PENGENALAN
Program Jejak
Kasih Madani Perdana Tahun 2024 merupakan program yang dijalankan agar amalan
guru penyayang membudayakan sikap kasih sayang di sekolah terhadap murid-murid.
Konsep program ini ialah guru yang memiliki sifat kepedulian terhadap muridnya
dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat,
berbudi bahasa dan saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan
sabar. Antara aktiviti yang dilaksanakan bagi program jejak kasih sayang
madani peringkat sekolah ialah memberikan pendedahan kepada murid betapa
pentingnya pendidikan dan di usia persekolahan adalah wajib semua murid kekal
bersekolah. Ini bagi mengelakkan mereka terjebak dengan pengaruh yang buruk
jika berada lama di luar sekolah tanpa kawalan orang dewasa. Aktiviti
perkongsian santai ini akan disampaikan oleh pegawai perhubungan sekolah
sendiri dari PDRM yang memiliki figura penguatkuasaan disiplin murid. Selain
itu, aktiviti jejak kasih sayang ini juga melibatkan program ramah mesra,
lawatan atau ziarah keluarga, sesi perkongsian masalah dan lain-lain antara
pihak sekolah dengan keluarga. Pihak PIBG juga dilibatkan dalam usaha PIBG
membantu ibu bapa menangani permasalahan anak.
2.0 MATLAMAT
Meningkatkan motivasi dan sahsiah murid
untuk meningkatkan kehadiran ke sekolah melalui sesi konsultasi antara pihak
sekolah dengan murid dan ibu bapa.
.
3.0 TARIKH/MASA/TEMPAT
Tarikh : 4 Januari 2024 di Dataran
Bijaksana
4.0 SASARAN
Semua murid SMK Seri Bintang Selatan
5.0 OBJEKTIF
1) Menjalinkan
ukhwah dengan keluarga murid untuk menujukkan empathi
dan keprihatinan pihak sekolah dengan
masalah murid
2) Mengukuhkan nilai guru
penyayang dengan saling bekerjasama antara guru dengan ibu bapa
6.0 KPI
INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME
Output |
Warga sekolah dapat menghayati nilai murni dalam amalan
ziarah menziarahi kerana cakna dengan keadaan orang lain dalam pelbagai bentuk
iaitu kerana sakit, masalah peribadi atau masalah keluarga hingga berisiko
keciciran sekolah |
Outcome |
Ziarah dapat menjadi budaya dalam kalangan guru untuk mengambil cakna mengenai
kehidupan murid dan
menjalankan silaturahim dengan ibu bapa dengan lebih dekat dan
mesra melalui lawatan ziarah cakna. |
7.0 PERUNTUKAN
KEWANGAN
Perbelanjaan
Gimik Pelancaran RM 100.00
Cenderamata Ziarah Cakna RM
50.00
Jumlah RM
150.00
Gimik penyerahan sumbangan dari PiBG ke PK HEM
8.0 AHLI
JAWATANKUASA
Pengerusi : Pn Norlela Binti A Wahid (Pengetua)
Timbalan Pengerusi : Pn Sabidara Binti
Mahmud
Penolong Kanan HEM
Setiausaha :
Puan Nurhaiza Binti Che Mat
SENARAI TUGAS AJK KERJA
AJK Pengacara
Majlis & Bacaan Doa |
Puan Norfaizah Bt Mohamad (K) En Mohd Fahry Bin
Khamis |
Menyediakan dua
orang PRS untuk bertindak selaku pengacara majlis Menyediakan murid
pembaca doa |
AJK Persembahan Video Kreatif Dan
Multumedia |
Puan Loh Chin
Ying (K) Cik Nor Azizah
Binti Mohd Isnon |
Menyediakan back
drop dan multimedia aktiviti Jom Ke Sekolah Menayangkan
tayangan video kreatif murid (Johan Video
Kreatif Karnival Kaunseling Pudu 2023) |
AJK Gimik
Pelancaran Dan Ikrar Sahsiah Murid |
Puan Nurhaiza
Binti Che Mat (K) |
Menyediakan gimik
pelancaran dan ikrar murid hadir ke sekolah diketuai oleh Pengerusi PRS (Ikon
Sahsiah Murid) |
AJK Buku Program
Dan Buku Pelawat |
Puan Husmazurain
Binti Che Hussien (K) Puan Noorasyikin
Binti Harun |
Menyediakan buku
program dan ruang tandatangan di buku pelawat |
AJK Persiapan
Tempat |
Dr Chun Cheng
Chuan (K) En Azam En Nik Muhammad
Shukrri B Nik Shapik |
Menyediakan
persiapan tempat seperti rostrum, meja gimik , kerusi VIP dan sebagainya |
AJK Jemputan
& Teks Ucapan Perasmi |
En M.Ravinthiran
a/l P Muthoo (K) En Karunaithi a/l
Thanapalan Puan Nurul Zafina
Binti Zakaria |
Menjemput
PPS/PIBG dan agensi luar yang lain Menyediakan teks
ucapan pengetua Menyediakan teks
ucapan perasmi |
AJK Sambutan |
Puan Narinder
Kaur a/p Peara Singh (K) En Zul Puan Akma |
Menyambut tetamu
tetamu dari luar |
AJK Dokumentasi |
Puan Nurhaiza
Binti Che Mat |
Menyediakan
dokumentasi program |
AJK Jurugambar |
En Mohd Ade Irwan
Bin Apandi |
Mengambil gambar
sepanjang program |
AJK Siaraya |
En Khairol Nizam
Bin Anuar (K) |
Memastikan PA
Sistem berfungsi dengan baik |
AJK Hadiah Dan
Sijil Jalinan |
Puan Norhawida Azihan
Binti Hamzah (K) |
Menyediakan
hadiah perasmi dan sijil jalinan dengan polis atau agensi yang hadir |
9.0 STRATEGI
PERLAKSANAAN
9.1 URUSETIA
J/K Unit
Bimbingan Dan Kaunseling
J/K Unit Disiplin
Pembimbing
Rakan Sebaya
9.2 JADUAL
PERLAKSANAAN
7.20 pagi :
Pendaftaran Dan Ketibaan Tetamu
7.35 pagi :
Nyanyian Negaraku
:
Nyanyian WPKL
7.40 pagi :
Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
: Bacaan Doa
7.50 pagi :
Persembahan Multimedia
:
Persembahan Video Kreatif
8.00 pagi :
Ucapan Perasmian Oleh
8.10 pagi :
Gimik Pelancaran
:
Perkongsian Santai Dari PPS/PDRM
:
Penyampaian Sumbangan Daripada PIBG/KSIB/NGO
:
Penyampaian Sijil Penghargaan
9.00 pagi :
Lawatan Ke Rumah Murid
10.0 PENGURUSAN
RISIKO
Risiko |
Punca |
Penyelesaian |
Tanggungjawab |
Kelewatan
perasmi program |
Masalah kesesakan lalu lintas |
Memanjangkan
slot sebagai masa untuk pergerakan murid |
Puan
Nurhaiza |
11.0 KAEDAH
PEMANTAUAN
PEMANTAUAN PERLAKSANAAN PROGRAM
Borang Pemantauan Program
PEMANTAUAN PENCAPAIAN OUTCOME
Borang Penilaian Program
12.0 PENUTUP
Diharapkan agar program ini berjaya
direalisasikan untuk mencapai objektif meningkatkan motivasi murid dengan
kesejahteraan minda yang lebih baik dengan adanya cakna antara keluarga dan
guru.
Disediakan oleh: |
Disemak oleh: |
|
|
(NURHAIZA BINTI CHE MAT) Guru Bimbingan &
Kaunseling, SMK Seri Bintang Selatan. Tarikh : |
(SABIDARA BINTI MAHMUD) Penolong Kanan HEM, SMK Seri Bintang Selatan. Tarikh: |