Total Pageviews

28 October 2017

Majlis Semarak Kasih Sehati Sejiwa 2017




Hari terakhir bertugas selaku AJK Biro Profesionalisme Kelab Guru 2017 dgn penganjuran hi tea akhir tahun warga Ceria dengan tema denim. Alhamdulillah saya dapat anugerah juga pada Majlis Semarak Kasih ini
1) Anugerah Kehadiran Penuh
2) Anugerah Inovasi Terbaik
3) Anugerah Pembinaan Sites Terbanyak Dalam VLE Frog.
4) Sijil penghargaan AJK Kelab Guru

Sedar tak sedar dah dua tahun dalam team Kelab Guru sesi 2016 dan 2017. Wah..sedih pun ada. Masing masing ada bakat dan potensi yg lain dari sekadar guru biasa. Dengan sportingnya masing masing memakai tema denim :)
Dan yg mendapat anugerah guru pakaian bertema terbaik tentulah kpd Cik Jamaliahazmira karimah yg pandai berfesyen dan tak kurang hebatnya Cik Afiqah Mohd Sidek dgn jeans bermaniknya serta Tahniah juga kpd Pn Narinder dan En Mohd Noor. 

Tahniah kpd penerima anugerah kehadiran penuh seramai 11 org guru.. dan untuk saya sijil kehadiran penuh ini koleksi peribadi saya yang ke 10.

Tahniah juga kpd penerima anugerah VLE Frog. Bagi kategori pengguna log in terbanyak, pengguna assigntment yg byk dan pembinaan site terbanyak. Setiap kategori mempunyai 3 pemenang. Part ni la tak sangka dpt anugerah ke3 terbanyak bina sites..huhu kena rajin buat site lagi untuk kemudahan warga sekolah. 

Tahun ini kami menggunakan cabutan bertuah secara cash...dan saya hanya tukang hulur envelope hadiah dan nama saya tidak tersenarai untuk cabutan bertuah pun. Mungkin rezeki hadiah pengiktirafan je kan.  :) 

#bulanmenuaihasil.



Anugerah Kehadiran Penuh

Anugerah Inovasi Terbaik bersama team KIK

Anugerah Pembinaan Site Terbanyak
 Dalam VLE

Sijil pengerusi Kelab Guru 2016/2017

Sijil setiausaha Kelab Guru 2016/2017

Sijil AJK Kelab Guru 2016/2017

Sijil Bendahari 

Sijil AJK Biro Profesionalisme 2016/2017

Sijil AJK Biro Profesionalisme 2016/2017

Sijil Naib Pengerusi 2016/2017

Sijil AJK 2016/2017

AJK Biro Ekonomi 2016/2017














Tahniah AJK Kelab Guru yg baru


Kenangan bersama Kelab Guru sesi 2016/2017


Puan pengetua memberi ucapan







Pakaian bertema terbaik

Pakaian bertema terbsik





Farewell  Soffiya. Semoga gembira di tempat baru













No comments: