Hari ini saya berkongsi mengenai sinopsis peserta pertandingan hari 1 pertandingan inovatif dan kreatif Sektor Psikologi Kaunseling , KPM 2016 memandangkan sekolah saya juga diundi untuk pembentangan hari pertama. Sinopsis pembentangan dan pameran hari kedua Sila klik link di sebelah
Saya update anugerah pada 26 Oktober ke dalam entri ini juga.
ANUGERAH EMAS KATEGORI SISTEM MAKLUMAT
JOHAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS, KUALA
LUMPUR
Kategori Inovasi : Sistem Maklumat
Nama Ketua Kumpulan : CHE MOHAMAD PADALI BIN CHE MAT
. NURHAIZA BINTI CHE MAT
ROZINANI BINTI AWANG
RAUDZAH BINTI ABD RAHMAN
Sinopsis projek / Inovasi dan kreativiti
Tajuk : e-Klien
Melalui sistem e-Klien, terdapat 3 kategori klien iaitu e-murid, e-guru dan e-parent.
Apabila klien iaitu murid log in di blog Unit bimbingan dan Kaunseling SMK Cheras
dan terus klik kepada site e-klien. Di dalam e-klien pada kategori e- murid, terdapat
capaian sama ada melalui blogger atau VLE-Frog. Klik pada e-murid maka terdapat
3 site lagi iaitu e- temujanji, e- intervensi dan jejak SPM. Pada site e- intervensi
terdapat 8 intervensi yang boleh dijalankan secara online. Pada e-guru, terdapat
password untuk setiap guru log in untuk e-rujukan klien. Manakala e-parent pula
terdapat 6 site untuk kemudahan ibu bapa.
Di dalam site e-klien itu juga terdapat transit e-klien yang dikawal oleh guru
kaunseling sahaja iaitu e-pelawat dan daftar klien dan e-intervensi iaitu inventori
psikometrik yang dijalankan secara berpusat kepada klien.
Nama Organisasi : Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
En. Mohamad Nazir bin Abdul
Rahman
En. Salihuddin bin Lahamin
En. Mohd Nazri bin Yaacub
Pn. Nashiroh bt Saidin
En. Rosmira bin Saad
Sinopsis Inovasi
TAJUK : KAD TERAPI MINDA
Kad Terapi Minda adalah satu set kad yang tercatat padanya perkataan atau ayat atau klausa
yang dipetik daripada ayat-ayat suci Al-Quran. Kad Terapi Minda ini dibina sebagai satu usaha
atau alternatif bagi membantu para kaunselor dalam proses melaksanakan sesi kaunseling atau
proses melaksanakan terapi dalam menyelesaikan masalah klien yang pelbagai. Kad Terapi
Minda adalah satu alternatif yang boleh diaplikasikan dalam proses kaunseling terutamanya
apabila melibatkan klien yang mempunyai masalah untuk berkomunikasi secara lisan, tidak
mahu bercakap ataupun klien yang tidak tahu isu atau masalah yang sedang dihadapinya. Kad
Terapi Minda ini juga sesuai digunakan oleh kaunselor dalam proses menarik minat klien
menghadiri sesi kaunseling terutamanya klien dari kalangan kanak-kanak atau klien bermasalah
dari segi komunikasi.
Kad Terapi Minda ini juga boleh dijadikan bahan untuk aktiviti atau permainan minda. Kad
Terapi Minda ini sesuai digunakan dalam usaha mendidik kanak-kanak untuk membentuk
pemikiran positif serta tingkah laku beraklak mulia. Pemikiran dan tingkah laku seseorang boleh
dibentuk berpandukan panduan dan ajaran Al-Quran.
ANUGERAH EMAS KATEGORI TEKNIKAL
JOHAN
Nama Organisasi : Bahagian Psikologi & Kaunseling
. Kategori Inovasi dan Kreativiti : Teknikal
Nama Ketua Kumpulan : Mohd Taufiq bin Mahmud
Dr. Norisham Abd Ghani
Hj Nor Hasnan b. Sarabani
Nordiana bt. Abd Rahim
Nor Hafizah binti Mohammad Hanafi
. Sinopsis projek/ Inovasi dan kreativiti
Tajuk : INSTRUMEN PERSONALITI PSIKOLOGI KAUNSELING (I2PK)
Bahagian Psikologi dan Kaunseling telah membina sebuah instrumen atau
ujian Personaliti Psikologi Kaunseling untuk digunakan bagi mengumpul data
profil seluruh warga Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pembinaan instrument ini telah melalui beberapa fasa dan telah melibatkan 4
orang pakar psikometrik di Universiti dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Hasil perbincangan, percambahan idea, dan pembacaan teori-teori personaliti,
maka sebanyak 5 domain utama telah dibina iaitu Intropeksi, Ketegasan,
penerimaan, keterbukaan pengalaman dan Komunikasi. Setiap daripada
domain tersebut mengandungi beberapa konstruk. Domain Intropeksi mengandungi konstruk Penghargaan Kendiri, Ketahanan Diri dan Spritual.
Domain Ketegasan pula terdiri daripada Tanggungjawab dan Integriti.
Seterusnya Domain Keterbukaan pula mengandungi konstruk toleransi dan
penyesuaian kendiri dan akhir sekali Domain Komunikasi terdiri daripada
konstruk Ekstrovert, Introvert dan Asertif. Kesahan muka (face validity) telah
dijalankan di seluruh Negara untuk mendapatkan item-item yang boleh
difahami oleh semua peringkat dan kaum. Kesahan kandungan juga telah
dijalankan yang melibatkan seramai 11 orang pakar.
ANUGERAH GANGSA KATEGORI BAHAN CETAK
Sektor Psikologi dan Kaunseling JPN
Johor
Kategori Inovasi dan Kreativiti : Modul
Nama Ketua Kumpulan : Muhamad Suhaimi bin Sulaiman
NORAZAM BIN ABDULLAH
SITI HAWA BT AHMAD
AFIDAH BT ABDUL MALIK
ABDUL RAHMAN BIN SAPUAN
Sinopsis Projek Inovasi dan kreativiti
Tajuk : PENGGERAK 21
PENGGERAK 21 merupakan modul yang digunakan dalam meningkatkan integriti
profesionalisme dan kesatuan organisasi. Modul ini digunakan untuk mengenal pasti isu,
konflik dan permasalahan sumber manusia dalam organisasi dan kemudiannya dipulihkan
dan diperkukuhkan dengan aktiviti dalam modul PENGGERAK 21.
ANUGERAH GANGSA KATEGORI SISTEM MAKLUMAT
1. Nama Organisasi : JABATAN PENDIDIKAN WP PUTRAJAYA
2. Jenis Penyertaan : Individu / Berkumpulan *
3. Kategori Inovasi dan Kreativiti : Sistem Maklumat *
4. Nama Ketua Kumpulan : INTAN SUHAINI BIN MOHD SELAMIN
5. Sinopsis projek/ Inovasi dan kreativiti
Tajuk : Putrajaya PsyCon ISU-G-Docs Forms
Kesibukan, kecemburuan masa, ketiadaan jawatan Kaunselor Organisasi Negeri
(KON) dan staf di Sektor Psikologi & Kaunseling di Jabatan Pendidikan Wilayah
Persekutuan Putrajaya serta kekangan peruntukan kewangan akibat daripada arahan
pihak pengurusan tertinggi KPM agar mengoptimumkan perbelanjaan di setiap
agensi di bawah KPM telah memaksa Ketua Sektor SPsK JPWPP memikirkan
beberapa tatacara kerja baharu dalam menempuhinya. SKT SPsK JPWPP yang tidak
boleh lari daripada melaksanakan program-program kementerian seperti Program
OMBAK, AKRAB, Pementoran, Kasih Guru, Sarana Keluarga, MUTIARA, program
berkaitan Exit Policy, dan banyak lagi serta kerja buat sedia ada KS SPsK di JPWPP
iaitu Program Bacaan Yassin dan Wacana Ilmu (BYWI) yang perlu diadakan 12
setahun serta keperluan mematuhi standard Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO
9001:2008 seperti PK05 (A1) Pengurusan Maklum Balas Pelanggan Yang Berurusan Di Kaunter, PK05 (A2) Maklumbalas Perkhidmatan Yang Diberikan, PK05 (B) Tahap
Kepuasan Pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana yang perlu dilaporkan pada
setiap kali Mesyuarat Pengurusan diadakan memungkinkan Putrajaya PsyCon ISUG-Docs
Forms ini dihasilkan.
Putrajaya PsyCon ISU-G-Docs Forms merupakan satu tatacara kerja
baharu yang memfokuskan kepada urusan pengumpulan data dan maklumat
berkaitan psikologi dan kaunseling dengan lebih cepat dengan mengaplikasikan
sistem google docs-forms (melalui Google Drive) yang dibangunkan oleh Google
Technology Company. Apabila Putrajaya PsyCon ISU-G-Docs Forms digunakan,
tatacara lama dalam proses pengumpulan data dan maklumat yang memakan masa
dan kos kewangan yang banyak dapat dikurangkan. Dalam masa yang sama,
keperluan untuk mendapatkan staf/pembantu untuk proses memasuk dan
menganalisis data tidak perlu difikirkan lagi.
Berasaskan justifikasi hampir 100% sekolah di Putrajaya mempunyai akses
internet dan hampir semua warga JPWPP memiliki telefon pintar serta kerap
menggunakan media sosial seperti facebook, wasapps, telegram, weechat dan
sebagainya maka Putrajaya PsyCon ISU-G-Docs Forms adalah tatacara pilihan
terbaik kerana apabila Pentadbir Putrajaya PsyCon ISU-G-Docs Forms ‘send’,
anda hanya perlu ‘tick’ n ‘submit’.
KOLEJ MATRIKULASI KEDAH (KMK),
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
06010 CHANGLUN. KEDAH
2 Jenis Penyertaan : Berkumpulan
3 Kategori Inovasi dan Kreativiti : Teknikal / Alat / Terapi
4 Nama Ketua Kumpulan : ZAIDI BIN MAN
HJ AZMI BIN ISMAIL
MURNI WATI BINTI ABDUL KARIM
CIK NURLIS BINTI MD NOOR
Sinopsis projek / inovasi dan kreativiti
Tajuk : PAKEJ PEMILIHAN KERJAYA MATRIX (PPKM)
Sebahagian besar, para pelajar cemerlang yang memasuki program
matrikulasi masih kurang jelas berkaitan laluan kerjaya yang sesuai pada
masa hadapan. Pemilihan kerjaya banyak didorong oleh desakan ibu
bapa, rakan – rakan dan pemerhatian. Tanpa perkhidmatan kaunseling
dan kerjaya, maka tiadalah bantuan bersifat profesional yang
berlandaskan data dan pendekatan psikologi kaunseling untuk
memberikan jaminan tepat kepada pelajar. Sehingga kini, para kaunselor banyak membantu melalui aktiviti berkaitan
kerjaya seperti karnival kerjaya, bimbingan kelompok dan sesi kaunseling.
Aktiviti ini memang wajar diteruskan. Namun, bilangan pelajar yang ramai
menyebabkan terdapat pelajar yang tidak sempat mendapatkan
perkhidmatan kaunseling dan kaunselor tidak mampu menyediakan
perkhidmatan sesi kaunseling kepada semua pelajar.
PPKM merupakan projek inovasi yang dilakukan oleh KMK bagi
membantu para pelajar membuat pemilihan jurusan pengajian, termasuk
modul pengajian dan kursus pengajian di IPT. Melalui projek ini, para
pelajar dapat mengikut aktiviti yang disusun secara sistematik, tertib dan
memaparkan bukti nyata sebelum membuat keputusan. Projek ini boleh
dijalankan secara kelompok besar.
Instrumen utama yang digunakan ialah Inventori Kerjaya Azmi (IKA),
Rujukan “cut of point” kemasukan ke Universiti Awam (dokumen terkawal
KMK) dan Buku Panduan Kemasukan ke Universiti Awam.
ANUGERAH EMAS KATEGORI SISTEM MAKLUMAT
Nama Organisasi : Sektor Psikologi dan Kaunseling JPN Johor
2. Jenis Penyertaan : Kumpulan
3. Kategori Inovasi dan Kreativiti : Sistem Maklumat
4. Nama Ketua Kumpulan : Siti Khadijah bt Omar
MASLIZAM BIN MOHD
WAN MAHERA BT WAN TALIB
BUDIMAN BIN SAHALI
MOHD KARIM BIN JAIS
Sinopsis Projek Inovasi dan kreativiti
e-Report merupakan aplikasi rujukan klien secara atas talian sebagai alternatif lebih baik
kepada kaedah merujuk klien kepada kaunselor oleh ketua jabatan. Aplikasi ini
membolehkan proses rujukan dibuat secara lebih cepat, tepat dan membolehkan
pengurusan sumber manusia yang lebih cekap dan berkesan
Nama Organisasi : Cawangan Operasi dan Pentadbiran
Bahagian Psikologi dan Kaunseling
3. Kategori Inovasi dan Kreativiti : Teknikal
4. Nama Ketua Kumpulan : KHAIRI B. ZAKARIA
HJ. ZULAZAN B. HJ. MOHAMED YUSOFF
PN. NURUL FAZININ BT. HUSNI
EN. MOHD HARISS FARUQI B. NOR RAHIM
4 PN. NURUL SYAMIMIE BT MAHAMAD ZAIN
Sinopsis projek/ Inovasi dan kreativiti
Tajuk : “QR InfoPsychology”
Projek gabung jalin di antara pengurusan pentadbiran dan “Info Psychology”
yang menggabungkan keperluan maklumat kaunselor dengan ‘out-reach’
untuk bahan psikologi bermaklumat dengan menggunakan perantara ‘QR
Code’.
QR Code akan memaparkan spesifikasi kompetensi kaunselor dan juga
memudahkan pelanggan (klien) membuat temu janji melalui pesanan ringkas
atau emel. Juga memaparkan informasi psikologi yang menjadi fokus utama
(pamphlet dan poster) secara maya dan dipaparkan melalui capaian URL atau
SMS dan Teks dalam bentuk laman web atau video berkaitan. Projek ini akan memudahkan klien membuat temu janji, mengesan
pergerakan kaunselor dan memaparkan informasi psykologi bermanfaat
kepada khalayak.
JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR
. Kategori Inovasi dan Kreativiti : Bahan Cetak
Hj Mohd Samsul Bin Dolah
En Zulkifli Bin Ibrahim
En Rahazani Bin Rezali
. Pn Ruhani Bt Nordin
Pn Salmiah Bt Monshie
Sinopsis projek/Inovasi dan kreativiti
Tajuk : Sentuhan Psikologi Menjana ‘Self Esteem’ Dalam Pembelajaran dan Pengajaran
Pendidikan di
Malaysia meletakkan kualiti guru sebagai asas penentu yang penting bagi
memaksimumkan keberhasilan murid terutamanya di dalam bilik darjah selaras dengan
PPPM. Menerusi penghasilan buku ini, diharapkan membantu guru-guru agar sentiasa
menjadikan ilmu dalam Psikologi dan Falsafah Pendidikan dalam menangani segala
arus berkaitan perkembangan murid dan melaksanakan pembelajaran dan pengajaran
yang berkesan.
Aspirasi murid merupakan agenda besar yang terkandung dalam PPPM 2013-2025.
Aspirasi murid ini sangat bergantung kepada proses pdp terutamanya di dalam bilik
darjah.Enam aspirasi menjadikan murid berpengetahuan, berkemahiran berfikir,
berkemahiran memimpin, profisien, dwi Bahasa, beridentiti nasional, beretika dan
kerohanian adalah fokus asas kemenjadian murid. Psikologi merupakan analisis mengenai proses mental dan struktur daya ingat untuk
memahami perilaku manusia. Psikologi guru menekankan kajian terhadap tingkah laku,
mental dan emosi guru. Kebelakangan ini perkara ini sering diperkatakan apabila isu-isu
guru diketengahkan oleh masyarakat. Isu guru yang tidak dapat menangani pelajar,
sikap guru dengan ibu bapa, tekanan yang dialami dalam kalangan guru dan mutu
perkhidmatan guru di dalam pendidikan. Guru yang telah melalui proses pembelajaran
dan pengajaran untuk menjadi seorang guru telah diberikan pendedahan mengenai
psikologi tetapi apabila terjun ke dunia pendidikan seolah-olah mereka lupa apa yang
telah dipelajari di Maktab atau di Universiti. Fokus utama apabila membicarakan tentang
isu pendidikan adalah psikologi pelajar tetapi psikologi guru kurang diberi perhatian.
Semua pihak mengkehendaki guru memberikan keutamaan meningkatkan prestasi
pelajar dan sekolah. Lantaran itu, Sektor Psikologi dan Kaunseling Jabatan Pendidikan
Selangor mengambil langkah proaktif untuk menghasilkan buku Sentuhan Psikologi
Menjana Self Esteem dalam PdP sebagai panduan dan teras amalan guru
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Kategori Inovasi dan Kreativiti : Teknikal
Nama Ketua Kumpulan : Cik Chai Siew Lee
Nombor
Lim Ming Wei
Chee Wei Huan
Shaline A/P Vijayan
Shaamala A/P Nadarajah
Sinopsis projek / Inovasi dan kreativiti
Tajuk : Pengaplikasian Terapi SCAD Dalam Meninjau Keperluan Manusia
Berdasarkan Teori Keperluan Manusia
Abraham Maslow
Keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kanak-kanak yang berisu emosi
di Malaysia boleh dikatakan berkembang pesat. Walau bagaimanapun, kanak-kanak
menghadapi kesukaran meluahkan emosi melalui perkongsian dengan perkataan
dan pertuturan seperti orang dewasa. Hal ini kerana mereka mengalami kekurangan
penguasaan kosa kata emosi dan kemahiran pertuturan. Maka, mereka memerlukan
daya tarikan sebagai dorongon dan saluran untuk mereka berkongsi isu mereka. Menurut Terapi Bermain (Anna Freud, 1965), bermain ialah sifat semula jadi kanakkanak.
Bermain ialah dunia mereka manakala alat permainan ialah perkataan
mereka. Gambar-gambar dan boneka yang akan diaplikasikan dalam Terapi Saya
Cerita, Anda Dengar (SCAD) menjadi daya tarikan dan saluran untuk mereka
meluahkan isu mereka.
Isu kanak-kanak akan dikenal pasti berdasarkan Teori Keperluan Abraham Maslow
(Maslow, 1943) yang menjelaskan kehendak manusia dalam lima peringkat, iaitu
keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang dan keinginan
untuk dimiliki, keperluan penghargaan kendiri serta keperluan penyempurnaan
kendiri. Hal ini kerana kanak-kanak akan dapat teruskan perkembangan apabila
keperluan tahap bawah dipuaskan.
Dalam penggunaan Terapi SCAD terdapat dua peringkat, iaitu penggunaan spinning
box dan permainan boneka. Pada peringkat penggunaan spinning box, kanak-kanak
akan memilih gambar dalam spinning box. Pada peringkat permainan boneka,
kanak-kanak akan memilih satu boneka sebagai daya tarikan perhatian kanak-kanak
dan alat untuk menceritakan pengalaman kehidupannya. Melalui cerita yang
disampaikan, kaunselor dapat meninjau tahap keperluan kanak-kanak lalu
membimbing kanak-kanak dan ibu bapa berdasarkan keperluan kanak-kanak.
Nama Organisasi : Sektor Psikologi dan Kaunseling,
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Jenis Penyertaan : Individu / Berkumpulan*
Kategori Inovasi dan Kreativiti : Bahan Cetak
Nama Ketua Kumpulan : Haji Mostaffa Bin Haji Sidik
Ellan Balang Lau Chui Hsiang
Robert Anak Juin
Mohd Nazeri Bin Othman
Sinopsis projek/ Inovasi dan kreativiti
Tajuk : “INTER KIT”
Inter Kit mula digunakan semenjak Encik Ellan Balang Lau Chui Hsiang berkhidmat di
Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hua, Sibu sebagai Guru Bimbingan dan
Kaunseling Sepenuh Masa. Kaedah ini dikongsi bersama kaunselor organisasi Negeri
Sarawak pada Bulan Mei 2016. Kaedah ini dimurnikan dan didokumentasi
penggunaannya sebagai bahan inovasi di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri dan
Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Sarawak.
Objektif Inter Kit ini merupakan satu alternatif untuk menimbulkan “celik akal” klien.
Satu pendekatan untuk klien mendapat gambaran jelas dalam jalinan sosial dan
interpersonal. Klien dapat mengenalpasti faktor-faktor penyebab sesuatu hubungan
sesama manusia menjadi baik dan jelekit. Klien juga dapat menyenarai faktor-faktor
penyebab sesuatu hubungan sesama manusia menjadi renggang. Dengan itu, klien
dapat “celik akal” cara menambahbaikan hubungan sesama manusia selepas sesi.
Asas pembentukan Inovasi ini ialah Pusatan Klien. Klien timbul “celik akal” setelah
melalui Inter Kit. Klien bebas berkongsi pengalaman yang menyebabkan konflik /
perselisihan faham dalam suatu jalinan sosial / interpersonal. Hasil Inter Kit adalah
perancangan klien untuk menambahbaikkan jalinan sosial / interpersonal melalui
pemikiran dan perasaannya.
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
Kategori Inovasi dan Kreativiti : Terapi
Nama Peserta :
1 Pn. Normi Hanim bt. Abd. Majid
2 Tn. Hj. Mohd. Azit b. Selamat
3 Tn. Hj. Muhamad Noh b. Osman
4 En. Abdurashid b. Hussein
5 Tn. Hj. Azizan b. Hamid
Sinopsis Inovasi (TAJUK : 'SAND THERAPY' DALAM KESEJAHTERAAN ORGANISASI
'Sand Therapy' atau Terapi Pasir adalah satu proses teraputik kreatif yang membantu kaunselor
dan membolehkan klien untuk meneroka dengan kreatif dalam menyampaikan kisahnya yang
dialami atau meluahkan emosi yang dirasai. Terapi pasir menggunakan koordinasi fizikal, emosi
dan penumpuan fikiran. Terapi Pasir memberi peluang kepada klien meluahkan apa
yang terbuku di dalam hatinya tanpa paksaan penggunaan terapi permainan pasir membuatkan
klien lebih rileks dengan pergerakan otot yang diselarikan dengan perasaan ketika melakukan
permainan pasir menyebabkan klien lebih fokus dan akhirnya punca sebenar kecelaruan emosi
atau ketegangan dapat dikeluarkan. Selepas menjalani terapi ini, kanak-kanak ini berjaya
meningkatkan ‘kuasa’ menangani perasaan marah dalam diri mereka. Teori yang dicipta oleh
Dora Kalff ini memberi ruang tersendiri untuk berekspresi dengan kotak pasir tersebut dalam suasana tenang.
Plan your work for today
And every day
Then work your plan
#hectic week
4 comments
Hello, after reading this remarkable paragraph i am as well delighted to share my knowledge here
with mates.
Hi there! I know this is somewhat off-topic but I needed to ask.
Does managing a well-established blog like yours
require a massive amount work? I am completely new
to blogging however I do write in my journal every day.
I'd like to start a blog so I can easily share my own experience and feelings online.
Please let me know if you have any kind of ideas
or tips for brand new aspiring bloggers. Appreciate it!
I do write my journal since my secondary school. Since social media like facebook, blog etc i love to wriite and share the significant picture to remind me for that day. Hahhaa so then it become my habit to share my daily life of my career as acounselling teacher.
Actually everytime i write anything like a paperwork, report etc it's i just share my work thru blog, it is not require a massive work because it is actually my work to be done and i just share it
Thаnk yоu for thе auspicious writeup. It iin fact wɑs a amusement account іt.
Look advanced tߋ fаr addfed agreeable fгom you!
Нowever, how cߋuld ԝе communicate?