Hari ini saya dan Rozi ke Flat Sri Sabah dan menjalankan penyiasatan mengenai kes murid kami yg akan mengambil SPM tetapi mengalami musibah. Pihak sekolah telah pun membuat kutipan sumbangan untuk membantu murid ini dan sebagai salah satu polisi unit kebajikan sekolah, kami tidak menyerahkan duit sumbangan tanpa penyiasatan.
Selesai konsultasi dgn ibu murid semalam, membuat temubual dgn beberapa rakan, hari ini saya ke pejabat DBKL Flat Sri Sabah untuk mendapatkan dokumen sokongan dan pengesahan dan menjalankan siasatan.
Well..tugas sebagai guru kaunseling mmg bukan terhad kepada sekolah dan bilik kaunseling sahaja tetapi lebih luas lagi dgn konsultasi keibubapaan dan lawatan ke rumah. Semoga tugas ini tidak disalahertikan dan sesungguhnya ia tidak membebankan saya. Malahan saya gembira membantu menjadi runner untuk menguruskan kes ini.
#Pele..again..and again
Tears again..and again.