21 October 2018

Jamuan Hi- Tea Akhir Tahun Kelab Guru SMK Cheras 2018





Majlis hi- tea diadakan semalam di Hotel Seri Pasific Kuala Lumpur dengan tema sweet and elegent. Saya rasa buatlah tema apa sahaja untuk Hari Guru ke, Jamuan Akhir Tahun ke malahan apa sahaja majlis bertema,  saya tidak pernah memenangi apa apa anugerah untuk pakaian sepanjang perkhidmatan saya. Rasanya tercalon pun tidak pernah huhuhu. Citarasa saya dalam pakaian memang tidak begitu baik :)
Namun kekerapan saya menerima anugerah di Majlis Jamuan Akhir tahun ada sahaja anugerah yg diberikan kepada saya. Paling biasa Anugerah Kehadiran Penuh Bekerja dan tahun ini saya anggap mungkin sijil itu sahaja yg akan saya terima memandangkan tahun ini saya hadir penuh juga tetapi tidak menyertai pertandingan untuk guru- guru peringkat luar.
Namun apabila nama dipanggil untuk Anugerah Khas Amalan Terbaik, saya agak terkejut. Saya bertanya kepada Penolong Kanan Tadbir Dan Kurikulum..dan jawapan yang ringkas tetapi menyenangkan hati saya mendengarnya.
'Awak banyak buat sumbangan kajian tindakan dan amalan terbaik untuk sekolah'.
Terima kasih kepada para pentadbir. Hadiah hari jadi saya nampaknya tahun ini berupa sijil sijil kecemerlangan bersama hadiah iringan. :)
Hari yang menceriakan hari saya dengan gelak ketawa bersama rakan rakan dan makanan yg sangat mengenyangkan.
Majlis terakhir bersama pengetua Pn Kamariah Bt Abu yang akan bersara wajib 2 Nov 2018.
Terima kasih buat semua yg hadir Pn Maznah mantan PK Kokurikulum dari bilik sebelah kaunseling yang saya rindui, Pn Zalilah yang cuti sakit kritikal juga hadir dibantu oleh rakan rakan menyorong kerusi rodanya dan Pn Roszita Md Toff setiausaha kurikulum yang berpindah ke SMK Yaakob Latiff kerana dinaikkan pangkat sebagai guru kanan.
Semoga hari ini terpahat dalam memori 2018.

Thanks for all the wishes
Yeah 42 

































 

Telegram Channel