19 May 2018

Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya WPKL



Gambar tahun lepas sewaktu Hari Anugerah HEM dan Kokurikulum. Tahun ni boleh kekal ke sebagai Kelab terbaik setiap tahun?
Lagi sebulan nak bertanding peringkat daerah dan tiada persiapan lagi dibuat  Walaupun urusetia peringkat daerah menetapkan beberapa sahaja pertandingan yg wajib masuk seperti kuiz atau satu lagi pertandingan tetapi kami dah terbiasa  dengan semua kategori kami sertai. Menang dan kalah belakang kira. Saya nak murid dan ahli kelab atau PRS menyertai apa shj pertandingan untuk resume mereka. Saya sbg guru hanya penggalak dan pembimbing info yg diperlukan. 50 peratus lagi usaha mereka untuk meraih tempat terbaik. Semoga kejayaan milik kita lagi tahun ni. Saya share garis panduan karnival pendidikan kaunseling kerjaya WPKL. 

Selamat Berpuasa
Iftar with my sis
Al Ikhlas Sg Chua






KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA

GARIS PANDUAN PENGHAKIMAN (UMUM)
1. Setiap pertandingan akan diadili oleh tiga orang hakim.
2. Untuk pertandingan peringkat zon, hakim adalah terdiri daripada guru kaunseling dari zon lain.
3. Untuk pertandingan peringkat negeri, hakim adalah terdiri daripada pegawai PPW, JPWPKL, dan KPM, atau personel yang difikirkan sesuai oleh pihak penganjur.
4 . Keputusan hakim adalah muktamad.

PERINGKAT PERTANDINGAN
1. Pertandingan di peringkat sekolah
i. Dijalankan secara dalaman di sekolah yang bertujuan untuk memilih pemenang yang akan mewakili sekolah bertanding di peringkat zon.
ii. Pemenang tempat pertama peringkat sekolah sahaja yang layak untuk dipertandingkan diperingkat zon.
2. Pertandingan di peringkat zon
i. Semua pertandingan akan dipertandingan mengikut kategori.
ii. Pemenang pertama sehingga kelima layak mewakili zon ke pertandingan peringkat negeri.
3. Pertandingan di peringkat negeri
i. Johan setiap kategori peringkat negeri akan mewakili negeri Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur untuk bertanding di peringkat kebangsaan.

TARIKH PENGELOLAAN
1. Pertandingan dilaksanakan dalam empat peringkat iaitu:
Bil PERINGKAT TARIKH
1 Sekolah April
2 Daerah / Bahagian / Zon April
3 Negeri Julai
4 Kebangsaan

CAREER HUNTERS
(SEKOLAH MENENGAH)
KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT NEGERI

TEMA: SAHSIAH CEMERLANG, KERJAYA GEMILANG
OBJEKTIF
1. Meningkatkan pengetahuan sedia ada murid khususnya dalam bidang kerjaya
. 2. Melahirkan murid yang cakna dengan isu-isu semasa.
3. Melahirkan murid yang sejahtera secara holistik.
4. Mewujudkan kejelekitan dan semangat kerjasama dalam kalangan murid.
5. Mengalakkan permuafakatan di antara pelbagai kaum, etnik, bangsa dan agama.

SYARAT PENYERTAAN
1. Setiap kumpulan mempunyai 4 orang ahli kumpulan (tidak mengira lelaki atau perempuan).
2. Setiap ahli kumpulan terdiri daripada murid tingkatan 4, 5 dan 6 bawah dalam lingkungan
umur 16 tahun sehingga 18 tahun.
3. Masa pertandingan 2 jam.
4. Sihat tubuh badan.
5. Berpakaian Sukan Sekolah.
6. Setiap sekolah wajib menghantar satu kumpulan.
7. Setiap kumpulan dibenar menggunakan alat komunikasi
8. Nilai-nilai murni perlu diamalkan sepanjang pertandingan

KEPERLUAN PERTANDINGAN
1. Telefon bimbit
2. Alat tulis
3. Jam randik
4. Wisel
5. Kertas A4
6. Bilangan hakim yang diperlukan : minima 5 orang; maksimum 8 orang

PEMARKAHAN DAN PENGHAKIMAN
1. Setiap jawapan yang lengkap dan tepat akan diberi markah penuh.
2. Pemarkahan diberi berdasarkan kepantasan masa dalam menamatkan tugasan yang diberikan.
3. Kerjasama dalam pasukan diambil kira.
4. Aspek kreativiti dalam setiap kumpulan dan pertandingan akan diambil kira.
5. Penganjur berhak membatalkan sebarang penyertaan yang melanggar peraturan termasuk yang
berunsur pakatan atau penipuan.
6. Kegagalan menamatkan pertandingan mengikut masa yang ditetapkan tidak diberi markah.
7. Pasukan yang menamatkan pertandingan dengan catatan masa yang paling singkat dan
jawapan yang tepat akan disyhtiharkan sebagai pemenang.
8. Markah maksimum setiap item pemarkahan adalah 25 markah.
9. Masa berlepas perlu dimaklumkan kepada semua peserta.
10. Semua markah akan dijumlahkan mengikut bilangan checkpoint yang telah ditetapkan.

KAEDAH PELAKSANAAN
1. Taklimat ringkas tentang keselamatan dan pelaksanaan kepada semua peserta. 2. Setiap kumpulan perlu menyelesaikan semua tugasan yang telah diberikan di setiapcheckpoint.
3. Pertandingan ini melibatkan 5 checkpoint yang telah ditetapkan mengikut tema.
i. Checkpoint 1- Isu semasa (KPM,Alam Sekitar, Dadah dll)
ii. Checkpoint 2 - Tema Kecergasan /Outdoor Game
iii. Checkpoint 3 - Tema Maklumat Kerjaya IPT
iv. Checkpoint 4 - Tema (Task berkaitan dengan KBAT)
v. Checkpoint 5 - Tema Kerjasama/Team Building
4. Semua peserta perlu mematuhi peraturan pertandingan yang telah ditetapkan. Sekiranya pihak
pengadil mendapati ada peserta yang melanggar peraturan penyertaan kumpulan tersebut akan
dibatalkan serta merta.
5. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD
6. Pengadil atau hakim adalah dalam kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling yang telah dilantik.








REKABENTUK GRAFIK
(SEKOLAH MENENGAH)
KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT NEGERI

TEMA: SAHSIAH CEMERLANG, KERJAYA GEMILANG
OBJEKTIF
1. Mempertingkatkan kefahaman dan pengetahuan murid-murid sekolah mengenai perkaitan
antara sahsiah dan alam pekerjaan.
2. Memberi kemahiran untuk menyatukan pemikiran dan kefahaman tentang kerjaya melaluiGrafik.
3. Mencungkil bakat murid dalam merekabentuk bagi menghasilkan grafik kerjaya yang menarik.
SYARAT PENYERTAAN
1. Murid tingkatan empat dan lima
2. Reka bentuk grafik hendaklah dicipta berteraskan tema yang diberikan
3. Penyertaan dua orang secara berkumpulan untuk satu penyertaan.

KEPERLUAN PERTANDINGAN
1. Sebuah laptop (keupayaan untuk grafik) yang mempunyai sebarang aplikasi yang bolehdigunakan untuk reka bentuk grafik. (disediakan sendiri oleh peserta).
2. Aplikasi grafik (graphic design software) adalah bebas yang siap dipasang (install) di laptop masing-masing (tidak dibekalkan oleh urusetia).
3. Bahan media disediakan oleh pihak urusetia pada hari pertandingan.
4. Ext. Wire (peserta diwajibkan membawa sendiri) untuk kemudahan.

PEMARKAHAN DAN PENGHAKIMAN
Rujuk borang pemarkahan

KAEDAH PELAKSANAAN
1. Masa yang diberikan ialah 2 jam 30 minit.
2. Saiz grafik bebas, tetapi jelas darisegi visual grafik.
3. Rekabentuk grafik bebas samada menegak (Portrait) atau melintang (landscape).
4. Reka bentuk yang dihasilkan adalah bebas tetapi tidak mempunyai unsur yang bolehmendatangkan fitnah.
5. Hasil rekabentuk disimpan dalam format JPEG.
6. Peserta tidak dibenarkan menggunakan bahan media yang lain selain daripada bahan media
yang disediakan oleh pihak urusetia tetapi bebas menggunakan sebarang aplikasi (software)
7. Bebas menggunakan warna.
8. Hasil rekabentuk hendaklah dihantar kepada hakim setelah masa pertandingan berakhir.
9. Tidak dipengaruhi oleh hasil-hasil yang telah di cetak. Mesti hasil ciptaan sendiri.(asli dantulen)









VIDEO KREATIF
(SEKOLAH MENENGAH)
KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT NEGERI

TEMA: SAHSIAH CEMERLANG, KERJAYA GEMILANG
OBJEKTIF
1. Menyediakan platform dan mengiktiraf hasil kerja murid yang terlibat di dalam bidang
multimedia seperti video.
2. Untuk melahirkan generasi muda yang sentiasa dapat menghasilkan karya kreatif yang
menerapkan nilai-nilai murni.
3. Untuk memberi dorongan dan galakkan kepada murid-murid yang sentiasa kreatif di dalammenghasilkan video yang berkualiti.
4. Bagi mencungkil bakat baharu di dalam bidang industri kreatif dalam kalangan murid-muriddi sekolah.
SYARAT PENYERTAAN
1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua murid tingkatan 4, 5 dan 6 yang sedang belajar
di sekolah kerajaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
2. Bahasa yang digunakan dalam video ialah Bahasa Melayu.
3. Tempoh durasi produksi mestilah tidak melebihi 4 minit dan tidak kurang dari 3 minit. Video kreatif yang dihasilkan mestilah tidak memaparkan isu-isu sensitif atau kontroversi
dari segi budaya, kaum, agama, politik, isu-isu perundangan dan Perlembagaan Persekutuan;
4. Video mestilah karya asal peserta dan tidak pernah memenangi anugerah dalam mana-mana pertandingan/festival filem/video peringkat kebangsaan dan antarabangsa. 5. Format video hendaklah memenuhi kehendak kualiti siaran di dalam format MP4.
6. Peserta boleh menggunakan skor muzik yang sedia ada di pasaran/hak orang lain,
7. Salinan video dan bahan-bahan lain yang diterima tidak akan dipulangkan;
8. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidakasli/diciplak;
9. Kemenangan peserta akan dibatalkan dan hadiah-hadiah yang diterima akan ditarik balik



PENJELAJAHAN KERJAYA
(SEKOLAH MENENGAH)
KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT NEGERI

TEMA: SAHSIAH CEMERLANG, KERJAYA GEMILANG
OBJEKTIF
1. Mengumpul maklumat berkenaan kerjaya terpilih
2. Menyampaikan maklumat kerjaya dengan menggunakan cara yang kreatif
3. Meningkatkan minat untuk mendalami penerokaan tentang kerjaya yang diminati danbersesuaian dengan diri sendiri
4. Mempraktikkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan berasaskan PembelajaranAbad ke21 dalam penerokaan kerjaya

SYARAT PENYERTAAN
1. Setiap sekolah menghantar satu pasukan yang terdiri daripada 4 orang peserta yang merupakan
murid Tingkatan 4 dan/atau Tingkatan 5. 2. Persembahan akan merangkumi :
i. Ketepatan maklumat
ii. Persembahan multimedia
iii. Model kerjaya
iv. Kreativiti persembahan
3. Bahasa yang boleh digunakan adalah Bahasa Melayu ATAU Bahasa Inggeris. Bahasa
pembentangan hendaklah sama dengan bahasa persembahan multimedia.
4. Hadiah – Pemenang tempat pertama, kedua, dan ketiga akan diberi hadiah. Semua peserta akandiberi sijil penyertaan.
5. Syarat pertandingan adalah tertakluk kepada pindaan mengikut keperluan.

KEPERLUAN PERTANDINGAN
1. PA System
2. LCD projektor
3. Layar
4. Jam randik
5. Loceng
6. Tiga orang hakim
7. Seorang penjaga masa
8. Dewan persembahan

PEMARKAHAN DAN PENGHAKIMAN
1. Penghakiman dijalankan oleh 3 orang hakim yang dilantik oleh pihak penganjur. Penghakimandiketuai oleh seorang ketua hakim.
2. Pemarkahan :
Perincian Markah
Ketepatan maklumat 40
Persembahan multimedia 30
Model kerjaya 20
Kreativiti persembahan 10
JUMLAH 100
3. Pasukan yang memperoleh jumlah markah yang paling tinggi akan diumumkan sebagaipemenang. Sekiranya terdapat lebih daripada satu pasukan yang memperoleh jumlah yang sama, maka ketua hakim hendaklah membuat keputusan menentukan pemenang selepasberbincang dengan para hakim. 
4. Keputusan hakim adalah muktamad.

KAEDAH PELAKSANAAN
1. Taklimat tentang pelaksanaan pertandingan akan dilakukan sebelum pertandingan.
2. Peserta hendaklah menggunakan komputer riba sendiri. Peserta boleh menggunakan peralatan sendiri, termasuk wireless microphone, sound system, LCD projector, extension wire, audio cable, dan sebagainya, dengan syarat masa persediaan tidak melebihi 2 minit. 
3. Persembahan maklumat boleh dilakukan dengan menggunakan cara pemerihalan, lakonan,







KUIZ KERJAYA
(SEKOLAH RENDAH)
KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT NEGERI

TEMA: SAHSIAH CEMERLANG, KERJAYA GEMILANG
OBJEKTIF
1. Menguji pengetahuan murid tentang pelbagai bidang kerjaya
2. Memberi peluang kepada murid untuk meneroka pelbagai jenis pekerjaan melalui pembacaan.
SYARAT PENYERTAAN
1. Terbuka kepada murid sekolah rendah tahap 2
2. 5 orang wakil dari setiap zon sekolah rendah.
3. Sebarang bentuk bahan rujukan tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam bilikpertandingan
4. Sumber rujukan utama :
Siri Pendidikan Kerjaya Sekolah Rendah Keluaran KPM 1995
Unit Perkhidmatan Pelajar
Bahagian Pengurusan Prasekolah, Rendah dan Menengah

KEPERLUAN PERTANDINGAN
1. Bilik Pertandingan yang lengkap dengan 20 meja dan kerusi yang sesuai untuk murid berusia 10-12 tahun.
2. Alat tulis (pensel dan pemadam) dibawa oleh peserta
3. 21 Set kertas soalan (termasuk penyelia pertandingan)
4. 20 Borang Jawapan OMR

PEMARKAHAN DAN PENGHAKIMAN
PERINGKAT 1 : SET SOALAN ASAS
1. Peserta terdiri daripada semua wakil zon sekolah rendah dalam kuiz kerjaya.
2. Set soalan mengandungi 50 soalan objektif
3. Setiap soalan membawa 1 markah.
 4. Markah penuh adalah 50 markah. 
5. Masa diberikan adalah 60 minit.

PERINGKAT 2 : POP KUIZ
1. Peserta terdiri daripada peserta yang memperoleh markah sama yang tertinggi (pemutus seri)
2. Set soalan mengandungi 10 soalan berstruktur pendek
3. Setiap soalan membawa 2 markah. 
4. Markah penuh adalah 20 markah.
 5. Masa diberikan adalah 15 minit.

PERINGKAT 3 : SOALAN LISAN
1. Peserta terdiri daripada peserta pop kuiz yang memperoleh markah sama yang tertinggi(pemutus seri)
2. Soalan dipilih sendiri oleh peserta melalui cabutan.
3. Markah diberi berdasarkan maklumat yang paling tepat dan padat.
4. Masa yang diberikan adalah 5 minit untuk setiap peserta.

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN
1. Setiap peserta akan diberikan satu set kertas soalan dan borang OMR
2. Guru akan membacakan arahan pertandingan
3. Murid diberikan masa selam 60 minit untuk menjawab soalan
4. Borang Jawapan OMR akan dikumpul dan disemak oleh Panel Hakim
5. Pemenang dipilih berdasarkan markah tertinggi
6. Jika terdapat markah yang sama, pop kuiz akan dijalankan kepada murid yang terlibat
7. Pop Kuiz berbentuk 10 soalan berstruktur pendek dan masa menjawab adalah 15 minit.
8. Jika masih terdapat markah yang sama dalam pusingan pop kuiz, murid akan diberikan soalanlisan berkaitan kerjaya untuk memilih pemenang.






MELUKIS POSTER
(SEKOLAH RENDAH)
KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT NEGERI

TEMA: SAHSIAH CEMERLANG, KERJAYA GEMILANG
OBJEKTIF
1. Mempertingkatkan kefahaman dan pengetahuan murid-murid sekolah mengenai bidangkerjaya
2. Memberi kemahiran untuk menyatukan pemikiran dan kefahaman tentang kerjaya melalui senilukis
3. Menggalakkan murid-murid untuk mencari maklumat kerjaya melalui pelbagai media
SYARAT PENYERTAAN
1. Poster kerjaya hendaklah dilukis berteraskan tema – “SAHSIAH CEMERLANG KERJAYA
GEMILANG”
2. Media – Kertas Lukisan
i. Kategori sekolah Rendah Tahap 2 – saiz spara imperial ( A3 ) – 41cm x 29.7cm
ii. Peserta hanya dibenarkan menggunakan kertas lukisan putih yang disediakan olehpenganjur sahaja.
3. Warna Dan Peralatan
i. Semua jenis warna dibenarkan KECUALI warna minyak ( oil paint )
ii. Semua peralatan disediakan oleh peserta
iii. Penggunaan Clear Spray / Lekar jernih / liquid paper adalah TIDAK DIBENARKANsama sekali
iv. Semua ruang kertas mestilah diwarnakan
4. Hak Milik Hasil Ciptaan
i. Semua poster yang dipertandingkan adalah menjadi hak milik penganjur untuk dijadikanbahan pameran.
5. Jangka Masa Pertandingan adalah 3 jam.
6. Penyertaan
i. Penyertaan pertandingan adalah secara individu
ii. Setiap sekolah diwajibkan menghantar seorang peserta sahaja.
iii. Pemenang tempat pertama hingga kelima sahaja yang layak mewakili daerah/bahagian/zon
ke pertandingan peringkat negeri.
7. Semua peserta hendaklah menulis / mengisi maklumat diri dengan lengkap di sebelah kananbelakang kertas poster.
8. Teknik Penciptaan
i. Lukisan poster hendaklah asli dan hasil ciptaan sendiri. Hasil poster hendaklah hasilkerja yang tidak pernah disiarkan / dihasilkan dalam mana-mana pertandingan sebelumini.
ii. Penggunaan sebarang alat geometri adalah digalakkan.
iii. LIMA kerjaya wajib dilukis dalam hasil lukisan
iv. Templet / acuan dan huruf blok sedia ada ( ready made ) DILARANG penggunaannya. Peserta hanya dibenarkan membuat sendiri templet/ acuan atau blok huruf dalam masa
pertandingan dijalankan.
v. DILARANG meniru contoh hasil lukisan yang telah disiapka atau dibawa.
vi. Imej kartun/ komik/ karikatur TIDAK DIBENARKAN tetapi imej robot dibolehkan.
NAMA PESERTA:
NAMA SEKOLAH:
KELAS:
KEPERLUAN PERTANDINGAN
1. Kertas lukisan saiz separa imperial (A3) –41cm x 29.7cm yang telah dicap dan disediakan olehurus setia
2. Borang pemarkahan disediakan oleh urus setia
3. Bahan pewarna dan peralatan dibawa oleh peserta.
4. Tiga orang Hakim
PEMARKAHAN DAN PENGHAKIMAN
Rujuk borang pemarkahan
KAEDAH PELAKSANAAN
1. Pendaftaran
2. Peserta dibawa ke bilik pertandingan
3. Taklimat pertandingan diadakan oleh penyelaras pertandingan
4. Pertandingan dijalankan dalam tempoh 3 jam.
5. Pesera menghantar hasil lukisan kepada pihak penyelaras
6. Sesi penghakiman
7. Menghantar keputusan pertandingan









PERTANDINGAN MEWARNA
(SEKOLAH RENDAH)
KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT NEGERI

TEMA: SAHSIAH CEMERLANG, KERJAYA GEMILANG
OBJEKTIF
1. Mempertingkatkan kefahaman dan pengetahuan murid-murid sekolah
mengenai kerjaya.
2. Meningkatkan potensi dan kreativiti kanak-kanak.
SYARAT PENYERTAAN
1. Terbuka kpd murid tahap satu (7 - 9 tahun)
2. Peserta hanya dibenarkan menggunakan kertas yg disediakan oleh pihak penganjur sahaja.
3. Setiap peserta hanya layak untuk satu kertas mewarna sahaja.
4. Peserta dibenarkan mengunakan pensil warna, krayon,oil pastel, marker dan alat mewarnayang lain.
5. Masa pertamdingan adalah 2 jam
6. Teknik kolaj, templet dan acuan tidak dibenarkan
7. Peserta dibenarkan melukis dan mewarma objek tambahan pada kertas mewarna yangdiberikan
8. Semua peserta hendaklah menulis maklumat diri dengan lengkap pada bahagian belakangkertas mewarna.
9. Keputusan hakim adalah muktamad
10. Hasil lukisan atau mewarna adalah milik penganjur.
KEPERLUAN PERTANDINGAN
1. Kertas mewarna (penganjur)
2. Borang penyertaan pertandingan mewarna (penganjur)
3. Peralatan mewarna (peserta)
PEMARKAHAN DAN PENGHAKIMAN
Rujuk borang pemarkahan

KAEDAH PELAKSANAAN
1. Talimat ringkas dr penganjur
2. Tempat - kelas atau dewan
3. Penyertaan secara individu










FOLIO KERJAYA
(SEKOLAH RENDAH)
KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT NEGERI

TEMA: SAHSIAH CEMERLANG, KERJAYA GEMILANG
OBJEKTIF
1. Mempertingkatkan kesedaran murid mengenai peluang-peluang kerjaya dalam
pelbagai bidang berdasarkan Inventori Minat Kerjaya Holland (R.I.A.S.E.C)
2. Memberi kemahiran untuk mengaitkan hubungan Pakej UPSR, PT3, SPM dan
kursus-kursus yang ditawarkan di institusi-institusi pengajian tinggi dengan kerjaya pilihan.
3. Menambah pengetahuan murid mengenai aliran pendidikan yang menjurus ke arah dunia
pekerjaan.
4. Menggalakkan murid meneroka alam kerjaya
5. Menarik minat murid terhadap kerjaya yang berasaskan Inventori Minat Kerjaya Holland.
SYARAT PENYERTAAN
Aspek yang dinilai :
BAHAGIAN A
1. Halaman ( i )
 Nama dan kelas murid
 Gambar murid
 Nama dan alamat sekolah.
 Nama bidang kerjaya yang dipilih (dikelaskan mengikut R.I.A.S.E.C)
2. Halaman ( ii )
 Kandungan
3. Halaman ( iii )
 Penghargaan
 Pengesahan Pentadbir
BAHAGIAN B
1. Pengenalan tentang tiga jenis kerjaya yang dipilih berdasarkan enam bidang Inventori Minat Kerjaya
Holland (kesemuanya 18 jenis kerjaya).
2. Setiap pekerjaan hendaklah disertakan dengan huraian ringkas dan sokongan gambar.
BAHAGIAN C
1. Penerangan terperinci mengenai satu kerjaya pilihan berdasarkan enam bidang Inventori MinatKerjaya Holland. (kesemuanya enam jenis kerjaya yang berasingan (yang lain) daripada kerjaya yangdipilih untuk bahagian B)
2. Tahap kelulusan dan hala tuju selepas UPSR, PT3 dan SPM untuk menceburi diri dalam kerjayapilihan tersebut.
3. Senaraikan mata pelajaran penting yang berkaitan dengan pekerjaan pilihan. 4. Latarbelakang dan persekitaran kerjaya pilihan.
5. Keperluan dari segi kemahiran, personaliti dan minat kerjaya yang berkaitan
6. Perkaitan nilai-nilai murni dalam kerjaya pilihan
BAHAGIAN D
1. Kesimpulan / Rumusan
i. Kepentingan mengetahui minat dan kecenderungan dalam bidang pemilihan kerjaya.
ii. Pandangan murid mengenai kerjaya pilihan.
iii. Perkaitan sahsiah dan amalan baik menuju ke arah kerjaya pilihan

SYARAT KHAS PENYEDIAAN FOLIO KERJAYA
1. Terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia.
2. Reka bentuk
i. Saiz A4
ii. Mesti dalam satu ‘Comb binding’
iii. Kulit luar ‘hard cover’
iv. Bahan maujud tidak dibenarkan.
v. Mesra pembaca.
3. Ciptaan
i. Hasil ciptaan sendiri atau karya asli.
ii. Hasil karya hendaklah ditaip berkomputer atau ditulis tangan sahaja pada sebelah mukasurat.
iii. Mesti ada unsur tampalan, cetakan komputer dan bahan dari internet dibenarkan.
iv. Tidak melebihi 70 muka surat. (tidak termasuk kulit hadapan dan belakang)
v. Tidak dibenarkan mengambil terus bahan kerjaya dari mana- mana rujukan. vi. Tidak meniru mana-mana bahan penerbitan.
vii. Tidak menghantar buku yang pernah dipertandingkan.
viii. Bahan fotostat sepenuhnya tidak dibenarkan.
ix. Kotak buku tidak dipertandingkan. Fungsi kotak sekadar melindungi buku dari koyak danrosak.
4. Bahasa
i. Karya yang ditulis atau berbentuk keratan akhbar/majalah lain-lain perlu dalam BahasaMelayu atau Bahasa Inggeris sahaja.
ii. Keratan akhbar / majalah dalam bahasa lain mesti diterjemahkan dalam Bahasa Melayu atauBahasa Inggeris
5. Pengesahan
i. Setiap Folio Kerjaya yang dihantar untuk dipertandingkan di peringkat Daerah / Bahagian / Zon /Negeri/ Kebangsaan mestilah disahkan oleh pengetua / guru besar / PPD / JPN Negeri
masing-masing beserta dengan cop rasmi sekolah.
6. Pengadilan
i. Satu Panel Hakim peringkat zon / negeri akan dilantik oleh JPNWPKL
ii. Keputusan panel hakim adalah muktamad.
KEPERLUAN PERTANDINGAN
PEMARKAHAN DAN PENGHAKIMAN
Rujuk borang pemarkahan
KAEDAH PELAKSANAAN






IKON KERJAYA
(SEKOLAH RENDAH)
KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT NEGERI

TEMA: SAHSIAH CEMERLANG, KERJAYA GEMILANG
OBJEKTIF
1. Membentuk keyakinan diri dan kreativiti pelajar dalam proses penyebaran
maklumat secara berkesan
2. Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperagakan, mengolah, semula
maklumat dan menyampaikan dengan menarik dan mudah difahami oleh
audien.
3. Menyedarkan pelajar tentang pentingnya maklumat dan merancang kerjaya
SYARAT PENYERTAAN
1. Terbuka kepada murid Tahap 1 sahaja (Tahun 1,2 dan 3)
2. Penyertaan adalah secara individu.
3. Peserta dikehendaki :
i. Memperagakan pakaian mengikut kerjaya yang dipilih.(PAKAIAN MESTILAH
SOPAN DAN TIDAK MENCOLOK MATA)
ii. Menyatakan sebab memilih kerjaya tersebut.
4. Masa yang diperuntukkan adalah selama 5 hingga 7 minit.
5. Peserta diminta memperkenalkan diri TANPA menyebut nama sekolah.
6. Loceng pertama akan dibunyikan pada 5 minit pertama dan loceng kedua akan dibunyikanpada minit ke-7.
7. Tiada pemberian markah selepas loceng kedua dibunyikan.
8. Peserta tidak dibenarkan mengemukakan kritikan terhadap isu sentitif yang berkaitan dengan
agama, bangsa, kebudayaan dan keperibadian seseorang.
9. Menggunakan bahasa dan tutur kata yang sopan.
10. Dibenarkan menggunakan bahan /alat bantu semasa persembahan.
11. Panel Hakim berhak menegur peserta yang tidak mengikut syarat pertandingan dan keputusan hakim adalah muktamad.






MODEL KERJAYA
(SEKOLAH RENDAH)
KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT NEGERI
2017
TEMA: SAHSIAH CEMERLANG, KERJAYA GEMILANGp
OBJEKTIF
1. Membentuk keyakinan diri dalam pengucapan awam dan kreativiti pelajar dalam prosespenyebaran maklumat secara berkesan
2. Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperagakan, mengolah semula danmenyampaikan maklumat dengan menarik dan mudah difahami oleh audien. 3. Menyedarkan pelajar tentang pentingnya maklumat dan merancang kerjaya.
SYARAT PENYERTAAN
1. Persembahan adalah secara individu. 2. Pemilihan kerjaya adalah bebas dengan memasukkan elemen RIASEK dalam persembahan.
3. Peserta dibenarkan menggunakan khidmat 2 orang pembantu murid dari tahap 2 untukmembantu mengendalikan bahan serta peralatan sebelum dan semasa persembahan.
4. Peserta digalakkan menggunakan alat bantu ketika menyampaikan maklumat sama adadengan multimedia, poster, carta, gambar dan sebagainya.
5. Kritikan terhadap isu-isu sensitif yang berkaitan dengan agama, bangsa dan kebudayaan ataukeperibadian seseorang adalah dilarang.
6. Persembahan dan alat bantu mesti dalam satu bahasa (sama ada Bahasa Melayu atau BahasaInggeris) Penggunaan bahasa dan tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang.
KEPERLUAN PERTANDINGAN
1. LCD projector 1
2. Skrin 1
3. Laptop 1
4. Meja murid 4
5. Meja banquet 1
6. Kerusi 6
7. Mikrofon tanpa wayar 2
8. PA system
9. Loceng
10. Jam randik/stopwatch
11. 3 orang hakim
PEMARKAHAN DAN PENGHAKIMAN
Rujuk borang pemarkahan
KAEDAH PELAKSANAAN
1. Pihak penganjur hanya menyediakan projector LCD dan skrin.
2. Peserta dikehendaki berada di tempat pertandingan 30 minit sebelum pertandingan bermulauntuk mencuba peralatan multimedia (jika ada)
3. Peserta diberi masa 4 minit untuk membuat persediaan. Kemudin, loceng akan dibunyikanuntuk memulakan persembahan. Masa untuk penyampaikan tajuk masing-masing ialah 10
minit sahaja.
4. Loceng akan dibunyikan sekali, dua minit sebelum tamat dan dua kali apabila masa tamat. Selepas loceng kedua dibunyikan, tiada lagi sebarang pemberian markah.
5. Panel hakim berhak menegur peserta yang melanggar peraturan-peraturan di atas.
6. Keputusan hakim adalah muktamad.




 

Telegram Channel