17 December 2015

Surat Siaran Bil 17/2015 : Arahan Larangan Penggunaan Vape Di Sekolah




Akhirnya surat punca kuasa untuk guru-guru  menjalankan tugas mendisiplinkan murid mengenai larangan penggunaan vape dalam kawasan sekolah .

Penggunaan dalam bentuk membawa, menghisap, mengedar, menjual, memiliki, menyimpan, mempamerkan, menyiarkan, menyebarkan atau mengiklankan rokok ektronik atau vape termasuk e-liquid dan sebarang alatan yang berkaitan dengannya. 

Bukan sahaja kepada murid sekolah malah semua staf yang bekerja dalam kawasan sekolah!

Sebagai guru kaunseling, punca kuasa ini perlu difahami untuk menerangkan kepada murid ia merupakan satu kesalahan berat dan jika murid mengulang kesalahan untuk kali kedua, mereka boleh digantung persekolahan selama tidak lebih 14 hari persekolahan dan tidak melibatkan peperiksaan awam.

Konsultasi ibu bapa akan dijalankan yang melibatkan
1) memaklumkan kepada ibu bapa
2) meminta murid mengisi borang Aku Janji
3) meminta ibu bapa berjumpa dengan pentadbir untuk mengambil kembali barang rampasan.


Fenomena vape ini pada tahun ini semakin menjadi -jadi terutama apabila masuk suku pertama persekolahan 2015. Apabila seawal murid tingkatan 1 yang membawa duit yang banyak ke sekolah hasil jualan vape kepada kawan-kawan dan mendapat sambutan yang menggalakkan, pihak sekolah mula menjalankan siasatan. Jawatankuasa disiplin bermesyuarat khas bersama guru kaunseling mengenai isu vape sahaja. Pada ketika itu, saya mula menggoogle apa itu vape untuk memahami dengan lebih baik isu ini apabila menjalankan sesi kaunseling. Maklumlah kehidupan sosial dan persekitaran saya tidak dikelilingi oleh orang yang merokok menyebabkan saya agak naif bab ini jika saya sendiri tidak mencari maklumat. Hasil spot check juga menunjukkan trend yang membimbangkan apabila hasil rampasan dengan pelbagai bentuk vape, stick dan sebagainya yang jika tidak diamati betul-betul ia sekadar seperti alat tulis biasa yang bercampur -campur dalam bekas pensil masing-masing. Sepanjang tahun 2015, memang tidak ada tangkapan untuk yang menghisap vape dalam kawasan sekolah tetapi trend membawa , memiliki , menyimpan vape sudah ada peningkatan menyebabkan pihak sekolah perlu melakukan sesuatu yang berpadanan dengan kesalahan merokok. 

Vape ini lebih mahal dari harga rokok dan ini menyebabkan murid perlu mengeluarkan belanja yg lebih tinggi untuk memiliki vape. Memiliki dan menghisap vape adalah satu trend dan ada gaya. Nampak masyuk gitu..yg menyebabkan murid yg terlibat dgn vape mengiklankan atau mempromosi kpd sesiapa yg berminat pula untuk mendapatkan komisen bagi menampung kos perbelanjaan menggunakan vapenya. Ada juga murid yg tidak merokok tetapi saja nak mencuba dengan share pembelian vape ini beramai ramai untuk mencuba trend vape ini. 


Namun demikian, penguatkuasaan sepatutnya bukan terhad kepada pihak sekolah sahaja. ibu bapa juga sekali sekala disarankan membuat pemeriksaan pada anak-anak masing-masing. 

A special gift
To fulfill the wish
To motivate the dreams

 

Telegram Channel