Kesan
Modul Strategi Daya Tindak Kerohanian (MSDTK) terhadap Kebimbangan dalam
kalangan Guru Pelatih di Institut Pendidikan Guru
Mohd Hafidz Osman, Md Noor Saper,Muhammad Nasir Bistamam dan
Faizah Abd Rashid
Kbm7871@yahoo.com.my
ABSTRAK
Kajian
ini adalah untuk melihat kesan Modul Strategi Daya Tindak Kerohanian (MSDTK)
terhadap kebimbangan dalam kalangan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru.
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif kajian ekperimen berbentuk kuasi
eksperimen bertujuan untuk mengukur kesan Modul Strategi Daya Tindak Kerohanian
(MSDTK) terhadap kebimbangan berdasarkan pra ujian dan pos ujian antara
kelompok rawatan dan kelompok kawalan. Sampel kajian kuasi eksperimen pula
seramai 120 orang pelajar berdasarkan jantina. Sampel kajian eksperimen dipilih
secara persampelan rawak bertujuan. Sampel kajian diagihkan kepada dua kumpulan
iaitu 60 orang kelompok rawatan dan 60 orang kelompok kawalan. Data dikumpul
menggunakan soal selidik kebimbangan. Data kajian dianalisis secara deskriptifuntuk
melihat nilai min pra ujian dan pos ujian.
Dapatan kajian eksperimen menunjukkan MSDTK dapat mengurangkan kebimbangan
kelompok rawatan berbanding kelompok kawalan.Secara keseluruhan menunjukkan modul
daya tindak agama perspektif Islam MSDTK berkesan mengurangkan kebimbangan dalam
kalangan guru pelatih.
Kata
kunci:Modul Strategi Daya Tindak Kerohanian, kebimbangan,
jantina dan Guru pelatih
The effects of Spiritual Coping Strategy Module towards anxiety amongst teacher trainees in Teacher Training Institutes
Abstract
This study intends to look into the effect of Spiritual Coping Strategy Module (MSDTK) towards the aspect of anxiety amongst teacher trainees in Teacher Training Institutes. This research method adopt the qualitative quasi experiment approach to measure the effects of the Spiritual Coping Strategy Module towards anxiety based on the pre- and post-test results between the control group and the experimental group. There are 120 teacher trainees involved as quasi-experiment samples based on their genders and years of studies. The experiment study samples are chosen based on purposive random sampling. The experimental samples have been divided into two groups of which 60 samples are for the experiment group while the other 60 are for the control group. The data are gathered using sets of questionnaires on anxiety. The descriptive data analysis method was used to find the min score of the pre- and post-test. The findings indicate that the Coping Strategy Module has able to reduce the level of anxiety among the control group as compared to the experimental group. As a whole the Coping Strategy Module from the Islamic perspective was able to reduce the level of anxiety amongst the teacher trainees.
Key words: Spiritual Coping Strategy Module; anxiety; gender; teacher trainees
PENDAHULUAN
Sistem
Pendidikan Kebangsaan sedang maju dan berkembang pesat dengan memasuki satu era
globalisasi ke arah pendidikan yang bertaraf dunia, kemajuan pesat dunia pendidikan
ini disokong pula dengan perkembangan teknologi maklumat(Salema, 2006). Di era abad ke 21 ini
transformasi pendidikan dilancarkan dengan Pelancaran pelan pembangunan
pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025), selari dengan ini visi dan misi bahagian
pendidikan guru untuk melahirkan dan melaksanakan sistem pendidikan guru bertaraf
dunia (Tuan Jaafar, 2009).
Mehnah cabaran dan halangan harus
di gembleng dan tempuhi untuk merealisasikan pendidikan maju bertaraf kelas
pertama. Dalam memajukan pendidikan bertaraf kelas pertama, sudah pastinya
permasalahan tekanan akan timbul dan perlu ditangani dalam kalangan pegawai perkhidmatan
awam amnya dan dalam bidang pendidikan khasnya.
Sektor Institut Pendidikan Guru
juga mengalami perubahan. Penjenamaan daripada Maktab Perguruan kepada Institut
Pendidikan Guru. Perubahan daripada melahirkan guru-guru pelatih berkelayakan
Sijil Diploma Perguruan kepada berkelayakan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.
Matlamat Institut Pendidikan Guru adalah untuk melahirkan Guru-guru pelatih
yang mempunyai ciri-ciri seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Guru.
“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,
bersedia menjunjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu
dan memelihara suatu masyarakat yang bersepadu, demokratik dan berdisiplin”(Bahagian Pendidikan Guru, 2010).
Tranformasi ini bagi melahirkan
bakal guru yang mempunyai konpetensi yang tinggi bagi mendepani pelbagai isu
semasa. Perkara ini sedikit sebanyak memberikan implikasi kepada para bakal
guru dan berpotensi dengan pelbagai cabaran meliputi masalah kebimbangandalam
kehidupan mereka sepanjang pengajian.
Permasalahan ini menggambarkan
bahawa pelajar dan mahasiswa sentiasa berhadapan dengan permasalahan tekanan
dan kebimbangan. Begitu juga dengan pelajar-pelajar di Institut Pendidikan Guru
yang berstatuskan sebagai “Guru Pelatih”. Permasalahan kebimbangana sering mengganggu
pengajian dan kehidupan seharian mereka.. Menurut (Mohd Norwi 1994) Antara
masalah yang sering menghantui guru pelatih ialah wujudnya pelbagai bentuk
kebimbangan dalam latihan yang mereka hadapi. Menurut Mohammed Sani (1991) dan (Mihat, 1995)menjelaskan bahawa kebimbangan
yang dihadapi oleh guru pelatih berkait rapat dengan i) Pengaruh rakan sebaya ii-Keluarga iii-Persekitaran iv-Kaedah
serta bahan pengajaran yang kurang sesuai v-Suasana
sosio emosi yang kurang sihat vi-Tahap
kesihatan yang rendah vii-Kualiti pensyarah x-Pengurusan IPG. Menurut (Mountjoy & Bailey, 2011) guru pelatih mengalami
kebimbangan ketika latihan mengajar. Penilaian dan Pengurusan Bilik Kelas
antara punca kebimbangan dalam kalangan guru pelatih(Paker, 2011)
PENYATAAN MASALAH
Kebelakangan ini dalam pendidikan
guru juga mengalami pelbagai perubahan. Fokus Institut Pendidikan Guru adalah
untuk melahirkan bakal-bakal guru yang mempunyai ciri-ciri individu yang
berkeyakinan terhadap diri sendiri, bersifat inovatif, gigih menghadapi cabaran
dan berorientasikan kecemerlangan serta berjiwa maju (Bahagian Pendidikan Guru, 2010). Aspek kerohanian, moral,
kesejahteraan diri, ketahanan mental dan fizikal perlu diterapkan kepada guru
pelatih agar ia bertepatan dengan domain diri amalan nilai profesional keguruan
iaitu merujuk kepada kepercayaan kepada tuhan, nilai keagamaan, sabar, budi
bahasa, daya tahan, daya saing, tahan lasak, cergas, aktif, sihat, berkemahiran
Interpersonal dan Intrapersonal (Bahagian Pendidikan Guru, 2010). Guru pelatih yang tidak
mempunyai domain diri dalam amalan nilai profesional keguruan mudah terjebak ke
arah kebimbangan, tekanan dan kemurungan.
Kajian Kementerian Kesihatan
mendapati pelajar di negara ini mengalami tahap tekanan yang tinggi.Kajian ini
menunjukkan bahawa sebanyak daripada 6,540 orang murid yang telah disaring,
17.1 peratus daripadanya mengalami tanda-tanda keresahan yang teruk, 5.2
peratus kemurungan yang teruk dan 4.8 peratus stres yang teruk (Ismail, 2011). Kehidupan pelajar mudah
terdedah kepada kebimbangan dan tekanan. Menurut (Renata, 2004) kebimbangan boleh dianggap sautu
keadaan yang serius menghalang individu daripada berfungsi dan melibatkan diri
dengan orang lain.
Kebimbangan adalah halangan utama
terhadap kesejahteraan individu. Tindak balas normal kepada bahaya, kemudian
kepada keterlaluan dan bergantung pada penilaian individu daripada ancaman
dalam situasi yang berlainan (Diana & Frank, 2003). Menurut (Mihat, 2006) kebimbangan yang tinggi akan
menyebabkan iltizam dan personality pelajar merosot dapatan kajian juga
menunjukkan kebimbangan yang tinggi menjejaskan iltizam guru pelatih terhadap
profesioanal perguruan.. Kajian yang di lakukan oleh (Kaula Assumpta, Peter J O, & Ndeke Florentina,
2014) menunjukkan
bahawa kebimbangan yang tinggi mempunyai kesan negatif kepada kualiti keputusan
akademik dan keupayaan melaksanakan
tugas dengan berkesan. Menurut (Kim Chuan, Angela F L, Doris, & Justina Puay,
2009)
mendapati bahawa kebimbangan yang tinggi menyebabkan guru pelatih rendah
keyakinan. Masalah kebimbangan dan kemurungan dan masalah kewangan dan
kemurungan boleh menjejaskan prestasi akademik pelajar (Andrews & Wilding, 2004). Menurut (Hopko, Crittendon, Grant, & Wilson, 2005)seseorang pelajar yang mempunyai
kebimbangan yang tinggi boleh ketinggalan dalam bidang akademik.
Permasalahan ini menggambarkan
bahawa guru pelatih di Institut Pendidikan Guru dan mahasiswa ssering kali
mengalami masalah kebimbangan. Permasalahan kebimbangan sering menghantui dalam
pengajian mereka. Kesejahteraan individu terganggu dengan masalah kebimbangan.
Menurut Renata (2004) kebimbangan merupakan suatu keadaan yang serius yang
boleh menghalang individu daripada berfungsi dan melibatkan diri dengan orang
lain.
Terdapat
pelbagai modul dan intervensi telah diaplikasikan untuk mengatasi serta merawat
kebimbangan. Namun masih terdapat kebimbangan dalam kalangan guru pelatih. Ini
menunjukkan kepada keperluan satu intervensi strategi daya tindak yang lebih
praktikal dan menyeluruh serta berkonsepkan kerohanian. Menurut (Kirby, 2012) Terdapat kajian yang
mengesahkan peranan keagamaan dan kerohanian sebagai sumber daya tindak yang
berkesan. Kajian oleh(Buchanan, 2009) mendapati bahawa elemen
kerohanian boleh membantu guru mengatasi perasaan bimbang dan tekanan serta
menerapkan pengurusan kerjaya yang berkesan. Keberkesanan guru mengaplikasikan
kerohanian dalam mengurangkan tekanan dan kebimbangan, dengan berfungsi sebagai
'alat' untuk berhubung dengan pelajar (Stanley, 2011).
Terdapat kajian
menunjukkan bahawa terdapat hubungan faktor kerohanian terhadap tekanan dan
kesihatan mental (Chung, 2010). Kajian yang di lakukan oleh (Ferlis b, Balan, & Rosnah, 2009) mendapati bahawa pelajar
sering mendapatkan sokongan kerohanian dalam menangani tekanan. Kajian yang di
lakukan oleh (Wastell & Shaw, 1999) menunjukkan guru pelatih yang
tinggi kerohaniannya tidak berkecenderungan untuk membunuh diri. Menurut (Salleh & Zuria, 2009) faktor kerohanian menjadi
salah satu penentu makna hidup dan kepercayaan keupayaan diri individu serta
sokongan sosial yang baik. Justeru dengan itu, pendekatan kerohanian sangat
releven untuk di aplikasikan.
Berdasarkan
kenyataan di atas kebanyakan kajian lebih berfokus kepada pendekatan agama dan
pengaruhnya dalam menangani isu kebimbangan. Namun demikian masih kekurangan
kajian tentang pembinaan modul kerohanian strategi daya tindak sebagai
intervensi dalam mengatasi masalah tekanan dan kebimbangan belum mendapat
perhatian
METODOLOGI
Kajian
ini menggunakan kaedah reka bentuk kuasi ekperimen. Kajian ini dilaksanakan di
dua buah Institut Pendidikan Guru iaitu Institut pendidikan Guru di Kedah
(IPGK) dan Institut Pendidikan guru di Perak (IPGP). Tujuan
kajian eksperimen adalah untuk mengukur kesan pemboleh ubah bersandar iaitu
Modul Strategi Daya Tindak Kerohanian (MSDTK) terhadap kebimbangan dalam kalangan
guru pelatih di Institut Pendidikan Guru. Kesan MSDTK diuji melalui analisis
data kuantitatif dengan mengukur perbezaan ukuran pra ujian dan pos ujian soal
selidik tekanan antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan. Pensampelan
rawak bertujuan (Purposive random Sampling) digunakan untuk memilih subjek
kajian.
Soal selidik diadaptasikan daripada
kajian Mihat Dolah (2006) digunakan untuk mengukur tahap kebimbangan guru
pelatih berdasarkan pra dan pos ujian. Pengukuran setiap Ãtem menggunakan skala
Likert 5 mata yang mengandungi 40 item.
Seramai 120 orang sampel kajian
yang terlibat. 60 orang di IPGK dan 60 orang di IPGP. Seramai 60 orang
dibahagikan kepada kumpulan rawatan dan 60 orang di kumpulan kawalan. Kumpulan
rawatan disediakan intervensi Modul Strategi daya tindak kerohanian (MSDTK),
manakala kumpulan kawalan tidak berikan intervensi.
Semua data yang telah diperolehi
di analisis dengan menggunakan“Statistical Package for social sciences “(SPSS
V.2.0 for Window). Analisis data kajian eksperimental dilakukan terhadap
data kajian eksperimen MSDTK ke atas kebimbangan.
DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan dapatan deskriptif pra ujian dan pos ujian kebimbangankumpulan
rawatan dan kumpulan kawalan dapat dilihat berdasarkan Jadual 1 berikut:
Jadual 1:
Ringkasan dapatan deskriptif pra ujian dan pos ujian terhadap kebimbangan
antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.
Pemboleh
Ubah
|
Kumpulan
|
Min
|
Perubahan
min
|
|
Pra ujian
|
Pos Ujian
|
|||
Kebimbangan
|
Rawatan
|
166.58
|
115.31
|
-51.27
|
|
Kawalan
|
165.78
|
171.65
|
5.87
|
Hasil kajian seperti Jadual 1
menunjukkan berlaku penurunan min pra ujian dan pos ujian kebimbangan kumpulan
rawatan (-51.27). Manakala pada kumpulan kawalan berlaku peningkatan min pra
dan pos ujian kebimbangan (+5.87).
Manakala dapatan inferensi pra ujian dan pos ujian kebimbangankumpulan rawatan
dan kumpulan kawalan dapat dilihat berdasarkan Jadual 2 berikut:
Jadual 2 Hasil
analisis T bersandar tekanan bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan pada
pra ujian dan pos ujian
Kumpulan
|
Ujian
|
Sum
|
Min
|
Nilai-t
|
df
|
Sig. (p)
|
Rawatan
|
Pra
|
166.58
|
-51.26
|
40.886
|
59
|
0.000
|
Pos
|
115.31
|
|||||
Kawalan
|
Pra
|
165.78
|
+5.86
|
-6.043
|
59
|
0.000
|
Pos
|
171.65
|
Hasil analisis Ujian T pada Jadual 2 pula menunjukkan bahawa terdapat
penurunan min signifikan (min = -51.26, t = 40.886, p<0.05) pra ujian dan
pos ujian tekanan pada kumpulan rawatan. Manakala pada kumpulan kawalan berlaku
peningkatan min yang signifikan (min +5.86, t = -6.043, p<0.05) pra ujian
dan pos ujian tekanan. Ini menunjukkan bahawa rawatan MSDTK berkesan dalam
menurunkan kebimbangan dalam kalangan guru pelatih.
PERBINCANGAN DAN PENUTUP
Matlamat kajian eksperimen dijalankan untuk
mengukur kesan MSDTK terhadap dalam kalangan guru pelatih yang mengalami kebimbangan
yang tinggi. Proses kaunseling kelompok dilaksanakan, dimana sampel kajian
dibahagikan kepada kelompok rawatan dan kelompok kawalan. Proses intervensi
kaunseling kelompok diberikan kepada kelompok rawatan dengan menggunakan MSDTK
dan kelompok kawalan tidak diberikan intervensi. Kesan intervensi MSDTK telah
dibuktikan berdasarkan analisis data secara kuantitatif. MSDTK ialah modul kauseling kelompok
berstruktur dan berorientasikan intervensi berbentuk rawatan ke atas kebimbangan.
Hasil dapatan kajian rawatan
menunjukkan bahawa kaunseling MSDTK berkesan dalam memberikan intervensi
berbentuk rawatan ke atas sampel kajian dan kesannya dibuktikan secara analisis
kuantitatif. Hasil kajian secara analisis kuantitatif telah membuktikan bahawa
terdapat perbezaan secara signifikan kesan bacaan min pra ujian dan pos ujian
semua pemboleh ubah terikat iatu kebimbangankelompok rawatan berbanding
kelompok kawalan.
Secara keseluruhannya, dapatan
kajian menunjukkan terdapat penurunan yang bermakna bagi min pos ujian
berbanding dengan min pra ujian pemboleh ubah utama kebimbangan. Nilai
penurunan keseluruhan kumpulan rawatan ialah dari tahap tinggi 166.58 kepada
tahap rendah 115.31. Secara analisis deskriptif skor min pra ujian dan pos
ujian bagi pemboleh ubah terikat utama iaitu kebimbangan melalui perbandingan
kelompok rawatan dan kelompok kawalan juga menunjukkan terdapat penurunan pos
ujian berbanding pra ujian. Ini membuktikan bahawa rawatan MSDTK yang di
jalankan berkesan menurun tahap kebimbangan dalam kalangan sampel kajian.
Dapatan kajian ini selari dengan
matlamat utama kajian iaitu mengurangkan tahap kebimbangan. Kajian ini juga
memperlihatkan bahawa kejayaan Strategi daya tindak kerohanian yang berkesan
dapat mengurangkan tahap kebimbangan. Dapatan ini di sokong oleh (Seyedfatemi, Tafreshi, & Hagani, 2007) menyatakan strategi daya tindak
yang berkesan iaitu mengembalikan kepada keadaan yang seimbang dan mengurangkan
kesan negatif daripada tekanan dan kebimbangan. Menurut (Chua Bee, 2004) Strategi daya tindak yang
digunakan oleh seseorang boleh mengubah penilaian dan tindak balas seseorang
terhadap situasi yang dialami oleh mereka. Kajian ini disokong dengan kajian
yang di lakukan oleh (Che Haslina, 2014) mendapati terdapat kesan positif
intervensi bimbingan kerohanian terhadap kebimbingan.. Kajian ini juga menyokong terhadap kajian yang
dilakukan oleh(Wachholtz &
Pargament, 2005) intervensi kerohanian memberi kesan signifikan terhadap
penurun kebimbangan ke atas kelompok rawatan.
Pendekatan yang diaplikasi dalam kajian ini ialah intervensi MSDTK yang
dibina berteraskan elemen kerohanian yang diperkenalkan oleh (Salasiah, 2008) dan (Md Noor, 2012). Pengkaji pula telah menggabungkan elemen kerohanian dan
terapi tingkahlaku kognitif (TTK) dalam modul ini. Menurut (Fauziah, 2014) agama merupakan fitrah semula jadi manusia bagi membantu
keperluan manusia dari segi aspek jiwa, roh dan jasad. Intervensi MSDTK telah
membuktikan bahawa pendekatan berteraskan keagamaan menghasilkan natijah yang
signifikan dalam membantu sampel kajian ke arah perkembangan yang positif.
Kajian in menyokong kajian yang telah dilakukan oleh (Sapora, 2007);Md Noor, 2012;Che Haslina, 2014;(Fauziah, 2014); Abdullah 2015 dan Zainol 2016).
Sebagai kesimpulannya, intervensi
agama dalam amalan perkhidmatan kaunseling boleh diaplikasikan dalam membantu
klien yang menghadapi kebimbangan di Institut Pendidikan Guru. Kajian ini juga
akan menjadi nilai tambah kepada amalan kaunseling sedia ada dalam proses
memberi perkhidmatan yang lebih berkesan seterusnya meningkatkan lagi
profesionalisme perkhidmatan kaunseling.
Rujukan
Andrews, B., & Wilding, J. M. (2004). The relation
of depression and anxiety to life-stress and achievement in students. British
Journal of Psychology (London, England : 1953), 95(Pt 4), 509–21.
http://doi.org/10.1348/0007126042369802
Bahagian Pendidikan Guru. (2010). Standard Guru Malaysia (Pertama).
Putrajaya.
Buchanan, M. T. (2009). The Spiritual dimension and curriculum change. International
Journal of Children’s Spirituality, 14(4), 385–394. http://doi.org/10.1080/13644360903293648
Che Haslina, A. (2014). Intervensi Modul Bimbingan Islam Terhadap
masalah kecelaruan kebimbangan umum dalam kalangan pelajar Universiti: Satu
Kajian kes. Universiti Sains Malaysia.
Chua Bee, S. (2004). Stres pekerjaan, kepuasan kerja, masalah kesihatan
mental dan strategi daya tindak : satu kajian di kalangan guru sekolah di Kota
Kinabalu, Sabah. Jurnal Teknologi, 40(E)(November), 1–18.
Chung, K. Y. (2010). Moderation Effects of Spirituality on Stress and
Health. Arizona State University.
Diana, S., & Frank, W. (2003). Counselling for Anxiety Problem.
(D. Windy, Ed.) (Second). United Kingdom: Sage Publisher.
Fauziah, M. S. (2014). Keberkesanan kaunseling kelompok pendekatan
pemusatan insan dan pendekatan psikologi kognitif ad-din ke atas konsep
kendiri, kemurungan dan daya tahan remaja hamil luar nikah. PhD Proposal.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ferlis b, B. @ B., Balan, R., & Rosnah, I. (2009). Sumber stres ,
strategi daya tindak dan stres yang dialami pelajar universiti. Jurnal
Kemanusiaan bil.13.
Hopko, D. R., Crittendon, J. a., Grant, E., & Wilson, S. a. (2005).
The impact of anxiety on performance IQ. Anxiety, Stress & Coping, 18(1),
17–35. http://doi.org/10.1080/10615800412336436
Ismail, H. (2011). Tahap Stres Pelajar Kita Tinggi. Utusan Malaysia.
Putrajaya.
Kaula Assumpta, S., Peter J O, A., & Ndeke Florentina, N. (2014). The
Relationship between Anxiety Levels and Academic Achievement among Students in
Selected Secondary Schools in Lang’ata District, Kenya. Journal of
Educational and Social Research, 4(3), 403–414.
http://doi.org/10.5901/jesr.2014.v4n3p403
Kim Chuan, G., Angela F L, W., Doris, C., & Justina Puay, T. I.
(2009). Confidence levels after practicum experiences of student teachers in
Singapore : An exploratory study. Journal Of Educational Policy, 2(6),
121–140.
Kirby, K. (2012). The Effects of Spirituality and Religiosity upon
Stress , Anxiety , and ... Northcentral University.
Md Noor, S. (2012). Pembinaan Modul bimbingan“ Tazkiyah An-Nafs” dan
Kesannya Ke Atas Religiositi dan Resiliensi Remaja. Universty Utara
Malaysa.
Mihat, D. (1995). Pengurusan Tekanan Guru Pelatih : Satu Analisis Di
Maktab-Maktab Perguruan Terpilih. University Utara Malaysia.
Mihat, D. (2006). Kebimbangan, personaliti, dan iltizam Guru Pelatih Di
Maktab Perguruan. University Kebangsaan Malaysia.
Mountjoy, K., & Bailey, G. Exploring Concerns of Business Student
Teachers (2011).
Paker, T. (2011). Student Teacher Anxiety Related to the Teaching
Practicum. Eurasian Journal of Education Research, (42), 207–224.
Renata, S. (2004). On Anxiety (First). New York: Routledge Taylor
and Francis.
Salasiah, H. H. (2008). Pendekatan Da’wah Al-Irsyad Al-Nafsiyym.
Universiti Sains Malaysia.
Salema, A. (2006). Amalan Nilai Murni di Kalangan Guru Bimbingan dan
Kaunseling dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah.
Universiti Sains Malaysia.
Salleh, A., & Zuria, M. (2009). Hubungan antara Ketegasan Diri dan
Kepuasan Hidup dalam Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi. Jurnal
Pendidikan Malaysia, 34(2), 49–65.
Sapora, S. (2007). Keberkesanan Kaunseling Kelompok Pemusatan Insan,
Rasional Emotif Tingkah laku dan Psikologi Kognitif Ad-Din Ke atas tahap
tekanan, kepuasan kerja, strategi berdaya tindak dan sokongan sosial Guru.
University Kebangsaan Malaysia.
Seyedfatemi, N., Tafreshi, M., & Hagani, H. (2007). Experienced
stressors and coping strategies among Iranian nursing students. BMC Nursing,
6, 11. http://doi.org/10.1186/1472-6955-6-11
Stanley, a. Q. (2011). Benefits of
teacher “connections” in stressful educational settings. International
Journal of Children’s Spirituality, 16(1), 47–58.
http://doi.org/10.1080/1364436X.2010.540752
Tuan Jaafar, T. M. F. (2009). Kerjaya sebagai Guru (Edisi Kedu).
Batu Caves, Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Wachholtz, A. B., & Pargament, K. I. (2005). Is spirituality a
critical ingredient of meditation? Comparing the effects of spiritual
meditation, secular meditation, and relaxation on spiritual, psychological,
cardiac, and pain outcomes. Journal of Behavioral Medicine, 28(4),
369–384. http://doi.org/10.1007/s10865-005-9008-5
Wastell, C. a., & Shaw, T. a. (1999). Trainee teachers’ opinions about
suicide. British Journal of Guidance & Counselling, 27(4),
555–565. http://doi.org/10.1080/03069889900760461
Good bye Mac
1 comments
Wow that was unusual. I just wrote an really long comment but after I clicked
submit my comment didn't show up. Grrrr... welll I'm not writing all that over again. Anyhow, just
wanted to say fantastic blog!