20 July 2016

Pertandingan Kaunseling Kerjaya Zon Pudu 2016




Hari ini pasukan guru kaunseling SMK Cheras ke SMK Seri Bintang Selatan untuk pertandingan kaunseling kerjaya Zon Pudu. Walaupun pertandingan peringkat kebangsaan telah lama tidak dianjurkan iaitu kali terakhir pada tahun 2010 rasanya  dan pertandingan peringkat negeri pula berakhir pada tahun 2012. Jawatankuasa Guru Kaunseling Pudu masih lagi menganjurkan pertandingan ini bagi mencungkil potensi dan penglibatan murid Kelab Kerjaya atau PRS dalam pendidikan kerjaya melalui aktiviti pendidikan kerjaya yang dianjurkan terutama di peringkat daerah. Walaupun hanya 4 pertandingan sahaja iaitu pertandingan melukis poster, pertandingan rekabentuk grafik kerjaya, pertandingan kuiz kerjaya dan pertandingan eksplorace kerjaya tetapi meriah. Apabila pertandingan yang signifikan dengan kebitaraan UBK SMK Cheras seperti folio kerjaya, Eksplorasi Alam Kerjaya dan Membina Media Maklumat Kerjaya maka sukarlah untuk mendapat top 3 pun dalam 4 pertandingan yang dijalankan tahun ini. Tahniah kepada pemenang -pemenang dan berikut merupakan senarai pemenang untuk SMK Cheras

Rekabentuk Grafik Kerjaya: tempat ke tiga
Kuiz Kerjaya : saguhati tempat ke lima
Eksplorace Kerjaya : saguhati tempat ke empat
Poster Kerjaya : tidak mendapat tempat

Bagi pertandingan tahun ini kami mendapat tugasan yang berbeza iaitu saya selaku Jawatankuasa Panel rayuan Penghakiman, Rozinani dan Raudzah selaku AJK Makanan, Padali selaku AJK Multimedia.
Tahniah kepada semua Jawatankuasa Guru Bimbingan Kaunseling Pudu yang masih merealisasikan pertandingan kerjaya peringkat Zon Pudu. dan tidak lupa kepada tuan rumah SMK Seri Bintang Selatan yang sudi menjadi tuan rumah 2016.



Happy Birthday Achik
Semoga ukhwah geng adik beradik
Dip 1994-1997 masih erat ;)































Pertandingan Reka Bentuk Grafik Kerjaya



Pertandingan Melukis Poster Kerjaya




Pertandingan Eksplorace Kerjaya



 

Telegram Channel