27 October 2018

Slaid Taklimat UPU Online sesi 2019



Taklimat di UPNM oleh pihak UPU untuk guru kaunseling memberikan panduan kepada pemohon. 




Perbezaan yang ketara untuk UPU dahulu dan 2018 iaitu

1) Wajib mengisi 5 pilihan sahaja dan tidak perlu kurang walau anda tidak berminat untuk kursus lain selain 3 pilihan sahaja  tetapi perlu memilih juga untuk 5 tempat yang cukup syarat. 
2) Rayuan 5 hari bekerja 
3) Rayuan ke politeknik dan ILKA boleh terus ke tempat tersebut dan tidak melalui rayuan UPU
4) Hanya isi pilihan program yg layak dan ikut kategori samaada aliran sains atau sebaliknya.
5) Pemohon ditawarkan mengikut pilihan dan bukannya diberikan tawaran yg tiada dalam pilihan. Bagus juga begini kerana jika ditswarkan kursus yang bukan pilihan motivasi untuk mendaftar dan kurang berminat dan bersemangat untuk mengikuti pengajian. 
6) tiada had kemaskini membolehkan edit pilihan banyak kali setelah berfikir yg muktamad sehingga tarikh akhir berbanding kemaskini 3 kali dan fikiran masih lagi berubah ubah terutama bagi yang tidak cukup syarat ke kursus pilihannya dan mulalah klik pilihan klik pilihan ikut ibu bapa, kemudian ubah ikut pilihan kawan kawan dan kemudian ubah lagi ikut cadangan pakcik makcik dan kemudian ubah lagi lepas bimbingan dengan guru.  Perkara ini yang menyebabkan kemaskini perlu tanpa had kerana 3 kali kemaskini pun masih lagi berbolak balik hingga tarikh akhir pengisian UPU. 

7) Rayuan yang ada kekosongan dan yang penting layak sahaja bukannya memohon rayuan ke kursus yang masih lagi diminati oleh pemohon tetapi syaratnya jelas tidak cukup syarat dan kelayakan. 

Orait murid pilih program yang bersesuaian dengan anda dan cukup syarat kelayakan.


Sila klik link ini untuk mendapatkan slaid penuh yg disediakan oleh UPU dan ditaklimatkan hari ini di UPNM. 


Happy Graduation day Nana
Welcome secondary school 2019












1 comments

Salam sejahtera cikgu. Saya Sabrina pelajar SPM 2019. Saya menghadapi masalah dalam memilih course yang ditawarkan dalam UPU Online. Cikgu, saya bercita - cita untuk menjadi seorang juruterbang. Oleh yang demikian, saya ingin memohon apa-apa bidang yang berkaitan dengan penerbangan akan tetapi bidang-bidang tersebut tiada ditawarkan dalam senarai tersebut. Saya ingin meminta bantuan daripada cikgu, apakah yang perlu saya mohon dalam UPU Online ini? Sekian, terima kasih.

 

Telegram Channel