Pn Nor Azalaila |
Pn Rosmaria |
MENANGANI PERMASALAHAN
KELEWATAN PELAJAR KE SEKOLAH
Oleh:
Pn Nor Azalaila bt Abu Bakar & Pn
Rosmaria bt Mat Daud
Guru Bimbingan dan Kaunseling
SMK Perempuan Pudu
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan adalah untuk menangani permasalahan
pelajar datang lewat yang dihadapi oleh pelakar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan
Perempuan Pudu. Seramai 30 pelajar dan 4
orang guru telah terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilakukan iaitu
melalui pemerhatian yang dilakukan pada setiap pagi. Sepanjang pemerhatian,
didapati jumlah pelajar yang datang lewat adalah sederhana tinggi. Jumlah
pelajar yang datang lewat semakin hari semakin meningkat walaupun dendaan dan
hukuman telah dikenakan. Oleh kerana dendaan dan hukuman tidak memberi kesan
kepada pelajar,perancangan tindakan difokuskan kepada kepada teknik sentuhan
belaian kaunseling untuk cubaan mengurangkan jumlah pelajar yang datang lewat.
Keputusan dari kajian tindakan ini selama tiga bulan mendapati jumlah pelajar
yang datang lewat semakin berkurangan.
1.0
REFLEKSI YANG LALU
Saya telah bertugas
sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling di SMK Perempuan Pudu bermula pada tahun
2012. Sepanjang pemantauan dan pemerhatian saya di sekolah ini, saya dapati
segelintir guru-guru kurang mesra dengan pelajar.
Pada Januari
2015, purata bilangan pelajar yang datang lewat ke sekolah adalah 30 orang
campur sesi pagi dan petang. Namun bilangan ini menjadi semakin meningkat masuk
pada bulan februari 2015 iaitu seramai 34 orang. Sebagai guru bimbingan dan
kaunseling saya perlu bertindak bagi mengurangkakn kadar masalah pelajar datang
lewat ke sekolah. Oleh itu saya telah menjalankan kajian tindakan bersama
Penolng Kanan Hal Ehwal Murid saya iaitu
Pn Shamsiah dan ketua disiplin sesi pagi iaitu Pn Datin Hasna bt Hussin bagi
mengatasi permasalahan kelewatan pelajar ke sekolah.
2.0
FOKUS KAJIAN
Kajian tindakan ini dibuat adalah untuk menangani
permasalahan pelajar yang datang lewat ke sekolah. Matlamat utama adalah supaya
pelajar datang datang awal ke sekolah sebelum 7.20 pagi. Selain daripada itu, fokus
kajian kami juga mahu cuba meningkatkan minat pelajar terhadap alam
persekolahan. Kehadiran awal pelajar ke
sekolah adalah sangat penting supaya pelajar tidak ketinggalan dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana proses pengajaran dan pembelajaran
adalah amat penting bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dan dapat
meningkatkan imej sekolah di zon Pudu ini.
3.0
OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif
Umum
Kajian ini
bertujuan untuk mengatasi permasalahan
kelewatan pelajar ke sekolah dan seterusnya akan mengurangkan bilangan pelajar
yang datang lewat ke sekolah
3.2 Objektif
Khusus
3.2.1 Untuk memastikan semua pelajar datang awal
ke sekolah.
3.2.2 Menimbulkan kesedaran betapa pentingnya
datang awal ke sekolah dikalangan pelajar
3.2.3 Untuk mengaplikasikan teknik ‘belaian
Kaunseling’ kepada pelajar yang datang lewat
4.0 KUMPULAN
SASARAN
Kumpulan sasaran
adalah terdiri daripada 30 orang pelajar perempuan yang datang lewat ke sekolah
daripada tingkatan 1 hingga 5.
5.0 PELAKSANAAN
KAJIAN
5.1 Tinjauan
Masalah
Tinjauan
masalah telah dibuat berdasarkan pemerhatian dan soal selidik. Tingkahlaku
pelajar berjalan masuk ke pintu pagar sekolah selepas loceng berbunyi
diperhatikan. Pelajar banyak memberi alas an traffic jam melalui kaedah soal selidik.
5.2 Analisis
Tinjauan Masalah
Berdasarkan pemerhatian tingkah laku pelajar dari pintu pagar
sekolah sebanyak 7 kali, didapati pelajar tidak bersungguh-sungguh berlari
masuk ke dalam kawasan sekolah. Dapatan punca kelewatan pelajar adalah seperti jadual
dibawah:
BIL
|
PUNCA KELEWATAN
|
BIL. PELAJAR TERLIBAT
|
1
|
Traffic Jam
|
15
|
2
|
Bangun lewat
|
8
|
3
|
Kesihatan
|
5
|
4
|
Kereta rosak /
Malas ke sekolah / Lain-lain
|
2
|
Berdasarkan soal selidik itu, didapati pelajar yang datang
lewat adalah kerana mengalami kesesakan lalulintas. Kebanyakan pelajar bertolak
dari rumah pada pukul 7 pagi. Kehadiran lewat ke sekolah akan menyebabkan
pelajar akan terlepas waktu perhimpunan dan kadang kala akan terlepas waktu
pembelajaran yang pertama. Walaupun pelajar ini hadir lewat ke sekolah,
kebanyakan pelajar ini tetap memberi jawapan matlamat utama ke sekolah adalah
untuk belajar dan menuntut ilmu.
Dari segi
pandangan pelajar terhadap cadangan tindakan yang sesuai diberikan kepada
pelajar yang datang lewat ke sekolah, didapati mereka sanggup melakukan dendaan
seperti dikenakan hukuman rotan, kelas tahanan, cuci tandas, membersihkan
kawasan sekolah dan membuat kerja amal seperti menyiram pokok bunga dan
sebagainya. Bila ditanya berkaitan peraturan sekolah, kesemua pelajar mengakui
faham tentang peraturan sekolah.
5.3 Tindakan Yang Dijalankan
Berikut
ialah tindakan yang dijalankan sepanjang 3 bulan pertama sesi persekolahan:
Tindakan
|
Bulan
|
Pendekatan
|
Bilangan pelajar
|
Pertama
|
Minggu ke-2 Januari hingga Awal Februari 2015
|
Pelajar mencatat nama dan masa mereka
tiba di sekoah. Selepas itu pelajar perlu bergerak ke dataran perhimpunan
sehingga perhimpunan selesai.
|
30 orang
|
Kedua
|
Awal Februari hingga Mac
|
Pelajar mencatat nama dan masa mereka
tiba di sekolah. Selepas itu guru kaunseling mengumpulkan pelajar yang datang
lewat. Melaksanakan sesi kelompok sehingga selesai perhimpunan dan
kadang-kala mengambil sedikit masa
waktu pertama.
Hasilnya:
Dapat mengurangkan sedikit kadar pelajar datang lewat kerana pada mereka
masih ada guru-guru yang mengambil berat tentang keadaan mereka.
|
25 orang
|
5.4 Pelaksanaan
Tindakan dan Hasilnya
Kajian tindakan ini telah dijalankan selamat 3 bulan iaitu
bermula daripada minggu ke -2 bulan Januari 2015 hingga akhir Mac. Semasa
menjalankan kajian ini, saya telah memperuntukan satu masa pertama pada setiap
hari persekolahan untuk memantau pelajar yang datang lewat ke sekolah. Saya
mengedarkan soal selidik kepada para pelajar yang lewat untuk mendapatkan
maklumat bagi membantu menyiapkan kajian saya ini.
Pada permulaan kajian, saya dan guru disiplin mengenakan
tindakan hukuman kepada pelajar yang lewat namun tindakan ini tidak dapat
mengurangkan bilangan pelajar yang datang lewat ke sekolah. Kaedah kaunseling
kelompok dan belaian kaunseling berkesan
kerana didapati bilangan pelajar yang datang lewat semakin berkurangan
daripada 30 orang turun kepada 25 orang.
Kaedah terakhir yang digunakan adalah belaian kaunseling
secara berterusan. Kaedah ini adalah melibatkan bacaan Yaasin, berdoa dan
mencabar pemikiran pelajar dengan mengatakan “apakah peranan aku sebenarnya”?.
Fokus utama ialah pengorbanan ibubapa dan guru sehingga dapat membentuk pelajar
agar menjadi insan yang berguna. Melalui kaedah ini, kadar bilangan pelajar
yang datang lewat semakin menurun dan menampakkan perubahan. Ini kerana para
pelajar merasakan mereka disayangi dan ada guru-guru sekolah yang mengambil
berat tentang kehadiran mereka ke sekolah. Adalah diharapkan agar kaedah dan
teknik ini dapat diteruskan lagi pada bulan april dan kadar pelajar datang
lewat ke sekolah dapat dikurangkan dari
hari ke hari.
5.5 Refleksi
Kajian
Statistik pelajar yang datang lewat sepanjang bulan mac
menunjukkan penurunan sebanyak 5 orang dari 40 pelajar kepada 35 orang. Kaedah
belaian kaunseling berjaya menawan hati pelajar dan objektif kajian dapat
dicapai. Kaedah mencabar pemikiran pelajar sangat berkesan apabila aspek
pengobanan ibubapa pelajar disentuh.
Mereka amat sensitif terhadap aspek pengorbanan ibubapa mereka. Kesedaran
pelajar boleh dilihat pada waktu kaedah ini dijalankan.
6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Beberapa cadangan dan saranan yang boleh diguna pakai untuk
kajian seterusnya adalah seperti berikut:
1.
Mengguna
pakai teknik “Belaian Kaunseling Kelompok” untuk memastikan pelajar datang awal
ke sekolah dan mempunyai semangat yang tinggi untuk belajar
2.
Hukuman
dan dendaan boleh diteruskan tetapi biarlah berpadanan dengan kesalahan
pelajar. Sebaiknya guru-guru perlu memahami sikap dan tingkah laku pelajar agar
mereka merasakan diri mereka disayangi dan diterima oleh guru.
3.
Guru-guru
juga disarankan menggunakan teknik “belaian kaunseling” dan bertolak ansur agar
dapat mengurangkan perasan marah dan dendam pelajar terhadap guru.
Happy weekend
Pampered yourself
With variety menu
Ready to cook...huhuhuhu
Pampered yourself
With variety menu
Ready to cook...huhuhuhu