7 October 2016

Selamat Hari Jadi Padali Dan Terima Kasih Lan

Selamat Hari Jadi Padali dan Selamat Bertukar Ke Tempat Baru Mazlan.
Minggu ini memang minggu yg memenatkan kerana aktiviti UBK yang pack. Kemuncak hari ni dgn team UBK bertugas selaku AJK Hi Tea Kelab Guru dan juga menyiapkan persiapan pameran untuk dibawa ke IAB Jitra Kedah. Namun kami tidak lupa birthday adik bongsu kami ..Padali ! huhuhu memandangkan mmg dia yg paling muda dan dia bertuah sebenarnya mendapat ketiga tiga kami kakak perempuan untuk dia bermanja.
Kami cuba buat simple and memorable birthday calebration memandangkan limitasi masa. Oh mmg anda tidak akan berjumpa kek birthday dalam post ini sbb Padali tak mkn kek. So mmg kami hanya sediakan pulut kuning dan rendang ayam untuknya..as his fav .
Untuk Lan yg bertugas sebagai staf ofis hari ini merupakan hari terakhirnya bertugas disini kerana ditukarkan ke JPWPKL di Unit Naik Pangkat. Seorang yg rajin bantu kami dan gila gila dia mmg sukar diramal. Dia pernah memainkan anak bongsu saya dgn mengaku sebagai boss saya dan hingga hari ini anak saya percaya dia adalah boss saya hahaha dan tiap kali jumpa Lan anak saya akan cuba berlagak sopan :) Dan sewaktu partner terbaru UBK iaitu Kak Raudzah posting disini 2 tahun lepas, hampir apa sahaja yg Lan cakap hampir dipercayai Kak Raudzah...isykk teruk gak disakat. Lan seorang yg pandai ambil hati orang lain dgn sikapnya yg ringan tulang dan suka ketawa. Satu sifat terpuji yg akan dikenang oleh warga Cherasian. Oh ye Memandangkan dia belangkas dgn Padali so lepas ni Padali tentu rindukan lunch bersama..

Waaaa baru saya perasan tahun ni takda gambar kami team UBK bersama masa makan pulut disebabkan tragedi Kak Raudzah hari ini..kelam kabut sampai tak perasan takda gambar bersama. Ade je hal time nak tangkap gambar bersama.

Semoga kedua duanya dirahmati Allah dan murah rezeki.

A person who feels appreciated
Will always do more
Than what is expected





 

Telegram Channel