KERTAS KERJA
PROGRAM KOLABORASI PERMATA
SMK CHERAS – SM SAINS SELANGOR
1.0
PENGENALAN
Projek Kolaborasi Permata merupakan
projek peningkatan akademik di antara SMK Cheras dengan SM Sains Selangor bagi
melonjakkan kecemerlangan dalam akademik. Projek ini melibatkan 10 orang murid
Tingkatan Lima dan 10 orang murid Tingkatan Tiga SMK Cheras untuk mendapatkan
pengalaman dan menjalinkan kerjasama akademik dengan pelajar SM Sains
Selangor. Diharapkan pelajar projek
permata SMK Cheras iaitu projek pelajar cemerlang sekolah akan mengambil inisiatif
dari kerjasama yang terjalin dengan mempelajari pengajaran dari guru –guru SM
Sains Selangor dan teknik yang digunakan oleh pelajar SM Sains Selangor yang
dikenali dengan kecemerlangan akademik mereka.
Pentadbiran sekolah berharap agar pelajar dapat memanfaatkan kolaborasi
ini melalui peningkatan gred akademik pelajar yang lebih cemerlang melalui
teknik belajar kendiri dan berkumpulan dan seterusnya dapat membantu pelajar
lain di sekolah melalui pengajaran rakan sebaya dan meningkatkan gred kecemerlangan
akademik sekolah. Melalui pengalaman pembelajaran yang diperolehi, pihak
sekolah berharap para pelajar permata ini dapat memberikan input yang berguna
kepada rakan sebaya mereka di SMK Cheras bagi dijadikan panduan berguna.
2.0 OBJEKTIF
1) Agar
pelajar dapat mengikuti mata pelajaran dengan baik melalui tunjuk ajar rakan
sebaya
2) Agar
pelajar dapat bertukar –tukar ilmu pengetahuan mengenai teknik belajar yang
sesuai
3) Agar
pelajar dapat bekerjasama berkongsi ilmu pengetahuan mengenai sesuatu mata
pelajaran
3.0 TARIKH
17 – 21 April 2017
4.0 SASARAN
10 orang murid cemerlang SMK Cheras
Ting 5
10 orang murid cemerlang SMK Cheras
Ting 3
5.0 AHLI
JAWATANKUASA
Pengerusi : Pn Kamariah Bt Abu
Naib
Pengerusi : Cik Lee Swee Ching
Penyelaras : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
AJK
Perhubungan : En Che Mohamad Padali B
Che Mat
6.0 AKTIVITI PROGRAM
Pelajar
akan dibahagikan kepada kelas – kelas tertentu mengikut mata pelajaran elektif
mereka.
Pelajar juga akan bergaul dengan pelajar di dalam kelas yang ditempatkan
dan
belajar bersama-sama pelajar di dalam kelasnya.
Pelajar
akan mengikuti semua aktiviti yang dijalankan untuk pelajar di dalam kelasnya.
7.0 ANGGARAN KEWANGAN
Sumber
Kewangan
YPC = =
RM 1,000
PIBG = =
RM 500
Jumlah
RM
1500
Perbelanjaan
Yuran makan
= RM
15 x 20 orang x 5 hari =RM 1,500
8.0 PENUTUP
Diharapkan agar projek ini mencapai
objektif yang diingini dan projek perintis ini diharapkan berjaya melonjakkan
kecemerlangan akademik pelajar dan kerjasama kolaborasi ini boleh diteruskan ke
tahun tahun seterusnya.
Disediakan
oleh, Diluluskan
oleh,
( Nurhaiza Bt Che Mat) (Kamariah
Bt Abu)
Guru Kaunseling Pengetua
Thanks weekend