Berikut merupakan borang keberhasilan penilaian awal.
Sila klik link ini untuk PENILAIAN AKHIR BORANG KEBERHASILAN GURU KAUNSELING
Sila klik link ini PENILAIAN AKHIR BORANG KEBERHASILAN GURU KAUNSELING
1. Penilaian keberhasilan
merupakan salah satu komponen dalam Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan (PBPPP).
2. Penilaian ini akan digunakan
untuk menilai keberhasilan dalan PBPPP, mencatat sasaran kerja, mengira sasaran
kerja yang melebihi jumlah yang disasarkan dan akan digunakan untuk
keperluan-keperluan lain dalam perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
(PPP).
3. Asas penilaian:
a. menilai peningkatan
sasaran
Sebarang bentuk kemajuan dan
perkembangan pengetahuan/ kemahiran/ hasil kerja/ nilai/ amalan dan tingkah
laku berdasarkan peningkatan sasaran.
b. menilai pencapaian
sasaran
Kejayaan kerja yang telah ditetapkan berdasarkan pencapaian
sasaran.
c. menilai usaha yang
dilaksanakan
Amalan kerja yang
dilakukan ke arah keberhasilan berdasarkan penilaian profesional (professional
judgement
4. Wajaran penilaian
keberhasilan adalah 10% walaubagaimana pun atas saranan JPA, peratus
keberhasilan akan ditingkatkan secara berperingkat.
5. Perbincangan keberhasilan antara
PYD dengan Pegawai Penilai 1(PP1) dan Pegawai Penilai 2 (PP2)perlu dilaksanakan
sepanjang proses penilaian.
6. Proses penilaian
keberhasilan dilaksanakan secara berterusan sepanjang tahun. Skor penilaian
hendaklah diberikan pada pertengahan tahun/ semester/ penggal (Penilaian
Pertama) dan dimuktamadkan pada akhir tahun/ semester/ penggal (Penilaian
Akhir)dalam tahun penilaian.
7. Bidang tugas bermaksud
skop tugas PYD. Tiada penetapan khusus berkaitan bidang tugas. PP dan PYD perlu
berbincang dalam menentukan sendiri bidang tugas yang bersesuaian.
8. Sasaran kerja bermaksud
hasil kerja (minimum 5 sasaran) yang perlu dipacu ke arah pencapaian
organisasi. Semua penyataan sasaran hendaklah dalam bentuk kuantitatif
dan / atau kualitatif. Semua sasaran kerja perlu dicatat dalam Borang
Keberhasilan yang disimpan oleh PYD, PP1 dan PP2.
9. PP perlu mengisi markah
keberhasilan setiap sasaran mengikut julat markah seperti Jadual 1.
Jadual 1: Tahap
Keberhasilan dan Julat Markah Tahap Keberhasilan
|
Julat Markah
|
Skor
|
CEMERLANG
|
76 - 100
|
4
|
BAIK
|
51 - 75
|
3
|
SEDERHANA
|
26 - 50
|
2
|
LEMAH
|
0-25
|
1
|
10. Kaedah pengiraan markah
purata pencapaian keberhasilan seperti berikut:
Jumlah Markah Keberhasilan
Jumlah sasaran
|
= Purata Markah Keberhasilan
|
11. Purata markah keberhasilan
perlu diubah dalam bentuk skor untuk dimasukkan dalam sistem e-Prestasi.
12. Melebihi jumlah yang
disasarkan bermaksud melebihi sasaran yang disasarkan. Tanda (√) jika
melebihi sasaran dan tanda (–) jika tidak melebihi sasaran .
13. Melebihi jumlah yang
disasarkan bermaksud:
i) melebihi kualiti sasaran;
atau
ii) melebihi kuantii sasaran;
atau
iii) mengurangkan masa sasaran;
atau
iv) mengurangkan kos sasaran;
atau
v) mendapat penghargaan
daripada pelbagai pihak; atau
vi) mendapat pengiktirafan
daripada pelbagai pihak; atau
vii) mendapat ganjaran atau
anugerah daripada pelbagai pihak.
14. Kaedah pengiraan jumlah
markah melebihi jumlah yang disasarkan ialah:
14. Kaedah pengiraan jumlah
markah melebihi jumlah yang disasarkan ialah:
Melebihi jumlah yang
disasarkan
Jumlah sasaran
|
X 100
|
= Markah melebihi sasaran
|
15. Bilangan sasaran bermaksud
bilangan keseluruhan sasaran.
16. Catatan bermaksud
makluman berkaitan sasaran sama ada kekal, pinda , tambah atau gugur selepas
semakan sasaran dilakukan pada selepas penilaian pertama.
Saya nak ingatkan di sini bahawa keberhasilan guru kaunseling memang banyak perkara yang ingin diukur tetapi guru kaunseling sendiri perlu faham apakah keberhasilan di bawah kawalannya yang ingin diukur. Jika semua aspek ingin diukur, itu adalah instrumen fungsional dan generik yang mana 90 peratus memang di nilai oleh pengetua atau penilai kita berdasarkan eviden sama ada dokumen, pemerhatian tetapi keberhasilan ialah apa bidang yang kita nak menujukkan berlakunya impak dalam perlaksanaan program yang dijalankan. Ia tidak mengkhususkan sesuatu yang wajib kerana fleksibiliti program UBK sendiri. Jika kita mempunyai rakan sejawat di sekolah, mungkin keberhasilannya berbeza dengan kita kerana sasaran murid petang dan pagi yang berbeza dari segi program. Atau jika anda guru kaunseling yang mengendalikan psikososial program murid minda sihat, bagi guru kaunseling petang yang boleh diukur keberhasilan, mungkin guru sesi petang pula lebih kepada psikososial motivasi dan orientasi murid baru. Bagi guru kaunseling yang mengendalikan psikometrik mungkin dia akan letak tingkatan 3 sahaja manakala rakan sejawatnya yang satu lagi meletakkan murid ting 1 sahaja . Disinilah yang membezakan antara keberhasilan seorang kaunselor dengan kaunselor yang lain bergantung kepada SKT dan bidang tugas masing masing. Oleh itu, apa sahaja bidang yang anda letak di keberhasilan ini, sila pastikan anda tau apa yang ingin diukur sewaktu berbincang dengan penilai.
Sila klik link ini PENILAIAN AKHIR BORANG KEBERHASILAN GURU KAUNSELING
BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN
KOMPETENSI
|
||||||
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
|
||||||
BORANG MARKAH KEBERHASILAN TAHUN 2016
|
||||||
NAMA PYD
|
NURHAIZA BT CHE MAT
|
GRED JAWATAN
|
||||
NO.K.P.
|
TEMPAT BERTUGAS
|
SMK CHERAS, KUALA LUMPUR
|
||||
JANTINA
|
PEREMPUAN
|
|||||
JAWATAN
|
KETUA GURU BIMBINGAN &
KAUNSELING
|
|||||
BIDANG TUGAS
|
NO
|
SASARAN KERJA
|
PENILAIAN PERTAMA
|
PENILAIAN AKHIR
|
MELEBIHI SASARAN
|
CATATAN
|
PENGURUSAN KEWANGAN
|
1
|
MEMBELANJAKAN PCG KAUNSELING DAN MENINGGALKAN BAKI AKHIR
TAHUN SEBANYAK 2 PERATUS SAHAJA
|
||||
PENGURUSAN SESI KAUNSELING
|
2
|
MENJALANKAN SESI KAUNSELING INDIVIDU SEBANYAK 5 SESI
SEMINGGU
38 MINGGU X 5 = 180 SESI
|
||||
3
|
MENJALANKAN SESI KAUNSELING KELOMPOK SEBANYAK 1 SESI
SEMINGGU
38 MINGGU X 1 SESI = 38 SESI
|
|||||
4
|
MENJALANKAN SESI KONSULTASI DENGAN IBU BAPA SEBANYAK 38
KALI SETAHUN
|
|||||
PENINGKATAN SAHSIAH
|
5
|
AKTIVITI SAHSIAH MELALUI SLOT SEBULAN SEKALI UBK BERSAMA
MURID MORAL SESI PAGI
|
||||
6
|
MENGADAKAN AKTIVITI RAI HARI JADI 100% WARGA SEKOLAH DAN MEMUPUK SIKAP MENGHARGAI
|
|||||
7
|
PERJUMPAAN AHLI PRS SEBANYAK 20 KALI SETAHUN UNTUK
AKTIVITI DAN LATIHAN PRS
|
|||||
PENINGKATAN DISIPLIN
|
8
|
PENINGKATAN SEBANYAK 3% KEHADIRAN KE SEKOLAH BERBANDING
TAHUN LEPAS
MELALUI PROGRAM ZOOM IN
|
||||
9
|
PENURUNAN SEBANYAK 0.01 % MASALAH DISIPLIN MURID MELALUI
PROGRAM SPOT
|
|||||
10
|
MENINGKATKAN MURID KATEGORI BUTTERFLY SUIT DARI NEGATIF KE POSITIF SERAMAI 15 ORANG SETAHUN
|
|||||
PSIKOSOSIAL
|
11
|
MENJALANKAN UJIAN DASS DAN GAYA DAYA TINDAK KEPADA SEMUA
MURID TING 4
.
|
||||
12
|
MENURUNKAN KADAR 70%
MURID STRESS, ANZIETY DAN KEMURUNGAN YANG TERUK KE TAHAP LEBIH BAIK SELEPAS
SARINGAN KEDUA
|
|||||
KERJAYA
|
13
|
MENJALANKAN AKTIVITI KELAB KERJAYA SEBANYAK 12 KALI
SETAHUN
|
||||
14
|
MENJALANKAN PSIKOMETRIK KEPADA SEMUA MURID TING 1 DAN 3
|
|||||
INOVASI/KAJIAN TINDAKAN
|
15
|
MENJALANKAN SATU KAJIAN TINDAKAN
|
||||
16
|
MENYERTAI 2 PERTANDINGAN INOVASI
|
|||||
PENGURUSAN
|
17
|
MENINGKATKAN INDEKS PERSEPSI MURID TERHADAP GURU KATEGORI
PENYAYANG SELAKU SETIAUSAHA PROGRAM
GURU PENYAYANG
|
||||
18
|
PENINGKATAN MURID 6A KE ATAS DALAM SPM MELALUI PROGRAM
JUARA SELAKU PENYELARAS JUARA
|
|||||
19
|
MENJALANKAN 3 KALI LDP SETAHUN SELAKU AJK BIRO
PROFESIONALISME KELAB GURU
|
|||||
20
|
AKTIVITI DALAM RANCANGAN TAHUNAN UBK DAPAT DIJALANKAN 100%
|
|||||
BILANGAN SASARAN YANG DINILAI
|
||||||
JUMLAH MARKAH
|
||||||
PENCAPAIAN
|
||||||
SKOR
|
||||||
PENILAIAN PERTAMA
|
PENILAIAN AKHIR
|
|||||
PP1
|
||||||
PP2
|
||||||
PYD
|
||||||
Nisyfu Sya'ban |
||||||
8 comments
assalamualaikum...terima kasih beribu-ribu lemon...byk manfaat dapat di sini...mohon izin diriku copy/paste..beberapa bhn minda sihat di sini...tq.
drpd ; wan ashibah
GBK smk kubang bemban.pasir mas kelantan.
Terima kasih menggunakan bahan ini. Semoga bermanfaat. Saya izinkan anda copy paste.
Terima kasih atas perkongsian cikgu....saya ambik panduan dan rujukan untuk borang keberhasilan...
Terima kasih atas perkongsian.....saya gunakan borang keberhasilan sebagai rujukan
Cikgu Mohd Kharul Zaman
Johor Bahru
Sila gunakan. Keberhasilan adalah work based anda di sekolah. Ada peningkatan dalam aspek work based sudah ada pemarkahan krn yg penting dlm setiap aspek keberhasilan bukan seperti skt yg pjg berjela untuk capai sasaran KPI. Keberhasilan jika ada peningkatan walau 1 sudah ada kejayaan :)
Sila gunakan untuk rujukan. Sy selalu menerima feedback yg keberhasilan sy agak banyak . Yg penting bg setiap gbk hanya 5 aspek bidang sahaja. Jika setiap aspek ada 2 shj pun tidak mengapa. Ini kerana jumlah skor akan dibahagi dgn jumlah item keberhasilan utk purata skor. Dan apa shj keberhasilan yg anda letak adalah persetujuan bersama dgn penilai.
Alhamdulillah.. sangat memberi maklumat yang berguna.. semoga puan dipermudahkan segala urusan.. mohon dijadikan rujukan untuk borang keberhasilan saya..
Terima kasih di atas doa kamu. Semoga dapat dimanfaatkan org lain pula