Hujan lebat sebelum Subuh lagi menyebabkan saya bergegas menyiapkan diri untuk ke sekolah. Kuala Lumpur sangat sinonim dengan kesesakan lalu lintas apabila hujan turun. Jika perjalanan ke sekolah mengambil masa 35 minit tetapi jika hujan akan menjadi sejam lebih. Tidak pasti apa yang menyebabkan jika hujan sahaja kesesakan, jika hujan lebat sahaja maka kesesakan teruk. Aliran air hujan sangat berkadar langsung dengan aliran kesesakan jalan raya.
Yang melelahkan fizikal saya apabila saya perlu ke tempat lain di luar daerah sekolah saya yang bermakna pemanduan akan menjadi lebih panjang mungkin hingga dua jam..uhuk..uhuk. Lebih rela punch in di sekolah dulu membetulkan urat dan apabila peak hour berlalu, barulah saya memandu ke JPWPKL Jalan Duta untuk penjurian buku dokumentasi amalan terbaik kaunseling. Mujurlah penjurian dalam keadaan santai dan pemarkahan dijalankan bermula pukul 10 pagi hingga 2.30 petang.
Seperti saban tahun, buku dokumentasi yang dihasilkan memang berkualiti tinggi dengan kos yang bukan sedikit. Namun pemarkahan buku dokumentasi ini sangat ciput sekali hanya 5 markah mengikut format tahun ini. Maka jika ada kesilapan teknikal di mana -mana atau kesalahan ejaan tidak pasti nak tolak 0.2 markah kah, aduhai maka hasilnya majoriti buku dokumentasi mendapat markah 5 .
Tahun ini juga tidak ada anugerah untuk buku dokumnetasi terbaik tetapi digantikan dalam bentuk dokumentasi bergambar melalui video berdurasi 3 minit yang perlu diupload dalam youtube. Anugerah baru iaitu video amalan terbaik kaunseling popular diwujudkan. Maka bersedialah semua sekolah yang mewakili negeri masing - masing untuk menyediakan video tersebut dan menviralkannya di pelusuk dunia untuk mendapat like terbanyak.
Saya kongsikan surat KPM di sini bagi yang tidak tahu langsung mengenai format amalan terbaik yang terbaru bagi 2018.
Sila klik link berikut
Countdown UPSR and PT3
Skema pemarkahan