10 February 2016

Kertas Kerja Kem Kembara Anak Soleh Kelas Aliran Agama 2016


Salah satu projek tahun ini yang dengan sukarelanya saya anjurkan untuk membantu panitia KKQ dan KKA dalam menjalankan kem kembara anak soleh. Rasanya hampir 6 tahun saya tidak menganjurkan aktiviti kem ini sehinggalah tahun ini saya rasa saya ingin kembali membantu untuk menjalankan kem ini terutama kepada murid kelas Aliran Agama yang begitu signifikan untuk menjalankan modul yang dirancang ini. Menyiapkan kertas kerja ini dalam cuti sekolah agar isnin nanti saya boleh bergerak untuk mencari dana dan dalam masa yang sama menyiapkan dokumen ke Unit Perhubungan yang memerlukan masa 6 minggu sebelum program utk diproses.

KERTAS KERJA
KEM KEMBARA ANAK SOLEH
KELAS ALIRAN AGAMA
SMK CHERAS 2016


1. 0      PENGENALAN

            Pada tahun ini iaitu 2016, PPPM memasuki gelombang kedua yang bermula pada 2016 hingga 2020 dengan visi memacu peningkatan sistem pendidikan. Oleh itu bagi mencapai visi tersebut, aspirasi terhadap sistem pendidikan dan murid di Malaysia merangkumi dua aspek iaitu pertama sistem pendidikan secara keseluruhan dan kedua aspirasi murid secara individu yang perlu digerakkan. Aspirasi ini akan menjadi landasan transformasi sistem pendidikan di Malaysia. Hasrat PPPM untuk mencapai enam aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional perlu digerakkan oleh guru yang beraspirasi. Oleh kerana itu, program ini dirangka bagi kumpulan sasaran iaitu murid kelas aliran agama yang merupakan kelas kawalan di SMK Cheras. Modul yang digunakan merangkumi enam aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir melalui penyelesaian masalah, kemahiran memimpin melalui daya jati diri kepimpinan sepanjang kem, kemahiran dwibahasa dengan perbualan Bahasa Arab komunikasi dan Bahasa Malaysia sepanjang kem, memupuk etika dan kerohanian dengan modul pemantapan agama dan solat sunat serta identiti nasional dalam kerja berkumpulan. Penganjur berharap agar program ini merupakan salah satu penggerak bagi mencapai aspirasi tersebut dan seterusnya memacu keberhasilan pendidikan.


2.0       OBJEKTIF

Objektif program ini adalah untuk:

           2.1 Membimbing para peserta untuk memupuk kemahiran kepimpinan yang                                           unggul, disiplin diri yang tinggi serta fokus kecemerlangan diri
            2.2 Memupuk nilai  etika dan kerohanian bagi meningkatkan kualiti sahsiah diri yang                                unggul                 
            2.3 Membentuk kerjasama antara sekolah, murid dan guru bagi meneruskan agenda                              kecemerlangan bukan sahaja di peringkat sekolah bahkan di peringkat yang lebih                          tinggi.
           3.0.      TARIKH          :           1-3 April 2016
           4.0       TEMPAT         :           Kem Idaman Nurani, Hulu Langat                              
           5.0       SASARAN       :           70 orang murid lelaki dan perempuan kelas KAA



                                               
            6.0       JAWATANKUASA AKTIVITI

Pengerusi:
Pn Kamariah Bt Abu (Pengetua )

Naib Pengerusi
Puan Maznah Bt Musa (Guru Penolong Kanan )


Setiausaha
Pn Nurhaiza Bt Che Mat
Guru Kaunseling SMK Cheras


            Penolong Setiausaha
            Pn Hasma Zati Bt Hashim
            Penyelaras Kelas Aliran Agama

                       
          
         Jawatankuasa Kerja               

BIL
AJK
NAMA GURU

BIDANG TUGAS
1
Penyelaras
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
·        Menyediakan kertas kerja
·        Mengatur modul dan kelancaran program
·        Mengedarkan borang kebenaran ibu bapa

2
AJK Pendaftaran
Pn Haslina Bt Hashim
·        Mengumpulkan borang kebenaran ibu bapa
·        Menaip senarai nama peserta program
·        Mengambil kedatangan murid sewaktu pendaftaran
·        Membuat salinan pendaftaran kepada AJK Sijil dan AJK Dokumentasi
3
AJK Penginapan/ Dokumentasi
Nur Syahira Bt Ismail
Siti Norsyuhada Bt Nik Soh
·        Bertugas sebagai AJK Penginapan
·        Menyediakan dokumentasi setelah program selesai
·        Mengambil gambar yang bersesuaian untuk dokumentasi


4

AJK Buku Program & Penilaian


Puan Nafsah Bt Mohd Shah

·        Menyediakan buku program
·        Menyediakan penilaian program
·        Menyerahkan penilaian program kepada AJK Dokumentasi

5

Pengangkutan


En Mohd Nasrun B Ahmad

·        Menguruskan pengangkutan pelajar pergi dan balik
·        Memastikan murid selamat balik ke rumah

6
AJK Sijil

Puan Hasma Zati Bt Hashim
·        Menyediakan sijil dan cenderahati untuk peserta


7.0 TENTATIF PROGRAM


HARI / MASA

HARI  PERTAMA
JUMAAT
15 APRIL 2016

HARI KEDUA
SABTU
16 APRIL 2016


HARI KETIGA
AHAD
17 APRIL 2016

4.30 AM

QIAMULLAIL

5.30 AM

SOLAT SUBUH
SOLAT SUBUH

6.00 AM

KULIAH SUBUH:

KULIAH SUBUH

7.00 AM

MUSLIM CERGAS/ SARAPAN/
SOLAT SUNAT DHUHA
MUSLIM CERGAS / SARAPAN/
SOLAT SUNAT DHUHA

8.30  AM

KEMBARA IBADAH
(JUNGLE TREKING)

LDK II


MINDA INTELEK  :
PERIBADI PELAJAR MUSLIM
10.00 AM

KHIDMAT DIRI
11.00 AM

MASS BERSAMA COMITTEE
MAKAN TENGAH HARI
MAJLIS PENUTUP
1.00 PM

MAKAN TENGAHARI / SOLAT ZOHOR

2.30 PM
PENDAFTARAN
TAKLIMAT

SMART SOLAT


4.30 PM
SOLAT ASAR /MUNUM PETANG

SOLAT ASAR/MINUM PETANG

5.00 PM
TUMBUK SAMBAL
(ICE BREAKING)
TEAM BUILDING


6.30 PM
MAKAN MALAM
MAKAN MALAM


7.30 PM
SOLAT MAGHRIB/ BACAAN YAASIN/SOLAT ISYAK


SOLAT MAGHRIB
KULIAH  MAGHRIB

 SOLAT ISYAK

10.00 PM
PROMO FASI
LDK I- TA’ARUF

INNER JOURNEY:
 MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH


LDK III- SHARING MOMENT

12.00 PM
MINUM MALAM

MINDA INTELEK II: MENJUNJUNG KASIH
”TRIBUTE TO RASULULLAH SAW”


12.15 AM
LELAP MATA
MINUM MALAM/LELAP MATA




8.0       SUMBER KEWANGAN
           
BIL
PERKARA
JUMLAH
1
Yuran program
RM 50 x 70 orang = RM 3,500
2
PIBG
RM 1,300
3.
Koperasi
RM 1,000
4.
Baitulmal
RM 2,000

Jumlah
RM 8,000


            ANGGARAN PERBELANJAAN
           
BIL
PERKARA
JUMLAH
1
    RM   100 X 70 orang
RM 7,000
2
    RM    500 x 2 bas
RM 1,000
3.



Jumlah
RM 8,000




9.0       PENUTUP

Program ini diharapkan dapat membentuk sikap positif dalam kalangan murid dan dapat mendorong pelajar untuk lebih bermotivasi dalam mencapai kecemerlangan diri serta membentuk perubahan sahsiah murid ke arah yang lebih baik untuk menjadi insan yang unggul. Program ini juga diharapkan dapat membantu diri murid untuk membentuk jati diri  yang tinggi dan bersedia menghadapi cabaran.




Disediakan oleh :                                                           
                              
                                                         
Puan Nurhaiza Bt Che Mat                                                          
Guru Kaunseling
SMK Cheras                                            



Jom memancing dan membubu
Nature to nurture 
Let's go kid..belakang rumah aje huhuhu



4 comments

Syukran jazilan ats usaha anda puan kaunselor smkc!!

Terima kasih :) dan terima kasih juga kepada kamu yang aktif dalam menjaga kebajikan anak-anak kelas KAA

salam..sy tgk dan ambik kertas kerja program cikgu jdkan panduan utk kertas kerja program sek sy..terima kasih byk2..

 

Telegram Channel