28 March 2016

PRS Bestari: Jemputan Fasilitator Kem Kepimpinan Pengawas SK Sri Cheras


                                   


Hari ni ialah hari cuti peristiwa bagi warga Cherasian kerana Sabtu lepas ialah Mesyuarat Agong PIBG dan Majlis Anugerah Cemerlang. Pagi ni saya terlibat dengan Mesyuarat Pengurusan Sekolah dari pukul 9.45 pagi. Sebaik tamat pukul 2 ptg, saya bersiap untuk ke SK Sri Cheras pula meninjau PRS Ting 5 Tahap Bestari yang telah dijemput oleh UBK SK Sri Cheras mengendalikan slot ice breaking untuk Bengkel Kepimpinan Pengawas Sekolah Dan Pengawas Pusat Sumber untuk tahun 3, 4, 5 dan 6  selama sejam. 

Well done to them! Berjaya mengendalikan slot dalam keadaan santai dan bergembira. Sepanjang sesi berlangsung, GBK HEM malah Guru Besar nya juga turut berada di sana.
Terima kasih kepada Cikgu Hashifa GBK SK Sri Cheras yang telah memberikan kepercayaan kpd team PRS SMK Cheras


Klinik Saiful..
 

Telegram Channel