Saya share Kertas Kerja Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2016 yang telah mula diedarkan kepada penaja -penaja untuk meringankan kewangan program ini.
KERTAS KERJA
SAMBUTAN HARI GURU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS
2016
1.0 PENGENALAN
Sambutan Hari Guru
merupakan sambutan yang diadakan bagi meraikan guru –guru yang banyak berjasa
dalam bidang pendidikan. Ia merupakan program tahunan yang wajib dijalankan.
Bagi aktiviti pada bulan Mei, sambutan Hari Guru yang dirancang untuk mengeratkan silaturahim
dalam kalangan mentor mantee kelas masing – masing. Di sekolah, guru akan
berperanan memberi tunjuk ajar sebagai ibu bapa di sekolah kerana guru bukan setakat
mengajar pengajaran untuk membina ilmu bahkan membangunkan sahsiah dan disiplin
murid. Melalui aktiviti Sambutan Hari Guru, murid dapat berinteraksi dengan
guru selaku mentor mereka secara santai tetapi penuh penghayatan dan pengajaran
di sebalik aktiviti yang dijalankan. Di samping itu, murid juga menggunakan
kreativiti masing – masing untuk menyerlahkan bakat bagi menghiburkan guru-guru
dan menghidupkan suasana Hari Guru. Semoga aktiviti yang dijalankan memberikan
erti yang signifikan dalam catatan diari kehidupan seorang guru.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Agar
dapat mengeratkan silaturrahim dalam kalangan guru selaku mentor
dengan mantee pelajar
2.2 Agar mantee dapat meraikan mentor
masing-masing dalam majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah.
2.3 Agar semua guru dapat diraikan Hari Guru
dengan penuh meriah melalui kerjasama warga sekolah
3.0 TARIKH
27 Mei
2016
4.0 SASARAN
Semua warga SMK
Cheras sesi pagi dan petang
5.0 AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi : Puan Kamariah Bt Abu
Timbalan
Pengerusi: Encik Mohamed Jamil Bin Abdul Samad
Naib
Pengerusi 1:Puan Chong Moi Lian
Naib
Pengerusi 2:Puan Maznah Bt Musa
Naib
Pengerusi 3 : Encik Raheman Bin Ahmad
Setiausaha :
Puan Norliza Bt Rafie
Naib
Setiausaha: Puan Nurhaiza Bt Che Mat
BIDANG TUGAS
AJK
Jemputan Dan Teks Ucapan PIBG
·
Mengenalpasti Tetamu Jemputan
·
Menyediakan Kad Atau Surat Jemputan
|
Puan Rozita Musa
|
AJK
Teks Ucapan Perutusan
·
Memastikan Teks Ucapan Perutusan Disediakan
·
Mengenalpasti Teks Ucapan Yang Perlu Dibaca Dan
Personalia Yang Terlibat
|
Puan Noraida Bt Mohamad@Abdullah
En
Mohd Rizal Bin Mat Salim
|
AJK
Aturcara Pentadbiran
·
Memastikan Program Berjalan Mengikut Aturcara
|
Puan Sharin Hanum Bt Ab Rahman
Puan
Kamziyah Bt Mohd Yaman
|
AJK
Teks Bacaan Doa
|
En Mohd Nasrun Bin Ahmad
|
AJK
Kawalan Disiplin Murid
|
En Mohd Noor Bin Mat Deris
Puan
Ratna Dewi a/p Gopalakrishna
En
Chan Yoong Keong
En
Masrizal Bin Abu Bakar
En
Ahmad Azran B Abdul Rahman
|
AJK
Perarakan
·
Menentukan Cara Perarakan Masuk Yang Sesuai
|
Puan Zahirah Bt Abdul Halim
Puan Haslina Bt Abd
Rahim
|
AJK
Sumbangan
·
Mengenal pasti tajaan untuk sambutan Hari Guru
|
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
Cik
Wong Mun Yee
Puan
Kanagambigai a/p Ramoo
En
Rahimi Bin Abd Karim
|
AJK
Pengacara Majlis
·
Menyediakan Skrip Juruacara Majlis
·
Melatih Murid Untuk Menjadi Juruacara
|
Puan Soraya Bt Abd Rafar
|
AJK
Buku Program
·
Menyediakan Buku Program
|
Puan Raudzah Bt Ab Rahman
|
AJK
Hadiah/Doorgift
· Membeli Hadiah Dan
Menyusun Pemberian Hadiah Di Atas Pentas
|
Puan Laili Azuwa Bt Tamrin
Puan Rozinani Bt Awang
Puan Murni Bt Mat Jali
Puan Kavitha A/P
Chelliah
|
AJK
Permainan / Aktiviti
|
Cik Hamizah Bt Md Aris
Cik Nor Zalifah Bt
Hanafi
Puan Zizawani Bt Fauzi
En
Azrin Bin U Mat
En
Khairul Azizi B Zainuddin
|
AJK
Hiasan Pentas
· Menghias pentas dan
back drop
|
Puan Murniyati Bt Masari
Cik Jamaliah
Azmirakarimah Bt Mohd Ali
Puan Nafsah Bt Mohd
Shah
Puan Umizam Zaharah Bt
Ismail
|
AJK
Persiapan Tempat
· Menyediakan Khemah
Dan Kerusi Meja
|
En Mohd Nidzam B Mohd Yusoff
En
Nik Rahmat B Nik Mood
En
Amiruddin Bin Mohd Yusoff
En
Mohd Hasbi Bin Ramli
En
Muhammad Fadzil B Lebai Lutfi
|
AJK
Backdrop
· Memilih Rekabentuk
Backdrop Yang Menarik
|
En Abdull Azis Bin Arbi
|
AJK
Persembahan
·
Menentukan Persembahan Yang Menarik
·
Mengatur Giliran Persembahan
|
Cik Noraini Bt Jamaluddin
Puan Norlaili Bt Ani
Puan Salina Bt Mohd
Isa
Puan Azimah Bt Ibrahim
Puan Umi Salbiah Bt
Abdul Rahman
|
AJK
Multimedia
· Agar dapat
menyediakan multimedia untuk majlis guru
|
En Che Mohamad Padali Bin Che Mat
|
AJK
Dokumentasi
· Menyediakan
Dokumentasi Selepas Program
|
Puan Haliza Bt Halid
Puan Nurul Hamiza Bt
Nodzari
|
AJK
Jurufoto
· Menangkap gambar
untuk didokumentasikan
|
Puan Norliza Rafie
Puan
Norliza Borhan
|
AJK
Jamuan
·
Menyediakan Jamuan
·
Mencadangkan Menu
|
Puan Tengku Laila Sari Bt Tengku Jusoh
Puan
Khairul Akhmar Bt Omar
Puan Nurul
Shafini
Puan
Faiza Bt Mamat
Puan
Amila Bt Abdullah
|
AJK
Siaraya
· Memastikan Siaraya
Dapat Berfungsi Dengan Baik
|
En Bala Segar A/L M. Muniandy
|
6.0 TENTATIF PROGRAM
7.30 pagi : Sarapan pagi di kantin
8.00 pagi :Pelajar berkumpul di tapak perhimpunan
8.15 pagi :Perarakan masuk guru-guru di tapak
perhimpunan
: Bacaan doa
:
Bacaan Perutusan Hari Guru: Oleh Menteri Pendidikan
:
Bacaan Perutusan Hari Guru: Oleh KPPM
8.40 pagi : Persembahan guru dan pelajar
:
Penyampaian cenderamata
10.00 pagi : Aktiviti permainan
11.30 pagi :Jamuan makan
-
Persembahan multimedia persaraan guru dan staf
-
Aktiviti memotong kek
-
Ucapan Dari Yang Diraikan Persaraan
1.10 tengah
hari : Bersurai
7.0 ANGGARAN
KEWANGAN
Tabung Kelab Guru = RM
1,000
Tajaan = RM
1,000
PIBG = RM 1,000
Pendapatan = RM
3,000
Perbelanjaan
Cenderamata guru(RM10
x 110 orang) = RM 1,100
Hadiah
persaraan (RM100 x 2 orang) = RM
200
Jamuan
guru (RM10 x 110 orang) = RM
1,100
Backdrop = RM
100
Hadiah
aktiviti / pertandingan = RM
500
Jumlah = RM 3,000
8.0 PENUTUP
Diharapkan agar
sambutan Hari Guru peringkat sekolah berjalan lancar dan
mencapai objektif program.yang
diharapkan.
Disediakan oleh, Diluluskan
oleh,
(Nurhaiza Bt Che Mat) (Kamariah
Bt Abu)
Guru Kaunseling Pengetua
Happy weekend
With sore throat :(
With sore throat :(
20 comments
Assalamualaikum cikgu. Saya mohon izin untuk rujukan ya. Terima kasih :-)
Salam
Sila ambil untuk rujukan
Sama sama
salam cikgu.macam mana cara untuk dapatkan tajaan ye?
Salam Liya
Cara dapatkan tajaan
1) Rujuk kaunselor kamu, IPTS manakah yang paling popular atau ada kemasukan dari sekolah kamu untuk mendapatkan beg doorgift atau doorgift yang berkaitan. Jika IPTS itu mempunyai kulinari, mohon untuk tajaan kek :)
2) Mohon Yaysan Yendidikan kawasan kamu untuk kewangan tunai
3) Mohon PIBG untuk kewangan tunai
4) Tanya pada kerani kewangan , pembekal manakah yang selalu berurusan dengan sekolah kamu untuk mendapatkan hamper
5) Jangan lupa pada kontraktor yang membekalkan makanan di kantin untuk mohon tajaan jamuan juga
6) Kenalpasti alumni yang telah berjaya untuk menyumbang apa sahaja sama ada banner atau potluck
7) Jangan lupa juga KSIB yang boleh membantu kini
Semua ini perlu kertas kerja dan surat mohon tajaan. Semoga ia membantu anda.
Assalamua'alaikum Cikgu Haiza..
Saya minta izin untuk jadikan kertas kerja ni sebagai rujukan ya. Terima kasih cikgu.. ^^
Salam nor aqidah. Sila manfaatkan.
Terima kasih...Selamat Hari Guru!!!
Sama sama😀😁
assalamualaikum cikgu
saya mohon izin utk rujukan ye
terima kasih
naz
assalamualaikum...saya ingin bertanya, adakah program sambutan hari guru ini sememangnya berada di bawah ubk ataupun kelab guru sekolah...
Salam
Sambutan hari guru di bawah kelab guru. Kebetulan saya juga adalah AJK Biro Profesionalisme Kelab Guru yg menguruskan LDP dan program guru.
Salam Naz
Ye sila gunakan untuk rujukan
assalamuaalaikum. saya nak tanya pendapat. apakah sumbangan yg boleh dilakukan oleh sesebuah kelab di sekolah bersempena dgn sambutan hari guru?
Salam
Sumbangan kelab..contohnya kelab yg ahlinya untuk murid murid seperti contoh Kelab Kerjaya. Kelab boleh menyumbang sewaktu Hari Guru dgn memeriahkan suasana Hari Guru dgn sukarela membuat persembahan Hari Guru, membina kad Hari Guru dan mengedarkan kad tersebut kpd setiap Guru, mencari tajaan untuk cenderamata Hari Guru,
salam cikgu.
mohon buat rujukan ye.. terima kasih
Ye..sila gunakan. Sama sama
salam admin...saya mohon untuk ambil sebagai rujukan yer..terima kasih banyak2..
Terima kasih kerana sudi berkongsi.. Saya mohon untuk buat rujukan.. :)
Sama sama. Semoga mendapat manfaatnya.
Salam. Mohon untuk buat rujukan ya.