1.0
Pengenalan
Program Minda Sihat merupakan projek yang melibatkan intervensi
unit bimbingan dan kaunseling. Bertemakan Minda Sihat: “Emosi Terjaga,
Kehidupan Sejahtera” bagi meningkatkan kesedaran warga sekolah akan kepentingan
penjagaan kesihatan mental. Poster – poster psikososial
Minda Sihat juga dipamerkan di laluan utama keluar masuk ke sekolah dan di
dalam setiap kelas untuk memastikan murid sentiasa peka dengan kesejahteraan
emosi diri sendiri dan rakan -rakan lain. Unit Bimbingan Kaunseling sebagai
unit yang menjaga psikososial
dan kesejahteraan minda murid juga perlu aktif menjalankan intervensi kepada semua murid dalam aspek pencegahan dan pendidikan
psikososial kepada murid.
Aktiviti yang dirancang seperti
memberi ceramah di dalam kelas, menyampaikan panduan berguna sebelum memulakan
sesi pembelajaran dan berbual santai
dengan murid sewaktu rehat. Aktiviti ini berguna untuk membantu murid mengenal pasti simptom
yang ada pada diri sendiri atau kawan-kawan yang mengalami masalah mental dan
emosi yang terjejas sepanjang perintah kawalan pergerakan diadakan. Seterusnya
membantu mereka menangani kesihatan mental dan mengekalkan kesejahteraan minda
dan emosi. Data saringan minda sihat dapat menunjukkan corak pelan tindakan
berdasarkan permasalahan murid yang perlu ditangani oleh guru kaunseling bagi
menangani stres, kemurungan dan kebimbangan.
Aktiviti yang dirancang seperti memberi ceramah di dalam talian, menyampaikan panduan
berguna melalui infografik dan poster yang ditebarkan dalam kumpulan Whats App
atau telegram semua kelas. Aktiviti ini berguna untuk membantu murid mengenal pasti simptom
yang ada pada diri sendiri atau kawan-kawan yang mengalami masalah mental dan
emosi yang terjejas. Seterusnya program berbentuk pertandingan juga dirangka
untuk melibatkan penyertaan murid agar bahan -bahan yang dihasilkan dalam
pertandingan dapat digunakan untuk intervensi rakan bantu rakan. Semoga
aktiviti yang disusun dapat menangani kesihatan mental dan mengekalkan
kesejahteraan minda dan emosi.
2.0
Matlamat
Warga sekolah dapat menjalankan saringan minda sihat dan dibimbing untuk
mengamalkan kesejahteraan emosi dan mental
.
3.0
Tarikh/ Masa/ Tempat :
Bermula 1 September 2022
mengikut tentatif program,
4.0
Sasaran
Semua murid SMK Seri Bintang Selatan
5.0
Objektif
1) Murid -murid mendapat maklumat dan ilmu pengetahuan mengenai
gejala awal yang memberi kesan kepada minda akibat pandemik atau krisis yang
berlaku
2) Murid - murid dapat menangani masalah kesihatan mental dan
mengamalkan intervensi yang dibimbing, sebagai panduan yang boleh
mensejahterakan mental dan emosi masing – masing.
3) Aktiviti memugarkan emosi dapat dijalankan bagi menyokong
kesejahteraan diri masing - masing
6.0
KPI
Output |
Warga sekolah dapat mengenal
pasti tanda -tanda seseorang menghadapi tekanan dan belajar cara menghadapi
tekanan tersebut. |
Outcome |
Warga sekolah dapat
mengamalkan panduan yang diberikan oleh guru kaunseling dan dapat membantu
orang lain pula dalam kesejahteraan mental dan emosi. |
7.0
ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil |
Perkara |
Jumlah |
|
1. |
Pertandingan
Infografik |
Johan = RM 10 x 1 unit = RM 10.00 Naib Johan = RM 8 x 1 unit = RM 8.00 Ketiga = RM 6 x 1 unit = RM 6.00 Saguhati = RM 4 x 2 unit = RM 8.00 |
RM 32.00 |
2. |
Pertandingan Video /
Tik Tok Gaya Hidup Sihat |
Johan = RM 20 x 1 unit = RM 20.00 Naib Johan = RM 16 x 1 unit = RM 16.00 Ketiga = RM 12 x 1 unit = RM 10.00 Saguhati = RM 10 x 2 unit = RM 20.00 |
RM 66.00 |
3. |
Pertandingan Perkongsian
Emosi Jurnal Terbaik Menangani Stres |
Johan = RM 20 x 1 unit = RM 20.00 Naib Johan = RM 16 x 1 unit = RM 16.00 Ketiga = RM 12 x 1 unit = RM 10.00 Saguhati = RM 10 x 2 unit = RM 20.00 |
RM 66.00 |
4 |
Pertandingan Fotografi
Teknik Grounding |
Johan = RM 20 x 1 unit = RM 20.00 Naib Johan = RM 16 x 1 unit = RM 16.00 Ketiga = RM 12 x 1 unit = RM 10.00 Saguhati = RM 10 x 2 unit = RM 20.00 |
RM 66.00 |
5 |
Poster Minda Sihat di Laluan
Dan One Stop Centre |
RM 30 x 4 keping |
RM 120.00 |
|
Jumlah |
RM 350.00 |
8.0
AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi
: Puan
Salina Binti Abdul Manaf (PK Tadbir Dan Kurikulum)
Timbalan Pengerusi : Puan
Hamimah Bt Shamsuddin (PK HEM)
Setiausaha : Puan
Nurhaiza Binti Che Mat
Jawatankuasa Kerja
AJK Laluan Dan One Stop
Centre Minda Sihat |
Puan Nurhaiza Bt Che Mat |
Menyediakan laluan informasi Minda Sihat
mengenai PHQ9 dan GAD 7 |
AJK Bengkel Minda Sihat |
Puan Loh Chin Ying |
Merancang slot dan
menguruskan pergerakan murid untuk bengkel Minda Sihat |
AJK Pemugaran Emosi |
Puan Norfaizah Binti
Mohamad |
Menyediakan poster online
pemugaran emosi Minda Sihat dan sesi 5 minit di tapak perhimpunan |
AJK Pertandingan Tik Tok Jurnal Emosi Fotografi Infografik |
Puan Nurhaiza Binti Che
Mat Puan Norfaizah Binti
Mohamad Puan Loh Chin Ying |
Menguruskan pertandingan bagi
pemugaran emosi dari murid kepada murid |
9.0
STRATEGI PERLAKSANAAN
9.1
URUS SETIA
Unit Bimbingan Dan Kaunseling
9.2
TENTATIF PROGRAM
Sebelum Saringan Minda Sihat
Aktiviti |
Tarikh |
Menyediakan poster minda
sihat secara dalam talian yang disebarkan ke kelas |
1 September – 28 Oktober 2022 |
Saringan Minda Sihat
Aktiviti |
Tarikh |
Menjawab saringan minda sihat |
28 Oktober 2022 – November 2022 (Ting 1– Ting
4) |
23 November 2022 – 30 November
2022 – (Ting 5) |
Intervensi Minda Sihat (Fasa
Pemulihan)
Aktiviti |
Tarikh |
Sesi Kaunseling Kes Krisis |
9 November 2022 – 2022 |
Sesi Kaunseling Kes GAD Dan PHQ 9 Kes Khusus |
9 November 2022 – 9 Disember 2022 |
Bengkel Minda Sihat |
30 November 2022 |
Pemugaran Emosi
Aktiviti |
Tarikh |
Promosi Poster |
Setiap minggu melalui
slot Refleksi |
Laluan Minda Sihat & One Stop Centre Minda Sihat |
Sepanjang tahun |
Ceramah Kesegaran Minda |
Melalui slot 5 minit sebulan sekali di tapak perhimpunan |
10.0
PENGURUSAN RISIKO
Risiko |
Punca |
Penyelesaian |
Tanggungjawab |
Vandalism Poster |
Murid merosakkan poster yang
ditampal |
Mengingatkan murid setiap
hari oleh guru bertugas dan guru disiplin |
Guru bertugas harian |
11.0
PENUTUP
Diharapkan agar aktiviti yang dijalankan dapat mencapai
objektif program
yang diharapkan dan seterusnya membantu kesejahteraan mental dan
emosi warga sekolah.
Disediakan
oleh: |
Disemak
oleh: |
|
|
(NURHAIZA
BINTI CHE MAT) Guru
Bimbingan & Kaunseling, SMK
Seri Bintang Selatan. Tarikh
: |
(HAMIMAH
BINTI SHAMSUDDIN) Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid SMK
Seri Bintang Selatan. Tarikh: |
KERTAS CADANGAN PROGRAM MINDA SIHAT
SEKOLAH TAHUN 2022
_________________________________________________________________________
KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH
Meluluskan
Kertas Cadangan PROGRAM MINDA SIHAT SEKOLAH TAHUN 2022
Atau
Tidak
meluluskan Kertas Cadangan PROGRAM
MINDA SIHAT SEKOLAH 2022
Ulasan :-
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
(PUAN
SALINA BINTI ABDUL MANAF)
Penolong
Kanan Tadbir Dan Kurikulum