27 July 2017

Lawatan Penandaaras PRS Dari SMK Seksyen 8 Kota Damansara





Pagi ini saya menerima tetamu iaitu 3 org guru kaunseling iaitu rakan lama Chandra, Pn Siti dan Pn Fatimah dari SMK Seksyen 8 Kota Damansara, KL. Mereka datang dgn 11 org ahli PRS untuk melihat bagaimana PRS di sekolah dijalankan.
Program dimulakan dengan
Ucapan aluan PK HEM Pn Cheong Moi Lian, ucapan aluan dari guru kaunseling SMK Seksyen 8 Kota Damansara, dan ucapan aluan Pn Nurhaiza Bt Che Mat.
Sesi perkongsian dgn PRS Bestari SMK Cheras iaitu Azri B Abdullah yg menerangkan mengenai fungsi PRS menggunakan slaid pembentangan Amalan Terbaik PRS di Konvensyen PRS Kebangsaan yg ada saya kongsikan di entri blog terdahulu.
Nurin  membentangkan mengenai amalan RIMUP Guru Penyayang sambutan perayaan yg dikendalikannya, Zai menerangkan mengenai projek RAI, dan sambutan hari jadi. Ainur menerangkan mengenai kerjaya.
Setelah itu PRS sekolah pelawat bergerak ke dewan dan bersama sama PRS kami yg terdiri dari PRS Ting 2 dan 4 seramai 20 org di dewan.
Saya menyambung pembentangan slaid kpd guru kaunseling sahaja iaitu mengenai pengurusan terbaik kaunseling tahun 2016 dan amalan terbaik kaunseling dgn projek Zoom In pada tahun 2015.
Seterusnya kami bergerak ke dewan untuk meninjau aktiviti PRS. Mulanya PRS SMK Cheras mengendalikan team building diikuti PRS Seksyen 8 Kota Damansara mengendalikan aktiviti pula. Nampaknya semua gembira.
Sesi bergambar antara yg ditunggu untuk merakam kenangan bersama. Kemudian, pelawat PRS dibawa meronda kawasan sekolah dan akhir sekali di bilik kaunseling. Manakala guru kaunseling pula di bawa ke bilik kaunseling untuk meninjau penggunaan sistem deks dan sistem eklien. Semoga memberikan manfaat kepada yg hadir.

Happy vs moody
Best guest vs spoilt neighbour



























































 

Telegram Channel