23 February 2016

Modul Cemerlang Program Juara Permata 2016

Pagi ini saya membuka bilik mesyuarat seawal pukul 7.00 pagi untuk memanggil semua murid sasaran Juara ini berkumpul bagi mengagihkan modul dan kad perjumpaan kepada mereka. Modul Cemerlang yang disediakan oleh ketua panitia subjek dan diserahkan kepada setiausaha kurikulum untuk diedarkan kepada semua murid Juara Permata seramai 40 orang ini. Modul ini disediakan khas untuk kumpulan sasaran ini dan saya berharap murid-murid ini mengambil peluang yang diberikan di atas pelbagai kemudahan kepada mereka untuk berusaha bersungguh -sungguh. 

Saya ingin share disini bagaimana mentor kumpulan yang terdiri dari pentadbir sekolah sendiri dari pengetua hinggalah ke ketua bidang berbeza dengan mentor subjek. Mentor kumpulan memastikan murid berjumpa dalam kumpulan mereka dan membuat kumpulan ulangkaji dan memastikan menjaga kebajikan dan kesulitan kumpulan masing - masing. Manakala mentor subjek pula lebih berperanan membimbing dalam subjek tertentu sahaja dan ahli kumpulan kepada mentor subjek ini terdiri dari pelbagai ahli dari pelbagai kumpulan. Ini kerana jika di dalam kumpulan 1 contohnya ada 5 orang tetapi hanya 2 orang yang C Kimia manakala yang lain ialah A maka murid 2 orang ini sahja yang mendapat mentor subjek Kimia. Saya mengingatkan murid agar komited dengan setiap perjumpaan mentor mantee masing - masing.

saya selaku penyelaras memantau kad perjumpaan Permata sama ada murid ini bergerak aktif atau tidak berbuat apa pun. 

Selamat Hari Jadi Kak Noraida
My timbalan penegrsi Kelab Guru :)




3 comments

PUAN...
BOLEH SHARE MODUL CEMERLANG PERMATA?

nurhudaaddin@gmail.com

puan..mohon share modul cemerlang permata?

Salam nurul huda,modul cemerlang permata ialah modul yg disediakan oleh 15 panitia yg berbeza. Saya perlu memohon keizinan juga krn saya hanya mempunyai hardcopy sahaja utk edaran murid. nurhaiza.gksmkcheras@gmail.com

 

Telegram Channel