25 May 2016

Lawatan Penanda Aras UBK Dari SMK Jalan 3, Bandar Baru Bangi, Selangor






Mendapat panggilan telefon dari senior Puan Azita Buyong untuk ke sekolah menyebabkan saya rasa segan sangat. Kak Azita ialah guru kaunseling senior dari SMK Sg Besi WPKL satu masa dulu dan kami selalu berjumpa program WPKL dan dia membawa pasukan sketsanya manakala saya dengan folio dan EAK sewaktu kegemilangan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya yang dianjurkan antara tahun 2000 hingga 2010 dahulu. Kehebatan pasukan sketsanya memang membuatkan saya terlopong menontonnya. Sangat terkesan!

Apabila dia berpindah ke SMK Jalan 3 Bandar Baru Bangi, Selangor kelihatan dia sering terlibat dengan pembinaan modul. Kemudian apabila sekolahnya terpilih sebagai johan pertandingan Amalan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling peringkat Kebangsaan yang pertama kali diadakan pada tahun 2014, saya dan guru kaunseling Zon Pudu WPKL membuat penanda aras ke sekolahnya untuk belajar mengenai perkhidmatan kaunseling sekolah yang boleh ditambahbaik. Apabila dia sendiri menelefon saya untuk melihat amalan terbaik di sekolah kami yang agak terkenal tahun lepas dengan kejayaan dalam dua jenis pertandingan, maka ayat pertama saya ialah ' seganlah kak..saya sendiri pun belajar dari akak' maka dengan berseloroh pula dia menjawab dia nak tau apa yang saya jalankan selepas belajar darinya hasil lawatan saya ke sekolahnya yang terdahulu ..alahai..hihi.

Dengan 4 orang guru kaunseling yang datang ke sekolah saya bersama seorang guru pelatih Master In Counselling , mereka bertandang hanpir dua jam untuk melihat sendiri sistem inovasi e- Klien dan amalan terbaik perkhidmatan kaunseling sekolah. Sebagai senior yang pernah terlibat dengan pertandingan amalan terbaik kaunseling yang melibatkan sistem, maka Kak Azita membimbing mengenai implikasi yang mungkin akan datang. satu perkongsian yang menarik.







Key In e-pelawat


Mesyuarat UBK kali 2/2016
Dr Pimples Pooper
 

Telegram Channel