27 December 2017

Jadual Waktu Guru Kaunseling SMK Cheras 2018

Mesyuarat guru kali 1 / 2018. Belek buku pengurusan, tambah tiga tugas baru
1. Setiausaha Dasar PPPM,
2. Naib Setiausaha JK Penyiasatan Murid Cicir,
3. AJK Dokumentasi skpmg2.
Tugas sedia ada tahun tahun lepas masih dikekalkan sbg
4. Ketua Guru Kaunseling,
5. Setiausaha UBK,
6. AJK Majlis Pengurusan Sekolah,
7. AJK Kurikulum
8. AJK Program Peningkatan Akademik
9. Penyelaras JUARA,
10. Guru Penasihat Kelab Kerjaya,
11. Guru Penasihat PRS ,
12. Setiausaha Guru Penyayang
13. AJK Majlis Ketua Tingkatan
14. AJK Lembaga Disiplin Sekolah
15. Penyelaras Butterfly Program Sahsiah Unggul Individu Terbilang
16. AJK MMI Blok B.
17. Guru penasihat Rumah Perdana
Masing masing dah ada jadual waktu, jadi saya berbesar hati nak share juga jadual waktu kami utk tahun 2018 utk ditampal di kelas kelas, pejabat, bilik kaunseling dan laluan koridor.




Anugerah Biah 2015
Lunch treat and
Souvenier for everyone
A nice towel with label :) 

2 comments

assalamualaikum...
sy nk bertanya memang jadual GBSM penuh mcm ni ke? bkn 36 waktu seminggu ke?
tolong bantu sy musykil.

Salam Rossa
Mengikut surat pekeliling pelaksanaan dan pematuhan dasar perkhidmatan kaunseling di sekolah KPM 2017, sasaran kerja GBK adalah 32 waktu bukan 36 waktu seminggu. Namun apabila bercakao ttg waktu..ia bergantung kpd sekolah. Sekolah saya 1 waktu hanya 30 minit yg mana sesi kaunseling dari mula pengurusan murid hadir untuk mengisi data dan sesi kaunseling dan terus membuat laporan adalah 2 waktu. Sasaran kpm 5 waktu bagi kaunseling individu. Mungkin bagi sekolah yg menggunakan satu waktu 40 minit dapat mencapainya tetapi tidak bagi saya.Maka saya anggap 5 sesi ialah 10 waktu. Jika lebih..kita boleh membuat lebih sesi kaunseling individu.
Jika sekolah anda membuat jadual utk 36 waktu seminggu tiada masalah asalkan sasaran kerja GBK mengikut pekeliling tersebut dalam seminggu iaitu 5 waktu sesi individu, 1 waktu sesi kelompok, 8 waktu kelas bimbingan, 8 waktu program empat fokus bidang dan 10 waktu pengurusan.
Jika lebih tiada masalah, jika kurang yg bermasalah.

 

Telegram Channel