27 August 2018

Bengkel Kerja Makmal PPPM: #110 Pembangunan Nilai Dan Sahsiah Murid




Mendapat dua surat untuk menghadiri dua program iaitu Makmal #110 Nilai Dan Sahsiah Murid yg merupakan siri ke 2 bermula 28 hingga 30 Ogos 2018 di PADU Puterajaya dan surat ke PLGDP Bandar Tenggara Johor selaku Fasilitator Program Kompetensi Guru Bimbingan Dan Kaunseling DG 44 dan DG 48 Peringkat Johor juga pada tarikh yg sama 28 hingga 30 Ogos 2018. 

Maka dengan ini, saya membuat ketetapan 2 hari di Puterajaya memandangkan hanya saya wakil guru kaunseling tunggal sejak siri 1. Bengkel yg sangat ilmiah dan sarat dgn perbincangan profesionalisme yang merangkumi percambahan idea dari pelbagai latar belakang peserta makmal. 
Makmal ini diadakan bagi merangka pelan strategik bagi pembentukan dan nilai sahsiah murid yg keperibadian yg tinggi. 


  Kumpulan saya yg terdiri dari pegawai AADK, KPM Unit PPDa, PADU, pensyarah universiti USM dan EPRD.  Kami diberi tugasan mengenai isu kerajaaan dari aspek polisi, SOP dalam menangani nilai dan sahsiah murid. 

Terdapat kumpulan lagi yg terdiri dari kumpulan yg membincangkan mengenai media sosial dalam membentuk nilai dan sahsiah murid oleh pegawai Bhgn Psikologi Kaunseling, Bhgn Kokurikulum, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, NGO Tsu Chi dan pegawai Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. 

Kumpulan ketiga membincangkan mengenai isu sekolah dalam membentuk nilai dan sahsiah yg terdiri dari guru sekolah, pegawai Jabatan Belia dan Sukan, pensyarah UPM, PADU, 

Kumpulan 4 berbincang dalam konteks peranan keluarga dan komuiti dalam membentuk nilai dan sahsiah murid. Ahli kumpulan terdiri dari pegawai Jabatan Belia dan Sukan, PADU, NGO

Hasil perbincangan akan dibentang dihadapan rakan rakan peserta dari kumpulan lain juga. Satu sesi brain storming antara pakar pakar dan pegawai yg ada dapat meningkatkan pengetahuan mengenai pembentukan nilai dan sahsiah terhadap murid melalui skop yg berbeza. 

Maka hari ini saya mengetahui mengenai kepelbagaian skop dan isu utama dalam pembentukan nilai dan sahsiah murid dibawah inisiatif #110. 


Anekdot Bertema
Kembara Kehidupan













 

Telegram Channel