Total Pageviews

2 August 2018

Kursus PRS Bongsu Sekolah Rendah PPW Pudu






Sudah lama mendapat pinangan dari Zon Pudu Rendah untuk mengendalikan Kursus PRS Tahap Bongsu peringkat sekolah rendah. Rasanya berbulan sehingga direalisasikan hari ini. Saya membawa bersama 14 ahli PRS Bestari bagi membantu melancarkan perjalanan program.
Menggunakan buku log PRS Tahap Bongsu yg saya gubah sendiri untuk memudahkan murid dan guru menilai tahap markah penskoran sepanjang mereka mengikuti tahap bongsu di sekolah rendah.
Seramai 102 murid terlibat dari 54 buah sekolah rendah seluruh Zon Pudu rendah.
Jika bukan kerana Hashifa Amani iaitu guru kaunseling yg pernah menjalani praktikal kaunseling peringkat Master ini di sekolah saya , yang rajin bertanya bila free ..bila free nak book untuk menjalankan kursus PRS dan sanggup konsisten berbulan mengikuti jadual saya untuk realisasikan program ini, saya rasa mungkin saya tidak sampai ke sini.
Ya..salah satu faktor saya menerima juga akhirnya pinangan Hashifa mantan pengerusi Zon Pudu rendah ini kerana kesungguhannya dari tahun lepas lagi.
Di Zon Pudu, PRS SMK Cheras dikenali dgn barisan PRS Bestari yg dapat mengendalikan modul PRS kerana mereka dibimbing seawal dari tahap muda dan sulung menjalankan modul.  Latihan modul pula dipraktikan dengan LDK kecil perjumpaan dan potensi PRS yg dapat mengendalikan LDK atau kelompok besar diperhatikan sewaktu latihan modul perjumpaan PRS.
Mengendalikan PRS bongsu dengan sejumlah peserta yg agak besar dari SJKC menyebabkan cabaran pertama PRS Bestari kerana peserta ini tidak fasih dan tidak faham Berbahasa Melayu. Mujur PRS saya ada yang boleh Berbahasa Cina.

Kami mengendalikan 5 aktiviti modul dalam 5 stesen besar dan murid diberikan tugasan berkaitan modul komunikasi, halangan komunikasi, perkongsianku, perkembangan awal kanak kanak
Terima kasih kepada PRS Bestari kerana sudi membantu. Ini merupakan projek terakhir mereka kerana percubaan SPM akhir Ogos. Semoga berjaya dalam SPM.


Tanda keikhlasan
Sebuah kemaafan 
Semoga keampunan
Mengusir penyesalan







































































No comments: