4 February 2017

Kempen Wakaf Biskut Untuk Murid Sekolah

Salam hari Sabtu
Saya post di facebook saya mengenai kempen wakaf biskut untuk murid murid sekolah...tak sangka ia mendapat sambutan yg baik sama ada dari alumni sekolah, komuniti atau ex Cherasian. Projek idea asal dari puan pengetua apabila masa pembelajaran di sekolah semakin panjang dan memandangkan murid pula perlu stayback dan menikmati dua kali rehat iaitu rehat pagi dan rehat gap untuk tengah hari, sudah tentulah ada murid yg tidak membawa duit yg secukupnya. Oleh itu wakaf biskut ini diletakkan di kantin untuk sesiapa sahaja menikmatinya bukan sahaja terhad untuk penerima makanan percuma bagi murid yg kurang berkemampuan. Bahkan kepada semua murid yg memerlukan makanan tambahan. Stesen biskut ini akan dikeluarkan pada waktu murid rehat sahaja sama ada waktu rehat sesi pagi atau sesi petang. Serta waktu rehat tengah hari. Projek ini disuarakan sewaktu mesyuarat PIBG untuk digerakkan oleh ahli KSIB Kumpulan Sokongan Ibu Bapa dan AJK PIBG. Memandangkan guru kaunseling merupakan penyelaras KSIB, maka Unit Bimbingan Kaunseling perlu berperanan menyebarluaskan tentang kempen ini bagi mendapatkan stok biskut hasil dari sumbangan kesukarelawan.

Kajang -Shah Alam with komuter
Memorable emotional  experience 

 

Telegram Channel