Total Pageviews

2 December 2018

Amalan Terbaik Kaunseling Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2018 : Top 6



Orait hari ini kita update amalan terbaik kaunseling sekolah rendah pula. saya kekurangan gambar dan saya tidak pasti gambar pameran dari negeri yg mana satu, maklumlah apabila saya meminta ihsan gambar-gambar dari orang, ada gambar yang tidak diambil dengan nama negeri menyebabkan saya tidak pasti. Gambar-gambar yang ada di bawah ini, adalah gambar yang saya terpaksa zoom nak tengok betul atau tidak nama pameran ini dengan nama peserta yang menang .  Adeh berpinar mata. Negeri melaka saya dapat dari fb kawan kpd kawan yg tag. Terima kasih jijah. Jika ada follower saya, yang mempunyai gambar yang lebih menarik dan jelas mengenai pameran dari negeri -negeri ini, bolehla email saya di nurhaiza.gksmkcheras@gmail.com.


JOHAN 


Boleh klik link video Video REST'Q SKTAI

REST’Q
Ruzaininomaliza Binti Abdul Muni
Guru Bimbingan dan Kaunseling, S.K. Tengku Ampuan Intan, Hulu Terengganu, Terengganu 
ruzaini_nomaliza@yahoo.com

Terdapat murid yang kurang memanfaatkan  masa rehat mereka dengan sebaik-baiknya. Hal ini mengundang kepada pelbagai kesan yang negatif. Selaras dengan itu, Rest‘Q diperkenalkan untuk membantu 
pembangunan dan pengembangan sahsiah diri dalam kalangan murid bagi membentuk disiplin diri mereka 
sewaktu rehat. Pelaksanaan Rest‘Q mensasarkan semua murid di SK Tengku Ampuan Intan yang berjumlah 561 orang. Tiga kaedah yang diaplikasikan iaitu pemerhatian, soal jawab dan semakan Borang Soal Selidik Kajian Keperluan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Teori Terapi Individu digunapakai bagi membantu peningkatan ilmu, kemahiran dan aplikasi teori guru bimbingan dan kaunseling. Dapatan kajian ini 
menunjukkan pelaksanaan Rest‘Q berjaya membantu murid-murid memanfaatkan masa rehat mereka dan 
membina sahsiah diri.


NAIB JOHAN






Boleh klik link video ini: Superb Student, SK Tanjung Minyak 2
Superb Student

Yusnizal Binti Ismail, Mohd Fitri bin Ab. Karim
Guru  Bimbingan dan Kaunseling, SK Tanjung Minyak 2, Melaka
eeus_79@yahoo.com0

Sk Tanjung Minyak 2 merupakan sekolah yang baru beroperasi hampir 3 tahun. Murid-muridnya terdiri 
daripada murid sekolah sekitar yang mempunyai pelbagai latar belakang. Terdapat 4 isu utama yang perlu 
diperkasakan iaitu budaya memberi salam, budaya menolong, menepati masa dan mengutamakan 
kebersihan. Program Superb Students merupakan pendekatan terbaik bertujuan untuk membina identiti dan 
watak murid. Program ini menggunakan pendekatan teori tingkahlaku oleh BF Skinner. Kaedah yang 
digunakan adalah dengan penggunaan Kad Nilai Superb Students yang mempunyai 3 peringkat iaitu Kad 
emas,perak dan gangsa. Dapatan program ini menunjukkan peningkatan pengisian amalan baik Sistem 
Salahlaku Disiplin Murid ( SSDM) , soal selidik keberkesanan program, data pungutan plastik hitam dan rekod murid hadir lewat yang semakin berkurangan. Dapat dirumuskan, program Superb Students telah membantu dalam peneguhan dan pemupukan sikap yang terpuji. 



KETIGA


Boleh klik link video ini untuk menonton HOPE, SK Tembak

Abstrak
Norhayati bt. Ab. Hamid, Montira A/P Eh Chuia
Guru Bimbingan dan Kaunseling, S.K. Tembak, Kedah
azyatmid@gmail.com, montira@gmail.com

HOPE ialah program yang dirancang secara sistematik dijalankan sepanjang tahun untuk meningkatkan 
peratus kehadiran murid ke sekolah. Program ini dijalankan bertujuan memotivasikan murid yang mempunyai peratus kehadiran 90 peratus ke bawah, menyampaikan hadiah galakan kepada kelas 97 peratus setiap bulan, menyampaikan hadiah kepada kelas dan mengenalpasti murid yang perlu menjalani intervensi bersama guru bimbingan dan kaunseling. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen untuk dapatkan data daripada 35 sampel yang terdiri daripada murid-murid ponteng sekolah. Impak positif HOPE berjaya meningkatkan kehadiran murid ke sekolah sebanyak 95.38 peratus pada tahun 2018 berbanding 94.46 peratus (2017) dan 94.35 peratus (2016) iaitu peningkatan kehadiran sebanyak 0.92 peratus.



KEEMPAT


Boleh klik video amalan di sini  Agro KIdz , SK Pura

Program Agro Kidz
Shuhaila Mat Yusof
Sekolah Kebangsaan Pa’ Pura

Program ini dilaksanakan bagi meningkatkan tahap disiplin dan mewujudkan iklim sekolah yang harmoni, 
tenang dan ceria menghijau. Program Agro Kidz dipilih dan diangkat sebagai amalan terbaik untuk membantu isu ini. Amalan ini diterapkan agar murid rasa lebih bersemangat dan seronok serta membangkitkan perasaan tidak sabar untuk datang ke sekolah kerana mereka ada tugasan dan tanggungjawab yang perlu dilakukan. Kajian ringkas telah dibuat bagi melihat perubahan sikap murid-murid sebelum dan selepas program ini dilancarkan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat perubahan positif pada tingkah laku murid. 
Kata Kunci : Agro, Sikap, Tanggungjawab





KELIMA



Noor Azrah Bt Abdul Aziz
Guru Bimbingan dan Kaunseling, S.K. Putrajaya Presint 9(1), Sekolah Kluster Kecemerlangan
azrahaziz82@gmail.com
Kuasa Jari 

Pembangunan sahsiah memberi kesan terhadap kualiti hidup setiap individu sama ada dari aspek penampilan 
diri, sikap, tingkah laku, pemikiran, perasaan, sosial dan rohani. Dalam konteks SK Putrajaya Presint 9(1), 
pelaksanaan dan penerapan nilai-nilai murni dapat mambantu menjana pemikiran murid-murid yang holistik 
ke arah insan yang cemerlang yang berakal dan berdaya maju. Justeru itu, kajian ini dilaksanakaan untuk 
mengkaji peranan guru-guru dalam membentuk sahsiah murid-murid, seterusnya melihat tahap pemahaman 
guru-guru terhadap amalan guru penyayang dan penghayatan murid-murid terhadap nilai-nilai murni yang 
akan membentuk sahsiah dan keperibadian yang cemerlang. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif 
deskriptif. Instrumen pemerhatian dan juga soal selidik telah digunakan. Kaedah pemerhatian telah dilakukan 
semasa perhimpunan murid dijalankan, semasa acara dalam sesuatu majlis dan ketika berada di dalam kelas. Dapatan kajian telah menunjukkan responden memberikan skor tertinggi pada item 1 dan 7 berkaitan dengan fokus murid dan juga sahsiah murid. Sehubungan dengan itu, UBK telah menghasilkan teknik ‘Kuasa Jari’ bagi mengatasi masalah tersebut dan seterusnya membentuk murid-murid yang bersahsiah terpuji. Teknik Kuasa Jari membantu murid lebih peka dan fokus kepada maklumat yang disampaikan. 




KEENAM





Pameran Anugerah Emas

Abstrak

Manjula Thiruvengadam
Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Maluri Kuala Lumpur

“Bobo’s Spick And Span World”

Projek dirancang hasil daripada pemantauan guru -guru bertugas tentang kesedaran murid SK Taman Bukit Maluri berhubung dengan kebersihan tandas yang kurang memuaskan. Projek ini bertujuan untuk meningkatkan sahsiah murid, menyediakan dan seterusnya menanam kesedaran minda positif tentang kebersihan tandas. Panda dipilih sebagai ikon kebersihan dan keceriaan sekolah ini bagi meningkatkan pembangunan sahsiah murid. Ini selari dengan Teori Bandura peniruan merupakan satu proses pembelajarany yang melibatkan pemerhatian, penyimpanan, pengeluaran dan motivasi. Projek ini memfokuskan persekitaran yang menarik dan penjenamaan semula tandas sekolah diharapkan mampu meransang proses penyimpanan dan peniruan tingkah laku positif. Sistem ganjaran yang dinamakan "Welcome to Spick And Span World” melalui button badge dan sistem Sweet SSDM diwujudkan untuk meransang motivasi murid. Ia merupakan ganjaran setelah murid berjaya menampilkan tingkah laku dan sahsiah baik sepertimana Bobo mengutamakan kebersihan. Program ini berjaya meningkatkan peratus kebersihan tandas sekolah daripada 63% kepada 93% dalam masa 30 minggu pada tahun 2018.




Ancasa Port Dickson
Alumni DIF 1994-1997
Morning beach :)

No comments: