Total Pageviews

31 October 2018

Majlis Penutup Sambutan Bulan Kaunseling SMK Cheras 2018







Oktober melabuhkan tirai dan berakhirlah bulan kaunseling tahun 2018. Pelbagai program dirangka pada bulan Oktober dan hari ini merupakan majlis penutup.
Momen untuk dikenang oleh kami bersama puan pengetua yang akan bersara esok.
Terima kasih di atas kehadiran KPP Unit HEM Sektor Pembangunan Kemanusiaan Puan Syarifah Fathiah di atas budi bicara untuk hadir ke majlis penutup kami dan seterusnya melawat bilik kaunseling kami yang baru melalui proses ubahsuai. Terima kasih juga kepada penolong pengarah kaunseling JPWPKL En Rofii Bin Hussin yg sudi hadir juga.
Tersentuh hati dengan ucapan pengetua yang sangat memuji kami dalam komitmen kami dalam melaksanakan tugas sebagai guru kaunseling. Ya..kami juga bangga dengan pengetua kami Puan Kamariah Bt Abu yang sentiasa bertenaga dan komited menyokong kami.
Kami juga rasa begitu dihargai apabila puan KPP menyebut mengenai penghargaan JPWPKL terhadap kecemerlangan UBK SMK Cheras di peringkat kebangsaan. Ya..benar sekali kata - kata puan KPP bahawa komitmen dan sokongan pengetua merupakan antara  faktor penting yang memandu kecemerlangan kami.
Aktiviti kami di majlis penutup ini ialah
-penyerahan sijil PRS Tahap Bestari dan Sulung kepada murid PRS Ting 5.
-penyampaian hadiah kepada murid pertandingan kuiz UBK VLE Frog.
- penyampaian hadiah kepada murid pertandingan mencipta slogan UBK
- penyampaian hadiah kepada murid pertandingan mencipta logo UBK


Tetamu dan pentadbir dipelawa ke bilik kaunseling untuk menyaksikan multimedia program kaunseling sepanjang Oktober dan jamuan ringan.

Simboliknya ke bilik kaunseling kami untuk melawat bilik kaunseling yg telah diubahsuai. 
Terima kasih kepada semua penaja dan sumbangan wakaf.

TEKS MC – Penutup Bulan Kauseling

Permulaan Program

7.35 pg
Bacaan doa

Bismillahirahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Sayang selasih berisi minyak
Bunga cengkih di atas jerami
Terima kasih banyak-banyak
Sudi datang ke majlis kami

-Yang Dihormati Puan Sharifah Fathiah binti Syed Abdullah Al-Kharid,Ketua Penolong Pengarah Unit Hal Ehwal Murid Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
-Yang Berusaha,Encik Rofii bin Husein,Penolong Pengarah Kaunseling Unit Hal Ehwal Murid Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
 -Yang Berusaha,Puan Hajah Kamariah binti Abu,Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras.


Guru-guru kanan,guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.



Bersyukur ke hadrat ilahi, kerana pada pagi yang mulia ini, kita dapat bersama-sama berkumpul bagi menjayakan majlis Penutup Sambutan Bulan Kaunseling SMK Cheras 2018.
M


Hadirin yang dimuliakan,/
Bagi memberkati/ majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini/, marilah sama-sama kita menadah tangan/mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh/En.Mohd Nasrun bin Ahmad./Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin amin ya Rabbal alamin/
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan/ dan terima kasih kepada En.Mohd Nasrun bin Ahmad/ atas bacaan doa sebentar tadi.

F
8.00 pg
Ucapan alu-aluan Pn.Kamariah binti Abu
Dayung sampan dulu-duluan
Singgah berlabuh di tanjung jati
Ucapan tuan sebagai alu-aluan
Marilah kita sama-sama amati

Majlis dengan sukacitanya menjemput,Puan Hajah Kamariah binti Abu, Pengetua SMK Cheras untuk menyampaikan ucapan aluan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Hajah Kamariah binti Abu atas ucapan sebentar tadi
M
8.15 pg
Ucapan Ketua Penolong Pengarah
Seterusnya,/ Majlis dengan sukacitanya menjemput /Puan Sharifah Fathiah binti Syed Abdullah Al-Kharid,/ Ketua Penolong Pengarah Unit Hal Ehwal Murid Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/ untuk menyampaikan ucapan.

Majlis merakamkan /jutaan terima kasih kepada Puan Sharifah Fatihah binti Syed Abdullah Al-Kharid atas ucapan sebentar tadi.
F


8.30 pg


Penyampaian sijil

Dijemput Puan Sharifah Fatihah binti  Syed Abdullah Al-Kharid dengan diiringi oleh Puan Hajah Kamariah binti Abu untuk menyampaikan sijil kepada semua ahli Pembimbing Rakan Sebaya tingkatan 5.(senarai nama dalam lampiran kertas)

Mendahului senarai dijemput Pengerusi PRS Sesi 2017/2018


M






Dijemput pemenang kuiz UBK VLE Frog untuk menerima hadiah di atas pentas.
Tempat Ketiga :
Tempat Kedua:
Johan:

F



Dijemput pemenang mencipta slogan Unit Bimbingan Dan Kaunseling  untuk menerima hadiah di atas pentas.
Tempat Ketiga:
Tempat Kedua:
Johan:




Dijemput pemenang mencipta logo Unit Bimbingan Dan Kaunseling untuk menerima hadiah di atas pentas.
Tempat Ketiga:
Tempat Kedua:
Johan:
M




Berakhir majlis penutup Sambutan Bulan Kaunseling SMK Cheras 2018.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Sharifah Fatihah binti Syed Abdullah Al-Kharid di atas penyampaian hadiah kepada para pemenang.

F



Dijemput Puan Sharifah binti Syed Abdullah Al-Kharid diiringi oleh pengetua penolong kanan untuk lawatan ke bilik kaunseling SMK Cheras



Berakhir majlis sambutan bulan kaunseling SMK Cheras, murid –murid bergerak ke kelas dengan arahan pengawas.
M



Thanks KPP
For your wish :)















































No comments: