MINIT MESYUARAT
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING KALI
KEDUA 2016
SMK
CHERAS
Tarikh :
2016
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pengerusi : Puan Kamariah Bt Abu :Pengetua SMK
Cheras
Kehadiran :
1)
En.
Mohamed Jamil Bin Abdul Samad Pen. Kanan Tadbir &
Kurikulum
2)
Pn
Chong Moi Lian Pen.
Kanan Hal Ehwal Murid
3)
Puan
Maznah Musa Pen.
Kanan Kokurikulum
4)
En.
Raheman Bin Ahmad Penolong
Kanan Petang
5)
Pn
Nurhaiza Bt Che Mat Guru
Kaunseling
6)
Pn
Rozinani Awang Guru
Kaunseling
7)
Pn
Raudzah Bt A. Rahman Guru
Kaunseling
8)
Pn
Faiza Mamat Penyelaras
Tingkatan 1
9)
Pn
Murniyati Bt Masari Penyelaras
Tingkatan 2
10) Pn Roszita Bt Md Toff@ Zulkefli Penyelaras
Tingkatan 4
11) Pn Tan Nyok Mooi Penyelaras
Tingkatan 5
12) En Mohd Noor B Mat Deris Ketua
Guru Disiplin Pagi
13) Pn Noraida Bt Mohamad Ketua
Guru Disiplin Petang
Guru Tidak Hadir:
1)
Pn
Nur Asyikin Ho Bt Abdullah Guru Kanan
Teknik & Vokasional
2)
Pn
Noor Aini Bt Ibrahim Guru
Kanan Sains & Matematik
3)
Pn
Che Ma Rabitah Hj Kamaruddin Guru
Kanan Kemanusiaan
4)
En
Che Mohamad Padali B Che Mat Guru Kaunseling (kursus KPM)
5)
Pn
Salina Bt Mohd Isa Penyelaras Tingkatan 3
6)
Pn
Ratna Dewi a/p Gopalakrishna
Setiausaha Lembaga Pengawas
7)
Puan
Tengku Laila Sari Bt Tengku Jusoh Guru
Kebajikan
8)
Pn
Thahabian Bt Ab Rahman Setiausaha
Pemantapan Sahsiah
9)
Pn Nafsah Bt Mohd Shah Setiausaha
Hal Ehwal Murid
Urus Setia : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
1.
PERUTUSAN PENGERUSI
1.1
Puan
pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua AJK dan mengalu-alukan
kehadiran semua AJK.
Tindakan : Makluman
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Minit
mesyuarat diterima dan disokong oleh
Encik Mohd Noor Bin Mat Deris tanpa pindaan.
3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 Perkara (4.1 pada minit 4.1.3) pada muka surat
4 : Antara penambahbaikan yang
akan dijalankan pada tahun ini: Puan
Nurhaiza memaklumkan telah memaklumkan
kepada semua murid dan warga guru di
tapak perhimpunan
3.2 Perkara
(4.2 pada minit 4.2.2) pada muka surat 4 : Pengetua
mencadangkan agar satu
soal selidik dijalankan terhadap murid yang lewat iaitu punca murid lewat dan cara murid
ke sekolah dikategorikan
sama ada berjalan kaki,menaiki bas awam, menaiki bas sekolah atau
dihantar oleh penjaga. Murid lewat juga perlu
dikategorikan antara lewat
tegar atau lewat sekali-sekala. Puan Rozinani memaklumkan
bahawa
murid datang lewat kerana bangun lewat, lewat dihantar oleh ibu bapa /penjaga
dan murid petang ramai yang lewat ke sekolah dengan berjalan
kaki .
3.3 Perkara
(4.2 pada minit 4.2.3) pada muka surat 4 : Operasi lewat ini
disarankan kepada unit
disiplin untuk menyediakan data dan dokumentasi
yang lengkap untuk bertanding dalam
Amalan Terbaik Disiplin
memandangkan ia memberi impak yang tinggi: Encik Mohd Noor
memaklumkan
data telah dikemaskini.
3.4 Perkara (4.3 pada minit 4.3.2) pada muka
surat 5 : Kad SPOT akan diedarkan kepada
murid sasaran SPOT ini yang mana pemantauan intensif akan dijalankan.
Pada masa pertama kad SPOT perlu
ditandatangani oleh ketua guru disiplin
dan setiap subjek mata pelajaran memerlukan guru mata pelajaran menandatangani kad
tersebut dan kad tersebut perlu ditandatangani oleh guru kaunseling
sewaktu balik dari sekolah selama 2 bulan. Murid yang menghilangkan
kad SPOT perlu menambah sebulan lagi pemantauan kad SPOT: Puan Nurhaiza memaklumkan bahawa
SPOT telah dijalankan pada bulan Januari
2016.
3.5 Perkara
(4.3 pada minit 4.3.3) pada muka surat 5 : Gambar murid SPOT akan dilekatkan
dalam bilik guru dan bilik disiplin untuk
pemantauan intensif semua guru
jika murid itu keluar dari kelas tanpa kebenaran atau melakukan kesalahan disiplin yang lain. Puan
pengetua mencadangkan juga agar papan tanda
khas untuk unit disiplin meletakkan gambar murid yang bermasalah dan gambar murid yang
berjaya berubah ke tahap yang lebih baik. Encik Mohd Noor memaklumkan
bahawa senarai nama murid telah dilekatkan di bilik disiplin manakala papan tanda
program SUIT Sahsiah Unggul Individu Terbilang telah diwujudkan.
3.6 Perkara (4.3 pada minit 4.3.5) pada muka
surat 5: Surat kepada ibu bapa yang terlibat
akan diberikan untuk memaklumkan mengenai murid yang terlibat dengan projek SPOT dan perjumpaan
dengan ibu bapa. Ibu bapa akan dimaklumkan
mengenai murid kes ra yuan semula dan pertukaran kerana masalah disiplin tidak akan didaftarkan selama 2 minggu
dan pendaftaran akan hanya dijalankan
jika murid mempunyai kehadiran yang baik sepanjang 2 minggu di sekolah mahu pun di dalam kelas. Puan Nurhaiza
memaklumkan tindakan ini telah
dijalankan.
3.7
Perkara (4.5 pada minit 4.5.2) pada muka surat 7 : Pengetua mencadangkan
agar rumah orang –orang tua tersebut dijadikan rumah angkat pihak sekolah
supaya bantuan sepanjang tahun dalam bentuk khidmat masyarakat boleh dilakukan
melibatkan lebih ramai murid: Puan Rozinani memaklumkan bahawa Rumah Jagaan Nor
Aini, Kajang akan dijadikan rumah angkat pihak sekolah dan penggal kedua
persekolahan lawatan akan dirangka.
3.8 Perkara
(4.5 pada minit 4.5.3) pada muka surat 7. En Rahimi menyarankan agar khidmat
masyarakat dijalankan secara kerjasama dengan NGO. Pn Rozinani Awang
memaklumkan bahawa program akan dijalankan bersama MyPrihatin.
3.9 Perkara
(4.6 pada minit 4.6.2) pada muka surat 7: Pengetua meminta agar ibu bapa
dijemput untuk semua program sekolah seperti gotong royong, merentas desa,
perkhemahan dan dimasukkan sebagai AJK Kerja bersama- sama dengan guru. Puan
Rozinani Awang memaklumkan bahawa ibu bapa telah dijemput untuk semua program
sekolah tersebut.
Tindakan:
Makluman
4. PELAPORAN
4.1 Projek Zoom In Meningkatkan Kehadiran Murid
4.1.1 KPI sekolah 90% kehadiran murid ke
sekolah tercapai cuma pada bulan April 2016 kehadiran murid
89.7% sahaja tetapi purata keseluruhan kehadiran
murid ialah 91%
Tindakan : Makluman
4.1.2 Kelas tingkatan 5 yang mempunyai kehadiran terbaik akan diberikan insentif
yang kerap seperti lawatan ke kolej. Kelas 5 Al Farabi dan 5 Alpha antara kelas
yang kerap mendapat jemputan lawatan kerana kehadiran
murid terbaik 90% ke atas setiap bulan.
Tindakan:
Makluman
4.1.3 Mengadakan anugerah murid
kehadiran penuh sebanyak dua kali iaitu penggal pertama dan penggal
kedua iaitu sijil penghargaan. Sijil kehadiran penuh
bagi murid-murid akan diserahkan pada bulan Jun 2016.
Tindakan:
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
4.2 Program Guru Penyayang
4.2.1 Aktiviti RAI – Raikan Hari Jadi telah
dijalankan sejak Januari dan mendapat
sambutan yang baik dalam kalangan murid. Aktiviti ini juga memberikan
impak dalam meningkatkan Indeks Persepsi Murid untuk Guru Penyayang.
Tindakan:
Makluman
4.2.2 Puan Chong memaklumkan bahawa aktiviti
sambutan guru di pintu pagar tidak
dijalankan oleh guru sesi petang. Terdapat buku kawalan untuk ditandatangan
di pondok pengawal oleh guru yang mewakili rumah sukan masing – masing.
Tindakan:
Puan Rozinani Awang
4.3 Program SPOT – Sistem Pemantauan Orang
Terpilih
4.3.1 Seramai 40 orang murid
sesi petang di dalam program SPOT sesi
dengan
3 orang telah bertukar kad dari merah ke kuning. Seramai 4 orang
murid SPOT sesi pagi telah bertukar kad ke warna hijau, manakala 2 orang telah
bertukar kad ke kuning manakala 25 orang masih merah.
Tindakan:
Makluman
4.3.2 Penambahbaikan akan dijalankan pada kad SPOT
dengan menambah ruang
untuk setiap masa pembelajaran agar dapat mengesan masa pengajaran yang manakah murid
ponteng kelas Tindakan: Puan Nurhaiza Bt Che Mat
4.3.3 Murid
SPOT akan menyerahkan kad SPOT setiap akhir bulan untuk dipantau
dan dinilai bagi menggantikan kad ke warna kuning atau hijau atau
mengekalkan kad merah jika terdapat lebih dari 3 kesalahan disiplin dalam
bulan tersebut.
Tindakan:
Makluman
4.4 Projek Inovasi
4.4.1
Terdapat sekolah yang telah mengadakan lawatan penandaras ke SMK Cheras iaitu rombongan guru-guru
kaunseling dari PPD Ledang, Johor, rombongan
dari guru-guru kaunseling sekolah menengah Zon Sentul, WPKL dan rombongan guru kaunseling dari SMK Jalan 3,
Bandar Baru Bangi, Selangor
untuk mempelajari mengenai sistem inovasi UBK
Tindakan:
Makluman
4.4.2 UBK
akan menyertai pertandingan Kumpulan Inovatif Kreatif mewakili sekolah yang turut disertai Puan
Norliza Borhan selaku penyelaras VLE Frog,
Puan Sharin Hanum selaku guru cemerlang, Puan Nafsah Mohd Shah selaku setiausaha Hal Ehwal
Murid.Pembentangan mengenai inovasi
telah dijalankan kepada guru sewaktu Dialog Prestasi sekolah.
Tindakan:
Makluman
4.4.3 UBK
menambahbaik sistem dashboard kaunselor sekolah kepada sistem e-klien untuk dipertandingkan ke pertandingan
inovasi Bahagian Psikologi Kaunseling.
Tindakan:
Makluman
4.5 Program
Sarana Dan KSIB
4.5.1 Puan
Rozinani memaklumkan bahawa dia tidak dapat key in sukarelawan ibu bapa
memandangkan setiap kali log in terdapat masalah teknikal. Puan Rozinani telah
menghubungi Encik Ahmad Jamaluddin pegawai meja KSIB dan dimaklumkan memang
terdapat masalah teknikal untuk log in SMK Cheras.
Tindakan:
Makluman
4.5.2 Pengetua meminta agar lebih banyak buku pelawat
diletakkan di kawasan sekolah sama ada di kaunter pejabat, di pondok pengawal,
di kantin dan lain –lain tempat untuk mendapatkan nama ibu bapa yang hadir
sebagai salah satu dari aktiviti kesukarelawan ibu bapa untuk di key in oleh
penyelaras KSIB .
Tindakan: Pn Rozinani Awang
5.
Hal-Hal Lain
5.1 Pemantauan Program Minda Sihat telah dijalankan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
dan mendapat respon yang positif dan berpuas hati dengan perlaksanaan program Minda Sihat di
sekolah. Antara aktiviti tambahan UBK ialah
menjalankan saringan ketiga kepada murid yang mendapat skor teruk dan sangat teruk untuk DASS dan menjalankan
Gaya Daya Tindak kepada semua murid
tingkatan 4 sekali lagi pada penggal kedua.
Tindakan:
Puan Nurhaiza Che Mat
5.3 Murid
sesi petang fokus kepada murid yang berbangsa Cina perlu diberikan sesi pemantapan sahsiah mengenai disiplin murid
untuk membentuk sahsiah yang lebih
berdisiplin.
Tindakan:
Pn Rozinani Bt Awang
6.
Penutup
Mesyuarat
ditangguhkan pada pukul 2.45 petang
Disediakan
oleh,
(Puan
Nurhaiza Bt Che Mat)
Setiausaha
Pembukaan lebuhraya Alor Pongsu
3 minit je dari kampung :)