12 December 2019

Day 5: Trip Backpackers To Beitou - National Museum Palace Taiwan



Morning Taipei! Hari ini berjalan berdua dengan adik saya. Selepas menikmati proper breakfast hari ni susu with careal, roti dan jem maka kami berjalan kaki melalui Peace Park ke NU Hosp Station MRT. dgn NT 35 Hari ini ke Xinbeitou. Di Beitou station kena tukar keretapi line pink pula ke Xinbeitou Station. MRT yg cantik dan ceria siap ada moskot dalam tu.

Sampai di Xin beitou dah suasana menggamit pelancong dgn papan papan tanda yang mesra pelancong untuk checkpoint tempat tempat penting dan menarik di sini. Bentuk stesen yang unik juga dapat menjadi salah satu titik untuk berfoto yang menarik.
Di sebelah Stasiun MRT Xin Beitou, ada kereta api  yang menjadi ikon Xin Beitou sambil penceritaan sejarah mengenai stesen keretapi di situ.

Angin sejuk bertiup dan saya kesejukan menyusuri jalan ini. Kami berhenti di Thermal Bath Museum yang mempunyai sejarah bagaimana terbentuknya kawasan air panas Beitou di bawah jajahan Jepun sewaktu kegemilangannya dan merupakan ala ala pusat taman tema yang terkenal dan menarik pelancong ke situ sehinggalah zaman kemuramannya dan terbengkalai pada tahun selepas era jepun dan kini mula dipromosikan semula untuk menarik minat   . Perlu membuka kasut untuk memasuki Muzium ini dan rekabentuknya seperti pengaruh rumah Jepun.  Dahulunya rumah ini  adalah tempat permandian air panas awam yang dibuat pada masa Jepun memerintah. Untuk memperkenalkan kolam permandian air panas kepada warga Taiwan, kolam ini pun dibuka untuk umum. Namun sekarang tidak digunakan lagi sehingga dijadikan muzium. 


Untuk berendam air panas boleh dilakukan di sebelahnya. Yang paling murah  40 NT untuk 2 jam dan harus menggunakan pakaian renang. Orait kami tidak bercadang untuk masuk pun ke kolam air panas awam tersebut.










Tidak jauh dari Muzium Beitou kami berjalan kaki dan tiba di Beitou Thermal Valley yang berukuran 3500 meter persegi. Ia menarik bangsa Jepun sewaktu perang dunia kedua dan menduduki wilayah ini. Sumber air panas dijadikan kolam mandi, rendaman air panas. Kolam seluas tidak kurang dari 500 meter persegi dengan suhu tidak kurang dari 90 darjah Celcius.  Bau belerang dari wap air panas tersebut akan menggangu sedikit hihihi. Kaya dengan green sulfur yang terbentuk dari aktiviti gas gunung berapi.






















Katagalan Culture Center mempamerkan masyarakat asli Taiwan dengan tayangan multimedia, kajian, Kepelbagaian pameran untuk menunjukkan keunikan masyarakat asli di Taiwan dari sejarah penduduk, penghijrahan, dan budaya mereka. 





Orait selesai di sini kami ke National Palace Museum

Dari stesen ke Shilin dgn NT25 untuk menaiki bas yang lebih berhampiran ke National Palace Muzium. Turun je dan exit pintu 1, kami jalan lurus 2 minit dan belok ke kanan sudah ada tempat menunggu bas. Macam macam nombor bas yg disenaraikan ke National Palace Museum dan kami menaiki bas bernombor 815 dgn bayaran NT 15. Naik bas lah pula hihi. Stesen bas ini ada papan tanda elektronik yang memaklumkan pergerakan masa bas. Sangat mudah! Tak faham bahasa Cina tiada masalah, baca dan hadamkan laluan bas untuk mengenalpasti tempat untuk turun naik.






Akhirnya 15 minit kami tiba di Museum Palace yang besar. Tiket berharga NT350 untuk seorang. Besar Museum Palace ini dan mempunyai 3 tingkat untuk dijelajah. 

Salah sebuah muzium terbaik di dunia terletak di kaki gunung di utara Taipei. Menyerupai istana klasik Cina yang sergam megah dan menyimpan khazanah harta China yang terbesar. Hampir 700,000 buah artifak diraja yang tidak ternilai disimpan di sini berusia lebih seribu tahun. Pengaruh Muslim di sepanjang sejarah China cukup terbukti. Lawatan tetap diadakan oleh pemandu pelancong terlatih dalam pelbagai bahasa dan panduan-panduan audio turut tersedia. Terdapat juga bilik minum teh dan restoran-restoran di sini sambil menjamu hidangan klasik China dan Taiwan serta menikmati pemandangan yang mempersonakan.

Paling saya teruja part seni lukis, bagaimana bangsa mereka mengagungkan seni halus. Manuskrip lama lukisan yang antik yang masih utuh terpelihara dgn warna dan lukisan yang masih elok menunjukkan pemuliharaan di tahap maksimum. 

Saya ambil masa 2 jam juga untuk meninjau setiap bilik pada muzium ini. 
Oh ya dalan muzium ini ada surau. Tandas dan tempat mengambil wuduk juga disediakan dan berkongsi dengan lelaki. 




























Dari National Musuem Palace, kami hanya perlu menunggu betul betul di luar pintu muzium untuk menaiki bas. Dengan NT 15, kami menaiki bas R30 untuk menuju ke MRT Shinlin. Tempat menunggu bas di Taiwan sangat infomatif memberikan maklumat msngenai nombor bas dan masa bas akan tiba di laluan kami menunggu bas macam papan elektronik MRT. Sangat efektif !!!
Oleh kerana kami menaiki MRT line merah maka lebih baik naik bas R30. Jika anda ingin menaiki MRT line brown anda boleh menaiki bas lain.....
ò

Next destinasi adalah di Daan Park. Dari stesen Shimlin ke Daan Park adalah NT30. Tetapi jika guna easy kad memang diskaun banyak tidak sama dgn nilai duit cash yang dibayar di kaunter. 
Daan Park sangat nyaman untuk duduk duduk bersamtai dan berbual, berjogging malahan boleh menyewa basikal. Tetapi...bila travel dgn adik saya no no.no basikal kerana dia tidak pandai naik basikal. Maka berjalan kaki aktiviti riadah kami huhuhu. Kami ke Daan Park ini untuk ke Masjid Taipei dan misi mencari nasi hihi




Di Daan Park ini terletaknya Masjid Taiwan yang tertua. Kami solat Maghrib di sini dan pukul 5.15 peang berkumandang azan Maghrib. Selesai solat di sini, kami menikmati makan malam pada pukul 6 petang di Royal Cafe And Restaurent makanan Indonesia di 1F, No 72, Sec 2, Xinsheng S Road, Da'an District, Taipei. Kenyang betul dan siap bungkus lagi untuk makan kat hostel hihi.

Sejuk betul masa berjalan kaki balik ke MRT yang jauhnya 15 minit juga perjalanan. Walkathon saja kat sini.



Dear self
Enjoy this journey
Sibling time is precious
Alhamdulillah


 

Telegram Channel