1 November 2018

Majlis Persaraan Pengetua SMK Cheras 2018




November yang suram.
Permulaan November yang menyentuh hati dengan persaraan pengetua Pn Kamariah Bt Abu. Di bawah pimpinannya, UBK melonjak kegemilangan dan kecemerlangan dengan sokongan padu terhadap aktiviti yang ingin kami jalankan. Pengetua yang tahu arah tuju untuk membawa kami dan di bawah pimpinannya saya berani melakukan transformasi diri melonjakkan potensi diri saya terhadap profesion kerjaya perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
Dia seumpama ibu dan sangat suka tersenyum. Kami pasti merinduinya.
Projek terakhir kami dengan puan pengetua ialah sambutan bulan kaunseling dengan perasmian bilik kaunseling yang sangat kondusif hasil sokongan beliau.
Hari ini majlis persaraan puan pengetua peringkat sekolah. Kami mengadakan majlis persaraan untuk disaksikan murid murid. Walaupun beliau bersara rasmi pada minggu hadapan tetapi dengan cuti perayaan Deepavali dan persiapan murid menghadapi SPM , maka kami awalkan tarikhnya.
Dengan memakai kain songket pemberian puan pengetua buat kami bertiga, kami cuba mengabadikan memori yang indah untuk dikenang. 


Potluck pagi dan petang dan perut saya sangat full huhuhu. Petang menyiapkan tagging meja untuk tetamu jemputan ke majkis persaraan dan melihat Kak Raudzah menghias beca..sangat tradisional sekali. 

Thanks Wati 
For your support





































 

Telegram Channel