First time naik MRT dari Taman Maluri ke Bandar Utama. Memang selesa dari bersesak kesesakan jalan raya untuk ke First University yg menaja program kami hari ini.
Pertandingan Amalan Terbaik Kaunseling Dan Disiplin WPKL tahun ini dengan penyertaan yg lebih ramai. Seronok tengok kualiti semakin baik dan para pembentang pula semakin berani tampil ke depan. Tahun ini kami mempertaruhkan program SUIT kombinasi Zoom In dan SPOT untuk peningkatan kehadiran murid ke sekolah dan bergabung dgn penyelaras SUIT Sahsiah Unggul Individu Terbilang untuk kategori amalan terbaik disiplin sekolah.
Sudah dua tahun berturut sekolah saya menyertai pertandingan kategori Amalan Terbaik Kaunseling dan kemuncaknya tahun lepas Johan Amalan Terbaik Kaunseling Kebangsaan 2016. Saya mempromosikan di Zon Pudu penyertaan ke Amalan Terbaik Kaunseling agar ada penyertaan di peringkat Zon dgn sukarela menjadi jurulatih untuk mereka. Tetapi mereka belum bersedia. Sehinggalah saya menghubungi sebuah sekolah dan menyatakan komitmen untuk membimbing dan kami bersetuju tentang satu syarat iaitu saya akan bertukar ke kategori amalan terbaik disiplin memandangkan tajuk saya lebih fleksible samaada kaunseling atau untuk disiplin. Ini kerana penyertaan untuk amalan disiplin di daerah saya juga tiada. Untuk kaunseling, saya akan membawa team guru kaunseling dan jika kategori disiplin saya akan mengajak guru Lembaga Disiplin untuk berkaloborasi. Nampaknya strategi ini berjaya. Kerana kami johan untuk kategori kaunseling dan disiplin sekolah menengah :)
Keputusan penuh:
Pembentangan Amalan Terbaik B&K / Disiplin WPKL
B&K SR
1.SJKT Fletcher - Juara
2. SK T. Bkt Maluri - N/ Johan
3. SK BB Sentul - Ketiga
4. SK Kg Bharu - saguhati
5. SKDTHO - saguhati
6. SK W/Maju R10 - saguhati
1.SJKT Fletcher - Juara
2. SK T. Bkt Maluri - N/ Johan
3. SK BB Sentul - Ketiga
4. SK Kg Bharu - saguhati
5. SKDTHO - saguhati
6. SK W/Maju R10 - saguhati
B&K SM
1. SMK Cochrane - Juara
2. SMK T. Setiawangsa - N/ Johan
3. SMK Setapak Indah - ketiga
4. SMK Pdg Tembak - saguhati
5. SMK Seri Saujana - saguhati
1. SMK Cochrane - Juara
2. SMK T. Setiawangsa - N/ Johan
3. SMK Setapak Indah - ketiga
4. SMK Pdg Tembak - saguhati
5. SMK Seri Saujana - saguhati
DISIPLIN SR
1.SK Seri Bonus - Juara
1.SK Seri Bonus - Juara
DISIPLIN SM
1. SMK Cheras - Juara
2. SMK Puteri Titiwangsa - N/Johan
What? SMK Cheras
#programbulankaunselingnegeri?
1. SMK Cheras - Juara
2. SMK Puteri Titiwangsa - N/Johan
What? SMK Cheras
#programbulankaunselingnegeri?
Tempat ketiga Amalan Terbaik Kaunseling Sekolah Rendah: SK Bandar Baru Sentul
Shamini
Johan Amalan Terbaik Kaunseling SR
SJK T Fletcher
En Selva
Program Zeros To Heroes
Meningkatkan Kehadiran Murid Ke Sekolah
Naib Johan Amalan Terbaik Kaunseling Sekolah Rendah : SK Taman Bukit Maluri
Puan Manjulah
Program Sahsiah Kebersihan
Penjagaan Tandas
Naib Johan Amalan Terbaik Kaunseling SM
SMK Setiawangsa
Program I Love You
Naib Johan Amalan Terbaik Disiplin SM
SMK Puteri Titiwangsa
Cik Rosam
Johan Amalan Terbaik Disiplin SM
SMK Cheras
Johan Amalan Terbaik Disiplin Sek Rendah
SK Sri Bonus
Johan Amalan Kaunseling Terbaik SM
SMK Cochrane