa yang ditawarkan di sekolah anda, namun jika di sekolah cikgu mrid yang mempunyai kecenderungan begini akan ditawarkan pakej elektif akaun dan ekonomi. Jika PT3nya mendapat gted yang baik iaitu minimum B untuk sains dan math digalakkan pakej Add Math/ Akaun/ Ekonomi namun jika Math dan Sains adalah D atau salah satu D boleh memilih pakej eleltif Perniagaan

Anynomous said...

Assalam cikgu. Anak sy mendapat math c dan sains E. Tapi ujian psikometrik menunjukkan markah yg tinggi dlm math iaitu 99%. Keputusan psikometrik juga dia cenderungvkpd realistik, artistik dan investigatif. Boleh ke anak sy sambung dlm aliran science? Kerana dia minat utk sambung pelajaran dlm bidang architecture

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Waalaikummussalam
Dari resultnya kombinasi C/E dan subjek Sains sendiri tidak mencapai tahap minimum untuk pakej STEM sains gunaan da
n teknologi. Walaubagaimanapun oleh krn IMK dan IKP cenderung kepada ke arah tersebut, pihak sekolah noleh pertimbangkan yg mana murid akan perlu berusaha lebih di ting 4. Bergantung kpd sek di mana anak puan ditempatkan krn kelas pakej STEM adalah terhad pengambilan muridnya berbanding pakej lain. Oleh itu kebiasaan sekolah akan mengambil dahulu murid yang mencapai tahap minimum dan kecendetungan psikometrik yang sesuai.

Unknown said...

Assalamualaikum cikgu,
Saya Pn Yatie, ank saya dpt tiga mata hollad S:26 I:23 A:15 perbezaan 16 apakah aliran yg sesuai utk ank saya cikgu..
Terima kasih

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Waalaikummussalam
Jika trait S aliran yang sesuai adalah dari pakej kemanusiaan manakala I dari pakej STEM. OLeh itu jika result PT3 cenderung untuk ke pakej STEM dengan inventori kecekapan yang menyokong maka pakej STEM lebih sesuai. Ini kerana mulai tahun 2020 mata pelajaran dirujuk sebagai pakej dan dia juga boleh mengambil extra seni lukis jika trait A lebih kepada seni lukis.

Unknown said...

anak saya k 17 s 17 a 12 indeks perbezaan 11 apa subjek yg sesuai utk anak saya

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

salam. anak puan cenderung mengambil pakej akaun dan ekonomi. Walaubagaimanapun ia harus seiring dgn resukt pt3 kerana pakej akaun ada yg bersama Add Math yg mana Math di pt3 lebih baik jika C. jika D atau E lebih baik mengambil Akaun tanpa pakej Add Matj manakala stau mengambil pakej Ekomoni dan Senni tanpa Add Math dan Akaun.

Unknown said...

assalamualaikum.
anak saya ditawarkan pakej subjek :
prinsip akaun, ekonomi & matematik tambahan.
saya risau dgn subjek matematik tambahan & bercadang utk merayu penukaran kelas. tapi saya tak pasti itu adalah yg terbaik utk anak saya.

PT3 matematik = C
IMK = A(23), S(20), I(16)
indeks perbezaan = 13

Dgn kombinasi keputusan di atas, wajarkah anak saya teruskan dgn subjek matematik tmbhn ?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Waalaikummussalam

Dari result C anak puan, dia layak untuk mengambil Add Math dan Prinsip Akaun dan Ekonomi. Ini kerana jika dia mendapat Add Math C ke atas iaitu A, B atau C dia layak ke Matrikulasi Akaun atau Asasi Bidang Perakaunan. Namun jika Add Math tidak disertakan dengan pakej tersebut, maka dia tidak dapat memohon ke matrikulasi atau asasi. Andaikata Add Math nya D atau E, dia masih lagi boleh menyambung peringkat diploma dengan kekuatan Akaun dan Ekonomi di IPT. Malahan jika Add Math gagal pun, masih lagi boleh meneruskan ke IPT dengan 2 pakej elektif. Semoga puan dapat mempertimbangkan untuk anak mencuba jika dia memang berminat ke kelas tersebut.

Berdasarkan IMK nya, traitnya cenderung ke arah seni dan sains. Yang bermakna pakej sains reka cipta, pakej sains GKT. Namun saya tidak mendapat result penuh anak puan dan IKP nya. Seni juga luas maksudnya seni muzik, seni lukis, dan biasanya saya akan bertanya lebih lanjut dengan murid.

Unknown said...

assalamualaikum.

PT3
Math = E
Sains = E

IMK = R(22), S(21), I(21)
indeks perbezaan = 14

Anak saya ditawarkan pakej subjek :
Mata Pelajaran Teras : BM, BI, Math, Sains, Sejarah & Pend. Islam
Mata Pelajaran Elektif : perniagaan & pendidikan visual.

Saya bercadang utk merayu penukaran kelas ke Prinsip Perkaunan & Ekonomi.

Tapi saya tak pasti adakah pernukaran adalah yg terbaik utk anak saya.

Dgn kombinasi keputusan di atas, wajarkah penukaran ini diteruskan ?

Unknown said...

Aslm cikgu kod Holland Saye I:21 S:19 K:17 boleh x Saye berkerja arkitertur dgn rizak spm 1A1B3C1D1G

Unknown said...

Aslm cikgu kod Holland Saye I:21 S:19 K:17 boleh x Saye berkerja arkitertur dgn rizak spm 1A1B3C1D1G

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu,kod Holland saya
S(9),K(8),I(7) ,so thats mean rendah lah kan,sbb kawan kawan semua kod holland diorang tinggi ,saya sorang je yang yang bawah 10 so apa aliran yang sesuai untuk saya untuk form 4 nanti,tapi saya suka and minat math,

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu,kod Holland saya
S(9),K(8),I(7) ,so thats mean rendah lah kan,sbb kawan kawan semua kod holland diorang tinggi ,saya sorang je yang yang bawah 10 so apa aliran yang sesuai untuk saya untuk form 4 nanti,tapi saya suka and minat math,

Anonymous said...

As salam,

Untuk tahun ni, tiada PTG,mcm mne penilaian ye kalau ank saya mendapat r:18 , s:13 K:12
Kod : RSK Indeks perbezaan : 8

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Waalailummussalam
Oleh kerana result anda SKI rendah di bawah 10 maka ia tidk dapat menunjujkan ciri domain anda ke arah mana. Minat semata mata math tapi kecenderungan dgn IKP bahagian nombor cikgu perlukan result IKP anda juga. Oleh itu cuba buat semula IMK dan tgk semula arahan berkaitan..sata suka...saya mahir untuk meletakkan respon amda

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Waalaikummussalam

Anak tuan memounyai skor dominan R SK. Namun jika saya mendapat result IKP lebih baik utuk dibaca besama result IMK.
Ini kerana saya hanya boleh memberi penerangan yg agak umum iaitu anak tuan berminat dgn alat alat , mesin , tumbuhan atau cenderung ke subjek teknik dan vokasioal . Jika di sek harian biasa spt kelas koputer,rekacipta, MPV atauPVMA. Namun spt yg saya sebutkn tadi yg ini gambaran umum jika saya mendapat resukt IKP dan kecenderungan kepadasubjek pelajaran yg diminati anak.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Waalaikummussalam

Anak tuan memounyai skor dominan R SK. Namun jika saya mendapat result IKP lebih baik utuk dibaca besama result IMK.
Ini kerana saya hanya boleh memberi penerangan yg agak umum iaitu anak tuan berminat dgn alat alat , mesin , tumbuhan atau cenderung ke subjek teknik dan vokasioal . Jika di sek harian biasa spt kelas koputer,rekacipta, MPV atauPVMA. Namun spt yg saya sebutkn tadi yg ini gambaran umum jika saya mendapat resukt IKP dan kecenderungan kepadasubjek pelajaran yg diminati anak.

Unknown said...

As salam,

Anak Saya dapat
S(22),K(21), A(21)
Apakah bidang yg sesuai untuk anak saya Form 4 nanti

Tq