4 June 2016

Kumpulan Sokongan Ibu Bapa SMK Cheras 2016

Mesyuarat KSIB yang pertama atas inisiatif dari PIBG batch 2016 ini. Satu usaha yg menarik walaupun yang hadir 27 orang sahaja. Antara AJK KISB yang dilantik ialah;
Pengerusi: En Romzee B Abd Rahman
Penyelaras: Puan Rina Kusnin Bt Ismail
Biro Akademik: Puan Nur Lahaniz Bt Daud/ En Mohd Rizal/ Pn Norfaizah/ Pn Sazalina
Biro Kokurikulum: Pn Jawaiyah Bt Ngah / Dato' Jasudass a/l A.Sebastian/ Pn Jurimah/En Hasbullah/ Pn Wan Darul
Biro 3K: Pn Siti Julaila Bt Othman/ Pn Zafnihad Firda/ Pn Nor hana/ Pn Fathylah
Biro Bina Insan, Sahsiah Dan Motivasi : En Azizul Azhar B Mohd Yusop/ Pn Mazlinda/Pn Rosniza/ En Amil
Biro Penyelenggaraan Dan IT: En Hanafiah Asmawi B Mohd Shah/ Pn Haniza
Biro Ekonomi Dan Pembangunan: Pn Tan Siew Hong/Pn Mazlinda/ Pn Rosniza/ En Amil
Setiap biro tersebut memerlukan 3 orang AJK ibu bapa dan seorang guru selaku exofficio akan dimasukkan ke dalam kumpulan tersebut. Pihak KSIB mengalu -alukan pentertaan lebih ramai ibu bapa dalam kumpulan sokongan ibu bapa ini. Pengerusi membentangkan terlebih dahulu mengenai peranan setiap biro untuk panduan AJK memilih mengikut minat dan sumbangan yang lebih optimum diberikan berdasarkan pengalaman masing - masing.

Tugas saya hari ini mengedarkan borang b borang khidmat bantu kepada sekolah dan instrumen perlaksanaan inisiatif ibu bapa, komuniti dan swasta. Sebagai guru kaunseling yang terlibat secara ;angsung dalam KSIB, saya harus memuji dan memberi kredit kepada pasukan KSIB 2016 ini. Sangat efektif dalam menggerakkan ibu bapa bagi membentuk pasukan awal KSIB. Ini kerana jika pasukan ibu bapa sendiri yang menggerakkan ibu bapa, ia akan lebih mendapat sambutan memandangkan cara tarikan menggunakan komunikasi ibubapa dengan ibu bapa. Terdapat 20 orang ibu bapa dan 7 orang ahli alumni yg hadir hari ini. Selepas selesai agenda membahagikan AJK dalam biro masing masing, sesi cadangan untuk meningkatkan kehadiran ibu bapa dalam Hari Pelaporan dibincangkan. Ada yg meminta diadakan di dewan, ada yg meminta diadakan cabutan bertuah, ada yg meminta diadakan perbincangan setiap murid agar dapat didengar juga oleh ibu bapa yang lain. Selain itu aktiviti yg digerakkan oleh AJK PIBG di bawah projek inisiatif Puan Siti Julaila Othman mengenai pertandingan silat sempena Merdeka nanti dan biro akademik mencadangkan mengenai dewan sekolah disewa untuk kegunaan seminar agensi luar bagi menjana pendapatan. 

Perjumpaan pertama yg berjalan baik dengan jamuan pot luck yang diadakan dan door gift inisiatif pasukan PIBG untuk perjumpaan pertama. Terima kasih semua :)



*Laporan Mesyuarat KSIB SMK Cheras 2016*

Tarikh : 28/05/2016
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Kris Mas SMK Cheras
Kehadiran : 27 orang (termasuk 6 org dr Pibg)

1. Pembukaan majlis dan kata alu-aluan dari Puan Pengerusi Majlis iaitu Pn. Rina Kusnin Binti Ismail.

2. Ucapan dari YDP merangkap Penasihat KSIB, En Romzee Bin Abd Rahman.

3. Pembentangan slide mengenai Taklimat Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) dari Penasihat KSIB.

4. Pengenalan ketua setiap biro dan ucapan ringkas dari mereka. Dan diikuti dengan perlantikan ahli-ahli bagi setiap setiap biro-biro.

*Biro Akademik, maklumat & ICT*

Ketua biro : 
Pn. Nur Lahaniz binti Daud

Ahli Jawatankuasa :
1. En Mohd Rizal
2. Pn. Norfaezah binti Zamri
3. Pn. Salzalina

*Biro Kokurikulum*

Ketua Biro :
1. Pn. Jawaiyah Binti Ngah
2. Dato Jasudass A/L Sebastian.

Ahli Jawatankuasa: 
1. Pn. Jurimah Binti Juhiri
2. En. Hasbullah Bin Othman
3. En. Wan Darulani Bin Wan Abdul Ghani
4. Pn. Faizah Binti Rahim
5. Pn. Lucie Binti Maidin

*Biro Kebersihan, Keceriaan & Keselamatan Sekolah*

Ketua Biro :
Pn. Siti Julaila Binti Othman

Ahli Jawatankuasa:
1.  Zafnihad Firda 
2. Pn. Norhana Binti Mohad Hassan
3. Pn. Fathylah Binti Mansor
4. En. Kassim

*Biro Ekonomi & Pembangunan*

Ketua Biro:
Pn. Tan Siew Hong

Ahli Jawatankuasa:
1. Pn. Mazlinda bt Abdullah
2. Pn. Rosniza binti Abdul Hadi
3. En. Amel bin Talib

*Biro Pelenggaraan*

Ketua Biro:
En. Hanafiah Asmawi Bin Mohd Shah

Ahli Jawatankuasa :
1. Pn. Norhanyzah binti Hashim
2. Pn. Kamziyah Binti Mohd Yaman

*Biro Bina Insan, Displin dan Motivasi*

Ketua Biro :
En. Azizul bin Mohd Yusop

Ahli Jawatankuasa:
1. En. Mohd Fazley
2. Pn Azizah



*Perkara yang dibincangkan.*
1. Hari Pelaporan - bakal diadakan pada 24 Jun 2016

2. Hari Sukan - bakal diadakan pada 5 Ogos 2016

Cadangan utk hari pelaporan:
1. Tukar hari pelaporan kepada hari Sabtu.
2. Wujudkan tema untuk hari pelaporan. Contoh yang diberi ialah "Kami sayangkan Anak Anda"
3. Buka dewan untuk perhimpunan ibubapa selepas mengambil buku laporan anak-anak.
4. Buatkan flyers
5. Buka booth masa hari pelaporan utk menarik minat ibubapa mendaftar sebagai ahli KSIB

Cadangan Hari Sukan
- Belum dibincangkan secara detail. Akan dibawa ke hadapan.

Cadangan-cadangan lain:
1. Wujudkan group wassup bagi tujuan pembelajaran dan informasi.
- mengikut aliran ATAU
- perlantikan ksib bagi setiap kelas.

2. Membantu Biro Ekonomi dan pembangunan untuk mencari dana.

Mesyuarat tamat pada pukul 11. 30 pagi
Program terakhir cuti sekolah
Mood balik kampung diaktifkan :)
Selamat bercuti


Pembahagian AJK



Taklimat Ketua Biro Penyelenggaraan

Doorgift 

2 comments

Terima kasih pn norhaiza...terbaikk.... JOM SERTAI KSIB...

 

Telegram Channel