17 November 2018

Movie Comes Alive: Majlis Akhir Tahun 6 Lestari /2018 SK Saujana Impian 2 Kelolaan Ibu Bapa


Satu program direalisasikan hasil kerja 11 orang AJK Ibu Bapa untuk Majlis Akhir Tahun  6 Lestari batch 2018 SK Saujana Impuan 2. Majlis akhir tahun yang merupakan majlis perpisahan sebagai momento untuk disimpan sebagai kenangan. Bertempat di dewan Golf Saujana Impian majlis ini dipersetujui untuk diadakan pada waktu malam dengan menu western bertemakan Movie Come Alive. 

Bagi saya kolaborasi mantap antara ibu bapa melalui mesyuarat online dalam kumpulan AJK whatsapp sahaja dan mesyuarat 3 kali di restoren Paparich sahaja membuahkan hasil yang meriah.  Bermula dengan pengumuman oleh Pengerusi Ibu Bapa 6 Lestari untuk bertanyakan sukarelawan AJK Ibu Bapa untuk menjayakan Majlis Perpisahan Kelas, saya menawarkan diri membantu dan terbentuklah satu kumpulan whatsapp AJK seramai 11 orang memulakan tugas. 


Bagi saya kolaborasi ini menjadi, team ini berjaya mencari penaja untuk menampung jamuan guru guru subjek yang berkhidmat di kelas ini dan kami juga menjemput barisan pentadbiran dari puan pengetua, semua penolong kanan untuk bersama sama memeriahkan suasana. Jemputan ikhlas untuk jemputan guru guru yang mendidik anak anak kami. 

Bagi ibu bapa yang tidak dapat menjadi AJK, sokongan dari segi tajaan kewangan membantu merealisasikan majlis perpisahan bertema Movie Come Alive ini. Memang menyeronokkan!! 

Dari hiasan banner, dekorasi pentas, dekorasi meja, kek, photo booth segalanya bertepatan dengan tema. Memang terbaik! Saya tidak mengenali dengan lebih dekat AJK ini tetapi tonggak utama  Rosa yg merupakan Pengerusi Ibu Bapa kelas 6 Lestari yang menyediakan doorgift untuk guru -guru yang hadir dan AJK juga dapat doorgift! Bintang dan nama -nama murid dan guru yang bergemerlapan juga disediakan oleh Rosa dengan menampal di belon-belon, Doorgift untuk murid -murid juga disediakan berupa barangan tupperware.  Afifah yg juga selaku AJK PIBG merangkap pengurus photobook anak anak 6 Lestari untuk kenangan seumur hidup yang dilengkapkan dengan gambar, alamat masing- masing. Gigih pula menyediakan kad jemputan dan tiket jemputan untuk murid yang mempunyai nombor cabutan bertuah. 

 Suriati yg merupakan pengurus pentadbiran yang cuba memastikan semua senarai semak dan agihan kerja berjalan lancar . Persiapan belon-belon heliumnya yang memeriahkan pentas. Dengan setiap belon mempunyai nama murid dan guru yang mengajar memang cantik. Oh set selempang untuk best dress perempuan dan lelaki juga ditempah. Kreatif betul Rosa dan Suriati dengan set table centrepiece yang berupa bintang -bintang dan set piring pita rakaman yg dibuat sendiri..huhu tak terjangkau bakat saya untuk buat macam tu.

Disokong dengan penuh komited Farah yang set up photobooth bertema dan siap dengan prop-prop laminated dengan bantuan Zulia.  Lily pula dengan tempahan kek yang sangat kreatif dan cantik hingga tidak sampai hati nak makan kek yang cantik hihi., dan tempahan hamper yang comel dan cantik untuk cabutan bertuah. Disokong dengan penuh komited AJK lain seperti Farah,Julia, Zulia, Sha  yang set up photobooth bertema, trofi-trofi  dan membantu bahagian hadiah sewaktu pertukaran hadiah murid dan bahkan multimedia juga. Saya hanya membantu dalam menguruskan peralatan yang diperlukan sahaja.

Setiap murid diminta memakai baju bertema dan kehadiran murid 100% dari 6 Lestari ini hadir! Wow macam macam gaya movie come alive digayakan. Memang komited murid ini menjayakan majlis siap dengan kepelbagaian prop yang sesuai dengan pakaian mereka. Suka betul saya mengambil gambar mereka dengan kepelbagaian set pakaian. Gambar juga diambil dari ihsan ibu bapa lain. Begitu juga saya melihat komitmen ibu bapa yang tidak dapat menjadi AJK tetapi memberi sokongan untuk memenuhi tema bagi anak-anak. Tajaan kewangan juga diperolehi dari ibu bapa yang menyumbang dalam bentuk kewangan walau tidak dapat menjadi bertugas selaku AJK. Disokong penuh oleh guru kelasnya yang cukup sporting memakai gaun ala ala cerita Inggeris iaitu Cikgu Kalsum. 



Semoga persahabatan ibu bapa dan anak-anak ini berpanjangan dan dirahmatiNya. Berada berasama-sama dalam majlis ini membuatkan saya mengenali lebih dekat kawan-kawan baiknya dan dikesempatan ini saya juga dapat mengenali ibu-ibu kawan baiknya. Alhamdulillah atas kesempatan ini.

My little Red Riding Hood..









Terima kasih Guru Besar yang sudi hadir


Team AJK Ibu Bapa. Bersama guru kelas 6 Lestari. AJK sahaja yang tidak memakai
pakaian bertema untuk membezakan AJK dengan yang diraikan huhuu


One happy family


Best dress perempuan

Best dress lelaki

Pertukaran hadiah







































Juruacara yang comel



Cantik dan meriah keknya

Jom makan








Finalise terbaik baju yang mengikut tema


Queen Of The Day: Rusydina





















Hiasan pentas yang cantik


 

Telegram Channel