6 July 2016

Selamat Hari Raya


Selamat Hari Raya kepada semua yang mengenali kami. Secara personal saya mengucapkan maaf zahir batin kepada sesiapa sahaja di atas salah silap saya. Semoga kita semua berbahagia di hari raya dan semoga Ramadhan sebulan yang dilalui memberikan satu nafas baru kepada kehidupan yang bakal dilalui selepas ini. Andaikata perubahan yang positif, maka Ramadhan yang berlalu telah berjaya dilalui dengan satu pengajaran hidup yang bermakna. Jadikan Aidilfitri kali ini pengerat silaturahim antara keluarga dan sanak saudara, rakan sekerja dan rakan -rakan yang lain. 

Salam sayang
Alor Pongsu, Bagan Serai, Perak.

 

Telegram Channel