PROGRAM
KOLABORASI
PINTAR MURID JUARA SMK CHERAS - SMAWP
1.0
PENGENALAN
Projek Kolaborasi Permata merupakan
projek peningkatan akademik di antara SMK Cheras dengan SM Agama Wilayah
Persekutuan KL bagi melonjakkan kecemerlangan dalam akademik. Projek ini melibatkan
10 orang pelajar Tingkatan Lima SMK Cheras untuk mendapatkan pengalaman dan
menjalinkan kerjasama akademik dengan pelajar SMAWP. Diharapkan pelajar projek permata SMK Cheras
iaitu projek pelajar cemerlang SPM sekolah akan mengambil inisiatif dari
kerjasama yang terjalin dengan mempelajari pengajaran dari guru –guru SMAWP dan
teknik yang digunakan oleh pelajar SMAWP yang terkenal dengan kecemerlangan
akademik mereka. Pentadbiran sekolah
berharap agar pelajar dapat memanfaatkan kolaborasi ini melalui peningkatan gred
akademik pelajar yang lebih cemerlang melalui teknik belajar kendiri dan
berkumpulan dan seterusnya dapat membantu pelajar lain di sekolah melalui
pengajaran rakan sebaya dan meningkatkan gred kecemerlangan akademik sekolah.
Melalui pengalaman pembelajaran yang diperolehi, pihak sekolah berharap para
pelajar permata ini dapat memberikan input yang berguna kepada rakan sebaya
mereka di SMK Cheras bagi dijadikan pedoman oleh rakan – rakan yang lain.
2.0 MATLAMAT
Meningkatkan
sahsiah dan motivasi murid Juara mencapai kecemerlangan dalam akademik dan sahsiah unggul
3.0. TARIKH/ MASA/
TEMPAT
2 – 6 April 2018
4.0 SASARAN
10 orang murid SMK Cheras Ting 5
9 orang murid SMK Cheras Ting 3
5.0 OBJEKTIF
1) Murid
dapat mengikuti mata pelajaran dengan baik melalui tunjuk ajar rakan sebaya
2) Murid
dapat bertukar –tukar ilmu pengetahuan mengenai teknik belajar yang berkesan
3) Murid
dapat bekerjasama berkongsi ilmu pengetahuan mengenai sesuatu mata pelajaran
6.0 KPI (INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME)
Output
|
Murid dapat mengaplikasikan cara belajar dengan
disiplin kendiri selepas program tamat.
|
Outcome
|
Markah peserta murid
PT3 6A ke atas dan markah SPM juga 6A ke atas
|
7.0 IMPLIKASI KEWANGAN
SUMBER KEWANGAN
BIL
|
PERKARA
|
SUMBER
|
BUTIRAN
|
JUMLAH
|
1
|
Kos makan
untuk 2 hari
|
Murid
|
RM 20 x 19 orang
|
RM 380
|
2
|
Kos makan
untuk 2 hari penuh dan 1 separuh hari
|
PIBG
|
RM 25 x 19 org
|
RM 475
|
3
|
Kos penginapan 4 malam
|
PIBG
|
RM 8 x 4 mlm x 19 org
|
RM 608
|
RM 1,463
|
ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL
|
PERKARA
|
BUTIRAN
|
JUMLAH
|
1
|
Kos pakej
(Makanan, penginapan, )
|
RM 77 x 19 orang
|
RM 1,463
|
RM 1,463
|
8.0 JAWATANKUASA
PROGRAM
Pengerusi : Pn Kamariah Bt Abu
Naib Pengerusi : Cik Lee Swee Ching
Penyelaras : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
AJK Dokumentasi : Pn Rozinani Awang
9.0 STRATEGI PERLAKSANAAN
9.1 URUS SETIA/PENCERAMAH
1) Unit Bimbingan Dan Kaunseling
9.2 JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM
Murid akan dibahagikan
kepada kelas – kelas tertentu mengikut mata pelajaran elektif
bagi murid ting 5. Manakala murid ting 3 secara rawak dalam kelas ting 3. Murid akan tinggal di asrama selama seminggu dan merasai suasana kehidupan
tinggal di asrama. Murid perlu mengikuti aktiviti bersama pelajar di asrama dan
mengikut peraturan sekolah SMAWP. Murid juga akan bergaul dengan murid di dalam kelas yang ditempatkan dan belajar bersama-sama murid di dalam kelasnya. Murid juga akan turut mengikuti semua aktiviti yang dijalankan untuk murid di dalam kelasnya.
10.0 PENGURUSAN RISIKO
Risiko
|
Punca
|
Penyelesaian
|
Tanggungjawab
|
Kemalangan
|
Kecuaian murid
|
Hantar ke klinik berhampiran
|
Guru bertugas
|
11.0 KAEDAH PEMANTAUAN
a)
Pemantauan Perlaksanaan Program/ Aktiviti
1) Borang Penilaian
Peserta
2) Borang Maklum Balas AJK
b)
Pemantauan Pencapaian Outcome
1) Borang Pencapaian Target
2)
Markah Peperiksaan
12.0 PENUTUP
Diharapkan agar projek ini mencapai
objektif yang diingini dan program ini diharapkan berjaya melonjakkan
kecemerlangan akademik pelajar dan kerjasama kolaborasi ini boleh
diteruskan
ke tahun tahun seterusnya.
Disediakan
oleh,
( Nurhaiza Bt Che Mat)
Guru Kaunseling
Ulasan:
Diluluskan/Tidak diluluskan,
(Kamariah Bt Abu)
Pengetua
LRT - JAKEL-SOGO
-AL IKHSAN -
Quality time with kids.