3 November 2017

Taklimat Dan Demo Kulinari Dari Kolej Sugarcraft:Program Selepas PT3

Slot UBK hari ini untuk program selepas PT3, kami menjemput penceramah dari Kolej Sugarcraft untuk memberikan taklimat mengenai alternatif laluan murid selepas PT3. Yang bagusnya dgn kolej ini ialah setiap kali memberikan taklimat, mereka tidak lokek menunjukkan demo memasak dan menghias cupcake dan akan menjamu semua murid yg menjadi peserta taklimat untuk merasa bahan masakan mereka. Bahkan jika membuat demo menghias cup cake, murid murid dapat mencuba membuat hiasan juga. 

Bagi yg berminat dgn kemahiran kulinari, kolej Sugarcraft ini menawarkan full time dan part time dekat sahaja cawangan Sri Petaling dgn kami.
Chef Faiz merupakan antara chef akademik yg mengajar murid kulinari di kolej ini. Beliau yg mengendalikan slot hari ini bersama kawannya.  Kedua duanya happening orangnya. Berinteraksi dua hala dgn murid murid ,  sambil mengajar dan memberikan taklimat. Sangat menghiburkan celoteh meteka di samping tayangan multimedia dan demo masakan.
Resepi pertama ditunjukkan membuat menu ..hmm.panjangla dan tak pandai sebut huhu. dan resepi kedua pula membuat hiasan diatas cup cake dan menikmati cup cake itu sendiri. Seronok betul masing masing membuat topping cupcake tersebut. Dan lagi puas hati menikmati cup cake hiasan air tangan sendiri. 

Jom siapa minat masak masak, bolehlah kita join kelas part time. 
Bagi murid yg berminat kursus kemahiran bolehla mendapatkan maklumat lebih lanjut pengajian di sini yg ditawarkan diploma kemahiran dan mempunyai sijil kulinari yg diiktiraf di luar negara. 

#thank you Kak Raudzah
Lovely birthday present



































 

Telegram Channel