31 July 2017

Rakaman Video Sesi Kaunseling Kelompok





Mendapat permohonan dari IPG Ilmu Khas untuk rakaman video sesi kaunseling kelompok murid sekolah untuk tujuan pembelajaran guru pelatih IPG. Video yg berdurasi 20 hingga 30 minit diperlukan sbg membimbing guru pelatih yg bertindak selaku pembimbing pelajar untuk aktiviti kokurikulum mereka. Semoga video yg bakal dihasilkan nanti dapat memberikan gambaran yg jelas tentang teknik teknik asas dalam sesi kaunseling kelompok dijalankan. Temujanji dibuat dari minggu lepas lagi.
Kebetulan hari ini adalah hari perjumpaan sesi kelompok kumpulan 1  PRS Sulung maka rakaman video untuk kumpulan ini dijalankan. Hari ini juga adalah hari lari sana..lari sini saya dari pagi. Menguruskan peserta murid Juara ke seminar SPM luar sekolah berulang alik , balik ke sekolah perlantikan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan AJK koperasi, temujanji dengan pasukan penyelidik UIA, menguruskan guru pengiring selaku fasilitator Seminar SPM Yayasan WPKL dari Selasa ke Khamis untuk seminar SPM memandangkan saya dari esok hingga Khamis berbengkel di Puterajaya..huhu kemuncaknya apabila saya menelefon En Lokman iaitu person in charge untuk rakaman IPG ni untuk bertanya pengesahan rakaman kerana  mcm tak larat je nak teruskan rakaman pada pkl 2 ptg nanti. Namun apabila En Lukman kata confirm...adeh tak sampai hati menolak atau menunda.
Tak sure adakah muka kepenatan saya terpancar...tetapi yg pastinya apabila menjalankan sesi kaunseling ini saya rasa bertenaga hilang rasa letih..huhuhuhu. Kami memilih tajuk mengenai masalah pembelajaran berdasarkan markah peperiksaan pertengahan tahun yg lalu. Sesi berjalan lancar dan sesi bergambar dan penyerahan cenderamata pula dijalankan. En Lukman berjanji akan menyerahkan satu salinan CD rakaman. Dah siap nanti bolehla saya share di blog ni ye :)
#TV Hotel, Bangsar South
   Jln jln cari majlis hi tea



 

Telegram Channel