14 July 2018

Sambutan RIMUP Hari Raya Aidilfitri 2018





Rimup Raya Aidilfitri dijalankan hari ini tersasar sikit dari bulan Syawal. Di sekolah saya yang berbilang kaum ini, integrasi murid untuk perpaduan sangat diharapkan kerana nisbah kaum Melayu dan Cina yg hampir sama dan peratus India yg kecil. Sambutan Hari Raya setiap tahun dikendalikan oleh badan beruniform. Setiap badan beruniform menghidangjan juadah berdasarkan menu yg diundi oleh guru penasihat masing masing. Memandangkan program sambutan perayaan di bawah UBK maka saya akan berganding bahu dgn Setiausaha Kokurikulum di bawah Penolong Kanan Kokurikulum.  Tahun ini dengan pakej Hari Pelaporan Akademik maka kami mengecilkan bilangan saiz AJK. Huhu maka berpeluh peluhla saya dan Hufaidah jadi runner sana sini.
Seawal pukul 10.00 pagi pelancaran program dijalankan dan alhamdulillah di mata penonton dan pelawat semuanya berjalan lancar ☺.

-Ucapan pengetua
-Ucapan YDP PIBG
-Gimik pelancaran
-Penghakiman stesen makanan badan beruniform utk kategori cantik dan layanan mesra
- Jamuan makan
-Tayangan multimedia Raya
- Persembahan
-Game show
- Penyampaian hadiah

Terima kasih kepada semua AJK yang terlibat dan terima kasih kepada PRS yang sudi membantu cikgu dari jurukamera, multimedianya, juruacaranya, persiapan dewan dan tempat jamuan makan dengan bertema Sambutan Hari Raya.
Orait saya nak merasa tidur lena dengan kekenyangan dan kepenatan fizikal :)

Semoga dirahmatiNya.

Kuey teow goreng kerang
Sedapnya open house Ariana













Keputusan pertandingan
Khemah badan beruniform paling ceria:
1) Kadet Polis
2) Pandu Puteri
3) Silat


Khemah Kadet Polis





Khemah badan beruniform layanan paling mesra
1) Kadet Polis
2) Pandu Puteri
3) Puteri Islam


























































 

Telegram Channel