Saya share kertas kerja yang dihantar oleh wakil Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 2 Bandar Tun Razak yang juga merupakan alumni SMK Cheras tahun 1999 seorang mantan ketua pengawas yang aktif yang sudi bekerjasama dengan UBK untuk mendapatkan khidmat ceramah dari Samsul Debat dan seterusnya menanggung kos penceramah. Terima kasih diucapkan dan semoga kita boleh bekerjasama lagi
1.0
PENDAHULUAN
Galakan
dan sokongan daripada ibubapa dalam memastikan pembelajaran anak-anak amat penting
dalam era global ini. Begitu juga peranan yang dimainkan oleh guru dan masyarakat
luar memastikan anak-anak pelajar ini mempunyai didikan yang sempurna bukan sahaja
dalam pembelajaran malahan dalam aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak. Pelajar-pelajar
yang akan menduduki Peperiksaan SPM merupakan sasaran pihak NGO khususnya Majlis
Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 2 di Bandar Tun Razak dan pihak kami ingin mengambil
inisiatif daripada program ini untuk memberikan peluang buat pelajar-pelajar mendapatkan
khidmat nasihat atau tips-tips untuk pelajar-pelajar menghadapi peperiksaan kelak.
2.0
OBJEKTIF
1.0
Merapatkan hubungan antara pihak sekolah dan pelajar
2.0
Memberikan
semangat dan tips-tips pembelajaran berkesan menghadapi peperiksaan
3.0 GOLONGAN SASARAN
Pelajar-pelajar yang akan menduduki Peperiksaaan SPM
tahun 2016.
4.0 TEMPAT
DAN TARIKH
SMK Cheras / 26hb September 2016-Isnin
5.0
TENTATIF
PROGRAM
9.00 Pagi - Pelajar berkumpul
di dewan
9.30 Pagi -
Ucapan wakil MPP Sub Zon 2 BTR
-
Ucapan Pengetua
-
Ceramah Motivasi :Ustaz Syamsul Amri Ismail @Syamsul Debat
-
Penyampaian Cenderahati
6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil.
|
Perkara / Peralatan
|
Jumlah (RM)
|
a.
|
Bayaran
Penceramah
|
2000.00
|
b.
|
Banner
|
200.00
|
c.
|
Makan/Minum ( 200 org x RM2.50)
|
500.00
|
d.
|
Makan/Minum VIP ( 30 org x RM5.00)
|
150.00
|
e.
|
Cenderahati (3 x RM200)
|
600.00
|
|
JUMLAH
|
3450.00
|

…………………………………......
Sharuni Binti Shah Kamal
Biro IT
MajlisPerwakilanPenduduk (MPP) Sub Zon 2
Bandar TunRazak
Birthday party Ayiesha
Thanks Su :)