Total Pageviews

1 December 2018

Top 6 Amalan Terbaik Kaunseling Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2018: Abstrak, Video Dan Pameran



Sebulan lebih berlalu dan follower blog saya bertanya kenapa saya tidak update mengenai top 6 amalan terbaik kaunseling atau disiplin seperti empat  tahun berturut saya lakukan, sebab walaupun sudah viral di telegram dan whatsapp tetapi masing -masing tidak tahu apakah projek yang dibuat oleh naib johan hingga keenam kerana hanya nama sekolah sahaja yang diketahui. Tahun ini setiap peserta yang mewakili negeri perlu upload video masing -masing, maka dengan setting public untuk mendapatkan banyak like sudah tentu saya percaya guru kaunseling boleh search sendiri video video ini untuk mendapatkan gambaran.Namun jika kita tidak tahu nama projek yang dilakukan , pencarian menjadi melecehkan.  Sebenarnya tahun ini saya tidak menyertai pertandingan amalan terbaik kerana direhatkan setelah tiga tahun berturut-turut mewakili WPKL dan sentiasa mendapat top 6 dari 2015 hingga 2017.  Tapi dah berehat ini macam best pula boleh sambunglah berehat lagi tahun hadapan huhuhuhu. Saya tidak kesempatan untuk mengikuti program ini di Terengganu tahun ini, oleh itu saya tidak dapat update sinopsis atau pameran mana yang mendapat anugerah emas kerana sudah tentu tidak dapat mencatit. Gambar -gambar dan sinopsis ini pun adalah ihsan dari peserta dan pelawat dari WPKL  yang menyebabkan selepas sebulan baru saya dapat update. Orait nama -nama sekolah ini kita boleh save untuk lawatan penandaaras tahun 2019. 


Johan 

My Future Map
Lenny Shaanaz Binti Md. Yusoff

Guru Bimbingan dan Kaunseling, SMK Ketengah Jaya, Dungun Terengganu

lennyshaanaz13@gmail.com



Video projek Klik di sini :  Video Youtube My Future Map
Video mendapat anugerah emas untuk kategori sebaran tular video


My Future Map ialah Prool Hala Tuju Kerjaya Murid yang mengandungi Data Psikometrik dan Intervensi
Pendidikan Kerjaya. Berfungsi sebagai sumber maklumat kepada ibu-bapa dalam memahami kebolehan
anak-anak dan guru-guru untuk membangunkan potensi dan bakat murid. Merupakan satu kaedah
penyelesaian kepada murid yang kurang pengetahuan tentang hala tuju dan pendidikan kerjaya. GBK dan
Guru Akademik sebagai pelaksana sewaktu kelas ganti. Objektif program ialah memberi pengetahuan dan
bimbingan hala tuju kerjaya. Rekabentuk kajian menggunakan kaedah temubual, pemerhatian serta
penggunaan instrumen berbentuk modul bagi membina konsep kendiri murid dan kematangan kerjaya.
Populasi kajian terdiri daripada 177 orang murid bermula pada tahun 2016. Dapatan kajian dilihat melalui
kemenjadian murid, pengiktirafan serta penggunaan modul yang berjaya menarik minat semua guru untuk
berperanan sebagai Guru Kerjaya.


Naib Johan


Soul Remedy Garden SRG 2.0
Memenangi Jiwa Murid
Raaz Bin Mohd Salleh, Noraini Binti Abd Aziz, Zulhasrizam Bin Abd Manaf
SMK Seri Intan, Kluang, Johor raazimohdsalleh@gmail.com, zulhasrizam@gmail.com



Klik di sini untuk menonton Video Youtube Soul Remedy Garden



SMK Seri Intan adalah sebuah sekolah bandar yang berada di ranking ‘bottom’ 5 dalam senarai pencapaian PT3 dan SPM Daerah Kluang tahun 2017. Sehubungan itu, usaha perlu digembleng bagi menentukan prestasi sekolah akan meningkat dari semasa ke semasa dan masalah disipilin semakin dibendung. Terdapat beberapa masalah yang dikenal pasti dan masalah persepsi warga SMK Seri Intan yang menyatakan pelajar yang menghadiri bilik kaunseling adalah pelajar yang bermasalah adalah isu yang paling utama. Berdasarkan masalah tersebut beberapa punca masalah telah dikaji. Puncanya adalah kaedah yang kurang sesuai digunakan kepada pelajar adalah punca paling utama berlakunya pelajar kurang berminat hadir ke bilik kaunseling. Berasaskan punca paling mungkin yang dikenal pasti, satu alternatif penyelesaian telah diikirkan bersama para pentadbir dan guru bimbingan dan kaunseling. Akhirnya tercetuslah idea penjenamaan semula bilik kaunseling ‘Soul Remedy Garden’ kepada ‘SRG 2.0’ yang menjadi alternatif penyelesaian masalah pelajar untuk hadir ke bilik bimbingan dan kaunseling. Pelbagai nama / label bilik bimbingan dan kaunseling diberi tetapi tidak berjaya juga menarik minat pelajar untuk hadir ke bilik bimbingan dan kaunseling. Di antara nama/ label bilik bimbingan dan kaunseling : Emporium Unit Bimbingan dan Kaunseling (2000–2002), Sanggar Kaunseling (2002-2015), ‘Soul Remedy Garden’ (2016) dan SRG 2.0 (2018). Penambahbaikan SRG2.0 ini menjurus kepada ruang ‘Soul Remedy’ yang menyediakan beberapa jenis remedy yang sesuai dengan pelajar mengikut trend masa kini iaitu : Creative Remedy, Fun Remedy, Dance Remedy, Tik Tok Remedy, BBNU Remedy, Zikr Remedy dan E-Kaunseling. Hasilnya sehingga September 2018 purata pelajar hadir ke SRG2.0 meningkat kepada 568 pelajar berbanding tahun 2017 hanya 265 pelajar sahaja. Rentetan itu masalah disiplin juga menurun daripada 164 kes (2017) kepada 65 kes (sehingga julai 2018). ‘SRG 2.0’ adalah salah satu usaha Guru menurun daripada 164 kes (2017) kepada 65 kes (sehingga julai 2018). ‘SRG 2.0’ adalah salah satu usaha Guru Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama krew SRG2.0, School Leaders Board (SLB) dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dalam membantu dan membentuk sahsiah pelajar dan akademik secara tidak langsung.
Kesimpulannya ‘SRG 2.0’ satu keistimewaan yang sangat positif kepada para pelajar SMK Seri Intan.


Ketiga

Infaq Go Green

Zaleha binti Hasbullah

Guru Bimbingan dan Kaunseling, SMK Ulu Kinta, Perak

Program Infaq Go Green merupakan program peningkatan sahsiah dengan menggabungkan penggunaan
Amalan Baik dalan Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) dengan elemen aktiviti kesedaran terhadap amalan kitar semula (3R). Hal ini kerana pada tahun 2017, bilangan rekod amalan baik yang dicatatkan dalam SSDM adalah kurang memuaskan berbanding rekod kes salah laku disiplin murid . Tambahan pula tahap kebersihan persekitaran sekolah dengan sisa buangan pepejal juga kurang memuaskan. Program ini menyasarkan kepada semua murid SMK Ulu Kinta. Menggunakan analisa deskriptif, impak program ini berkesan meningkatkan bilangan amalan baik murid, meningkatkan sahsiah pelajar, memperbaiki status sahsiah murid dan memberi pengikhtirafan kepada ahli Skuad Lestari Go Green.


Keempat


BOBComp TREE (Teach – Risilient – Exist – Excellence ):
Membina Kemenjadian Murid Dan Perkembangan Pendidikan Kerjaya
Jafny Hj. Jaapar, Shuhaida Hj. Ngatmin dan Siti Muslihat Hj. Husain
Guru Bimbingan & Kaunseling, Sekolah Menenengah Kebangsaan Seafield 


(Sekolah Kluster Kecemerlangan),


Sila klik link ini untuk menonton Video BOBComp Tree

BOBComp TREE terhadap kemenjadian dan perkembangan pendidikan kerjaya dalam kalangan murid sekolah menengah. Reka bentuk kajian ini ialah kajian eksperimen ujian-pra ujian-pasca dengan kumpulan kawalan. Dua alat ukur digunakan iaitu Soal Selidik Intervensi Program Kerjaya dan Modul Program Interaktif Kerjaya BOBComp TREE. Seramai 240 orang murid tingkatan tiga, empat dan lima telah dipilih dan dibahagikan kepada kumpulan eksperimen (120 orang) dan kumpulan kawalan (120 orang). Kumpulan eksperimen melalui aktiviti berdasarkan Modul Program Interaktif Kerjaya BOBComp TREE, manakala kumpulan kawalan tidak diberikan apa-apa aktiviti khusus. Keputusan kajian mendapati kumpulan eksperimen menunjukkan peningkatan aspek kemenjadian diri serta perkembangan kerjaya berbanding kumpulan kawalan. Kajian juga menunjukkan, bagi kesemua Modul Program Interaktif Kerjaya BOBComp TREE, enam pemboleh ubah kajian yang diuji: 1) terdapat perbezaan yang signiikan antara skor min ujian-pra dengan skor min ujian-pasca kumpulan eksperimen, dan 2) terdapat perbezaan yang signiikan skor min ujian-pasca antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan.Dapatlah dirumuskan bahawa perbezaan yang signiikan antara skor min ujian-pra dengan skor min ujian-pasca bagi kumpulan eksperimen adalah hasil daripada intervensi program interaktif kerjaya yang telah dijalankan.


Kelima
 The Syukran Project:

Pembudayaan Amalan Berterima Kasih Dalam Kalangan Warga Sekolah
Mohd Azni bin Abu Hassan , Nur Fatin Athirah binti Zaini & Nor Azam bin Abdullah
Guru Bimbingan dan Kaunseling, SMA Majlis Agama Islam Persekutuan, Kuala Lumpur

                                                               wft0001@moe.edu.my





Sila klik link ini untuk menonton 

Video anugerah emas sebaran tular video.
Pameran anugerah perak. 


The Syukran Project (Projek Syukran) adalah satu program di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK)SMA Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP). Projek ini bertujuan membudayakan amalan berterima kasih dan bersyukur dengan mewujudkan Papan Syukran di tempat-tempat strategik sekitar sekolah dan asrama. Pelajar dan guru akan menulis nota terima kasih mereka pada sekeping kertas dan melekatkannya pada Papan Syukran. Ucapan terima kasih mereka perlu menepati 2S iaitu Sincere (ikhlas) dan Speciic (spesiik).
Setiap hujung minggu, UBK akan mengutip Nota Syukran, melekatkannya dalam album The Syukran Project dan memuatkannya dalam Instagram The Syukran Project yang dibina khas. Projek ini menggunakan populasi semua warga SMA MAIWP untuk kajian ini. Metodologi yang digunakan secara analisa deskriptif untuk mengkaji impak. Dan menggunakan soal selidik untuk mendapatkan maklum balas daripada guru, murid dan kakitangan sekolah. Dapatan daripada pemerhatian dan analisis terhadap Nota-nota syukran, menunjukkan bahawa projek ini telah berjaya membentuk amalan berterima kasih antara warga sekolah, sekaligus menyemarakkan lagi keharmonian dan rasa positif warga SMA MAIWP. Hasil daripada projek ini juga telah meningkatkan konsep kendiri pelajar dan warga sekolah. Impaknya dapat dilihat melalui pelbagai pencapaian terbaik yang telah berjaya dikecapi oleh warga SMA MAIWP termasuk peningkatan Gred purata SPM daripada 2.85 (2016) kepada 2.66 (2017), peningkatan pencapaian peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam Kokurikulum serta peningkatan sahsiah diri murid.



Keenam

Memartabatkan Persediaan Emosi Dan Potensi Diri Murid
Melalui “Psychometric Creative Classroom” (PCC)


Siti Nor Mariani Salleh

Guru Cemerlang Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Lepar Pahang

                                                                  cikgusiti5296@gmail.com



Klik link untuk menonton Video Youtube PCC


Intervensi psikometrik diperkenalkan dalam usaha untuk melahirkan murid yang bersedia dengan gelombang revolusi industri 4.0 menjelang tahun 2025. Justeru itu dengan wujudnya Psychometric Creative Classroom (PCC) ini dapat membina serta membantu melahirkan komunikasi murid yang berkesan, wujudnya hubungan kerjasama dan kolaborasi yang baik dan dapat menghasilkan kreativiti serta nilai yang baik dalam diri setiap murid. Modul Iventory Kecerdasan Pelbagai (IKP) yang telah dibina bagi tujuan dilaksanakan di dalam bilik PCC ini. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk memperlihatkan bahawa dengan menjalankan aktiviti daripada modul sembilan konstruk IKP (multiple Intelligences) mampu untuk memastikan murid dapat mengeluarkan potensi kecerdasan yang ada melalui aktiviti yang dijalankan serta mampu untuk mengawal diri dengan baik.
Program ini diwujudkan untuk membantu mengatasi masalah murid kelas cemerlang secara khusus manakala kelas relief yang diberikan oleh pentadbir untuk dijadikan kelas ganti secara amnya. Bagi murid cemerlang seramai 16 orang diberikan pendedahan intervesi psikometrik modul IKP. Tinjaun awal dibuat melalui pelaksanaan sesi kaunseling individu dan rekod kesalahan displin yang lazimnya berpunca daripada emosi diri yang tidak terkawal bersama rujukan daripada guru kelas. Hasil dapatan mendapati terdapat perubahan emosi yang lebih positif berbanding dengan situasi sebelum intervensi dijalankan. Hal ini disebabkan aktiviti dan suasana bilik PCC dapat meningkatkan keyakinan,kreativiti dan motivasi murid melalui pembelajaran yang menyeronokkan.
Kata kunci : Modul Kecerdasan Pelbagai, Kelas Cemerlang, Tranformasi Pembelajaran PAK21



Congrats Natasha dan Anuar
Semoga bahagia hingga ke Jannah
Kem Photon Valley - PGA Cheras - Port Dickson
Short break ..

No comments: